Friday, September 10, 2010
Tiga puluh ramadan
Hari terakhir aku berpuasa tuk bulan ramadan. maknanya hari pertama aku berpuasa dikampung aku plak. mestilah suasana berbeza coz' hari nie bakal menjadi hari yg panjang bagi aku.
seawal pagi dah bangun bersiap2 tuk pi pekan alor gajah beli barang2 basah. giler sejuk tu mandi pagi2 hari kat kg dengan air kolah yg ditadah semalaman lagik. huhuhuhu.. tapi coz' malam tadi aku sampai x mandi, jadik terasa sejuk jer air tu meresap ke badan aku. mmg buat kita terjaga dari tido yg lena biler mandi air sejuk. terasa dingin n selesanya bila da selesai mandi.
sampai kat pekan alor gajah, tengok suasana telah berubah coz' nak renovate area pasar nie jadik lebih canggih. org mmg ramai kat pasar sini beli barang2 keperluan tuk juadah hariraya esoknya. aku beli kelapa, beras pulut, daging, tembikai dll berat gak arr. harga pun boleh tahan especially daging rm20 sekiilo huhuhuhu...
balik umah tengok cuaca agak redup, alhamdulillah rasanya mmg patut redup coz' aku nak bermain ngan api sat lagik. hari nie nak masak lemang, rendang, rebus nasi himpit, kuah kacang.
pertama sekali kena prepare tentulah santan tuk buat lemang, aku ngan cousin aku sibuk perah santan, sementara makcik aku plak prepare buluh n daun pisang tuk lemang nie. nampak cam senang, tapi kalu x expert mmg xleh nak masukkan daun pisang tu lam batang buluh yg kecik2 , kalu besar oklah senang jer kan...
langkah seterusnya adalah menggaulkan beras pulut bersama2 santan n garam. part nie mmg makcik aku ler buat. memandangkan dia x pose hari nie sebab cuti, so senanglah nak rasa masin santan nie. then barulah aku bersama2 cousin n mak isikan beras pulut yg dah digaul bersama2 santan nie ke dalam buluh yg telah diisikan daun pisang tadi. sementara tu makcik aku prepare api tuk memasak lemang plak.
proses memasak lemang adalah paling mencabar sekali. dengan api yg marak, lemang2 nie kena disusun sebaris diatas dawai yg telah disediakan terlebih dahulu. time nie api belum marak lagi, x terlampau jauh dan x terlampau dekat antara api ngan barisan buluh lemang nie. kalu terlampau jauh, x masak plak, kalu terlampau dekat plak, buluh nie akan rentung sebelum lemang nie masak..
mmg mencabar giler coz' api yg panas. api xleh terlampau besar supaya buluh lemang nie x terbakar. jadi sentiasa kena letak kayu2 yg besar tuk jadikan bara api yg elok bagi memasak lemang nie. dekat 4 jam proses membakar lemang nie sampai masak. bayangkan ler betapa panas muka aku time nie. dah ler berpose,... rase nak pengsan pun ader... sabar2...
biler da siap sesi masak lemang nie, terus rebus nasi himpit dulu. nie pun makan sejam gak nak masak elok2. tapi xder lah sepanas masak lemang tadi coz' guna tungku yg kecik sket tuk rebus nasi himpit nie, yet still pakai kayu api. senang nak control api time nie.
sambil tunggu nasi himpit nie masak, makcik aku prepare tuk masak rendang plak. since semenya almost ready, ayam pun da siap bersihkan n potong, blend lada, bawang, serai, secukupnya n terus masuk jer bahan2 tadi lam kuali. masak jer nasi himpit, letak plak rendang ayam nie. but aku da expert jaga api, sambil kacau rendang yg byk dengan santan nie senanglah lagik. biler da almost kering, aku da serender, xlarat lagik nak kacau, pass kat cousin aku plak.
mak aku plak sempat bakar daging tuk masak daging salai masak lemak cili api tuk berbuka nanti. mmg sedap sgt sesekali makan makanan org negeri sembilan nie. maybe kedudukan kg nie berdekatan ngan negeri sembilan, membuatkan kitowang byk makan or masak makanan negeri sembilan cam lemang n masak lemak cili api. kalu org melaka biasanya rebus ketupat n masak rendang jer....
dekat2 kul 5.30 petang barulah sesi masak2 nie selesai. masak kuah kacang akan dibuat malam nanti. now kena gi ambik cousin kat pekan tampin, lam ati ingat nak singgah kat pasar ramadan yg terakhir kat sini, tapi memandangkan aku dah terlelap, cousin aku terus jer balik. hahahhahaha...
aku berbuka bersama2 org yg berpuasa hari nie. pakcik n cousin2 aku semenya. minum air kelapa yg diambik dari pokok kelapa, lemang, rendang ayam, then sempat belasah makan roti bersama2 rendang, then aku makan nasi ngan lauk daging salai masak lemak cili api. mmg terangkat beb makan ngan plak nasi panas2 nie.. fuuuuuuh...lazat....
malam plak prepare kuah kacang, goreng kacang, then kupas kulit kacang nie, potong belimbing kecik2, then blend cili n masak kuah kacang nie. time nie mmg mata da kuyu abis. x sempat nak tengok tv pun aku sambil tu kena balas sms2 or hantar sms pada teman2 rapat sempena hari raya nie. then tolong cousin aku isi kuih raya lam balang sebelum masuk tido..
selamat tinggal ramadan yg mulia, selamat datang syawal yg bakal menjelma esok. semoga segala amal ibadah ku di bulan puasa nie diterima oleh Allah s.w.t...amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment