Wednesday, November 10, 2010

Ikea n Doli

Now heading to ikea pas abis sesi kat TNT tadi.. apa lagik nak cari kat sini.. byk gak arr brg2 yg aku beli.. memula sekali adalah cari tempat nak letak tv n ps3 kat second room tuh. cari2 sampai nak terseliuh kaki aku nie.. akhirnya bila nak keluar baru nampak.. so teruslah ambik particular mana2 yg patut....

then nak cari tempat letak water filter plak. yg nie agak rumit.. coz' kejap saiz panjang ok..lebar x ok.. then lebar plak ok.. panjang x ok.. so akhirnya kitowang x beli.. walaupun da jumpa apa yg kitowang nak... biler balik umah... rasanya patut beli plak.. ish... kena dtg lagik ikea pasnih.. hahahahahahaa...

lain2 barang aku beli adalah tukul daging, nie gunanya kalu nak masak daging, kasik ketuk2 dulu biar lembut, or ketuk2 ayam....then ayam akan jadik leper.. senang nak marinate nanti.. sedap tau.. kalu seme da sebati.. hehehehe..

beli tempat nak letak plastik2, hanger huruf S, so senang nak gantung periuk belanga nanti. aku nak susun elok2 seme nie nanti. yg paling akhir beli adalah kerusi for island bar. part nie mmg susah n cerewet giler aku rase. nak carik yg sesuai ngan island bar lagik.kaler.. design.. duduk2 byk gak bangku2 yg ada kat sini.. last skali.. ambik yg memula skali tgk..hahahahahahaha...

on da way balik lalu kat doli. so singgah minum2 dulu.. penat.. n makan kuew teow goreng share.. xlarat nak makan dah.. cuma nak hilangkan letih n habiskan mase... balik umah keje2 pemasangan kerusi n kabinet tv plak.. almost pukul 1am baru siap.. xtau arr jiran bawah nie marah ke x.. bunyi2 yg kitowang buat time memasang.. nasib aku ada kelengkapan tuk pasang barang.. alhamdulillah... siap.. terus berkemas apa yg patut , mandi n zzzzzZZZzzzz....

TNT Kick Boxing

Mesti buat survey aktiviti2 yg bakal dibuat tuk tahun 2011. ada few lam listing yg aku kena pi tgk tempat n check betul2.. samada nak join or not.. so hari nie aku decide tuk visit TNT Kick Boxing terletak kat Desa Seri Hartamas.

Dari opis nie ke opis osmet ke Hartamas time petang2 nie mmg agak ok. Jln seme clear.. cuma nak dpt parking kat area nie agak susah sket.. tapi lepas kul 6pm insyaAllah rasanya dpt parking. Senang gak nak cari coz' aku agak biase ngan area2 sini. TNT nie terletak deretan kedai2 berdepan ngan Ali Cafe, so landmark pun senang nak carik kan...

Time aku pi tempat nie x berapa ramai lagi student. Ada gelangang boxing, punch bag yg berderet2, n sparring bag berlambak2 kat tepi nie. Instructor ada 2 org jer time nie. then diowang plak sibuk nak mengajar student2.. so aku gi kuar makan dulu kat ali cafe sementara nak tunggu ramai lagi instructor nak dtg for more explaination.

Kat Ali Cafe , aku makan sandwich ayam... sedapnya... ayam tu aku rasa diketuk2 sampai jadi nipis.. then goreng garing2.. letak mayo, bbq sauce, wholemeal bread.. dptlah 3 slice.. aku makan 2 ketul , lagik seketul osmet aku makan. dia orger mushroom goreng tepung.. air cendol kacang merah.. slurrrppp.. there's go all my diet.. hahahahaha...

ok.. return back to TNT nie.. time nie student da ramai..penuh tempat nie.. tiap2 org dpt sepasang glove, sebelum tu kena pakai sarung ikat tangan.. tuk mengelakkan kecederaan.. then sorang satu punch bag.. seme kena ikut arahan instructor.. nampak cam best jer...

biler tgk tang yg sparring fight class.. agak mengerikan.. y? coz' bunyi tendangan2 padu kat punch bag yg dipegang oleh partner.. huhuhuhu.. kalu x bebetul kuat nie.. mau kebelakang or terbalik . hahahahaha.. tapi aku ske tgk gak arr..

jadik apa nak buat? so aku register for introduction class. yg nie free jer.. rabu depan leh pi. da sign up name, aku ambik flexi pass. ada 12 kelas kita boleh attend dlm masa 6 bulan. rega adalah rm240. senang kan.. bebila masa nak gi pun boleh. aku plan nak attend setiap hari rabu nanti.. so bersedialah... hahahahaha... ada gak kelas monthly basis, 4 kali sebulan rm100, rm200 for unlimited, then few more lagi. ikut selesaan memasing..

satu kelas yg menarik aku nak join adalah self defence women class. tapi nak join kelas nie kurang2 kena adalah 10 org. so register jer arrr.. biler cukup org mesti dia akan panggil.... penting nie..time2 skang tuk melindungi diri kita dari ancaman2 yg x terduga.....

Tuesday, November 9, 2010

Abah.. bagilah balik tangan Ita........

Harta boleh cari…….

Anugerah Tuhan….tak de jual kat kedai atau hypermarket mana2……..

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan... mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula.. dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil... Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Ireland's Potato






Dah lamer giler rasanya aku takder tulis apa2 maklumat pasal food. kali nie aku jumpa satu kedai baru kat area garden, bersebelahan ngan kedai sushi kat area lower ground floor nie. nama kedai nie agak menarik Ireland's Potato. AKu memula x perasan gak ada kedai baru, tapi biler nampak org byk beratur, so aku menjengah ler jugak.

Kedudukan yg strategik kedai nie antara garden n mv membuatkan org mudah nak dtg sini. kedai nie kecik jer.. bangku pun x sampai 20 buah.. byk org beli kat sini walk in n passby jer. aku tgk ada ler baper kerat yg duduk kat kerusi n meja yg comel2 nie. so apa tunggu lagik.. meh kita tgk menu apa yg diowang kedai nie ada..

Dah nama kedai pun potato, so basiccally seme food yg jual kat sini adalah berasaskan potato. variety potato yg dijual sgt byk tapi yg mnejadi pilihan org ramai adalah potato with chili meat, yg nie lebih kurang cam kat carl's jr tuh.. sedap lar kata cashier tuh tapi aku xdpt nak merasa coz' da sold out. hmmm...

tarikan yg kedua adalah potato with cheese. mmg marvelous.. hendaknya plak potato nie digoreng bila customer request, so panas2 lagik.. letak plak cheese n sikit serbuk cili.. kalah makan pizza plak.. hahahahaha.. betul.. xcaya pi beli sendiri...

ketiga yg menarik kat sini adalah chicken wing with bbq sauce. maybe diowang guna hertz bbq sauce, so mmg sedaplah kepak ayam nie. abis aku makan walaupun sebenarnya rase agak kenyang dah...

paling best aku rase adalah crispy sotong. aku mmg takut makan kepala or janggut sotong nie.. tapi disebabkan very crunchy, aku leh telan seme sotong2 nie sampai habis. hehehehe.. rugi wooo kalu korang x rase seme2 food kat sini.. highly recommended... maybe rega mahal sket.. tapi berbaloi2 cam kata iklan TM tuh... hahahahaha...

Monday, November 8, 2010

Hari terakhir kursus RSD

Hari nie pun masih sama. kena bangun awal pagi jam 6. then breakfast jam 7. masih lagi kena pakai baju loreng coz' aku ada latihan menembak jemputan hari nie. biler aku sampai lapang sasar sebelum kul 8 pagi lagik, org ramai dah mula berkumpul kat sini. hari nie adalah jemputan bagi anggota TM menyertai pertandingan menembak RSD. AKu pun terlibat sama. memula jadik bahagian protokol menjemput org2 VIP,then jemput org2 ramai nie. disebabkan salah satu anggota Pakar TM adalah beragama hindu, byk juga ahli keluarga dan kaum kerabat yg dijemput. nampak meriah sekali...

aku cam biasa abis sesi protokol duk kat khemah perangkaan membantu apa yg patut. then escort VIP pi menembak pistol plak. disebabkan peluru pistol hanya 200 butir, so xder chance aku nak menembak pistol else sure aku dah dapat menembak pistol nie. seronok tau sekali skala dpt peluang menembak pistol nie. berbeza ngan kita menembak menggunakan M-16.

biler break time, makan2 ler bersama2 apa lagik. then baru aku masuk acara menembak jemputan, dan jatuh piring. disebabkan kesilapan target x naik, aku salah tembak target sebelah, uhuhuhu... redha jer arr.. bile masuk yg kedua, baru aku tembak target yg betul. barulah nampak markah aku naik sket.. ish.. redha jer arr.. hahhahaa...

ada tiga acara yg aku join tuk jatuh piring. dua daripada tiga acara nie group aku jadik johan. so dapatlah dua ketul piala. huhuhuhu.. mana nak letak pun taktau arr.. kat umah pun dah byk piala2 aku dpt. aku kena tingkatkan kecekapan menembak tuk memperolehi piala2 yg menarik pasnih. hahahahha...

dlm kul 4 petang baru semenya abis. osmet aku dah check out kul 2 tadi. so aku takder tempat nak mandi n tukar baju. so teruslah bergerak balik dan menuju ke highway r&r nanti tuk mandi manda. perhentian pertama aku jumpa adalah r&r taiping. nasib kat sini ada bilik air. then aku mandi2 tukar baju seme barulah rase fresh sket nak drive.

next station yg kitowang berhenti adalah r&r tapah. disebabkan jammed yg melampau2, perjalanan dari taiping ke tapah memakan masa hampir 3 jam. pergh..sakit giler kaki tangan, kepala aku seme2. then beratur panjang nak masuk toilet adalah dekat 1/2 jam plak. then beratur lagik setengah jam nak cari tempat duduk makan. huhuhuhu.. cukup2 mencabar kewibawaan aku. perjalanan bermula lam kul 9.30 malam... kul baperlah nak sampai umah camnie..

merangkak2 lagi... aku tengok termometer kete pun makin naik. so berhenti kejap kat r&r manatah.. aku pun dah lupa.. pi cari air.. then masukkan lam tempat air. baru nampak kete agak sejuk sket. lepas slim river barulah jalan agak lancar. then stuck lagik sebab ada kete accident.. adus..lam jammed2 yg teruk nie pun ada accident.. camner lah nie...

dekat tengah malam..barulah aku sampai kat kl. call adik osmet tuk pickup kitowang, letakkan kete yg kitowang pakai tadi elok2 kat tempat parking, nanti senang tuan punya kete nak ambik balik. trimas sekali lagik coz' kasik pinjam kete. kitowang selamat tiba kat umah lam kul 1pagi. aku betul2 penat , x ckp byk terus tido. esok pagi baru pk tuk mengemas2 seme2 nie..

Hari ke dua kursus RSD

Seawal jam 6 am aku da bangkit tuk bersiap2 tuk perjalanan hari nie. pukul 7am aku dah terpacak kat coffee house for breakfast. xramai org breakfast pagi2 nie.. pemandangan yg cantik, suasana yg agak nyaman menyegarkan pemandangan mata. sejuk sket nak memulakan hari yg ceria nie. aku pakai lengkap loreng coz' ada sesi latihan menembak pagi nie.

pukul 8 aku da sampai kat lapang sasar. tengok seme anggota2 Pakar TM dah berada disini tengah membuat persiapan menembak esok. seramai 20 org anggota pakar TM telah diarahkan bergerak ke Jitra bagi membantu mangsa2 banjir. Bagus kalu masuk Pakar TM nie menjadi serba boleh dan boleh ditugaskan kemana2 , bila2 masa sahaja. seawal jam 5am mereka2 nie telah memulakan perjalanan n dijangka tiba di Jitra sebelum jam 9am. semoga sumbangan tenaga yg dihulurkan dpt membantu mangsa2 banjir nie.

Cam biase sesi menembak habis sebelum jam 1 tgh. kemudian break for lunch sejam. kul 3 plak akan masuk sesi bengkel. pagi2 menembak ada sesi pool ball, dimana kita kena membeli peluru, dan menembak target sebesar duit 50 sen. sekiranya ada yg berjaya, akan mendapat separuh dari jualan peluru2 tadi. so makin byk org beli peluru..samada semakin cerah peluang kita nak menang atau semakin byk wang ganjaran yg kita dapat.

kemudian sesi latihan menembak diteruskan kepada jatuh piring, menembak dalam kedudukan meniarap, duduk, berdiri. bila buat pelarasan sampai 3 kali, kita dikehendaki menembak dalam jarak 100m. kemudian, pi tgk target kemana sasaran yg kita tuju, buat pelarasan senjata jika perlu, atau ubah penenang kita sendiri. dlm kes nie aku memula tembak semua hala ke kiri, bila ubah penenang, baru tembak ke arah tengah dan kanan. bolehlah tuh...

masuk bengkel kena pakai baju F1 beserta seluar panjang kaler gelap. nasib aku ada bawa seluar slack kaler hitam. ada plak sesi bergambar sebelum bengkel bermula. hehehehe.. ada 20 tajuk bakal dibincangkan, dibahagi2kan.. n kesimpulannya aku kena masuk group Kapt Razak, buat website RSD etc.. so mesti aku concentrate betulkan data 15 SSD dulu sebagai permulaan wesbite nanti. aku da terbayang saper2 dlm kepala yg akan membantu aku buat website nie nanti..

sesi bengkel berakhir lebih kurang jam 7 malam. so teruslah dinner bersama2. then habis dinner aku balik bilik. then kuar semula bersama2 osmet aku temankan dia makan kat kedai selera malam kat area kamunting nie. kedai nie famous ngan nasi ayam hainan. aku tgk ramai org order nasi ayam. seme bangsa leh nampak makan kat kedai nie. betul2 muhibah rakyat mesia.... then osmet aku ader order yong tau foo.. mak aih.. mahal betul.. sabar jer arr.. makan jer..

sebelum nak balik, terserempak ngan en mie, en rsm tetap n suk, tuan rahim. so aku nak cepat balik... aku sembang lebih kurang ngan depa2 nie.. then banjer diowang makan skali.. balik balik.. x sempat nak wish apa2 kat osmet aku da lena..penat giler sehari suntuk nie...

Friday, November 5, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud.


Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.