Wednesday, April 21, 2010

Mak artis lari ngan pengkid

ini petikan dari paper kosmo:

KUALA LUMPUR - Buang anak-anak sendiri gara-gara cinta pengkid! Itulah yang berlaku kepada seorang ibu berusia 50 tahun akibat penangan asmara seorang pengkid berusia 23 tahun yang terjalin sejak beberapa bulan lalu.
Anak sulungnya, Nuruljannah Abdul Halim, 27, yang merupakan seorang pelakon baru berkata, segala-galanya bermula sejak ibunya mengambil pengkid itu bekerja di butik keluarga mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru kira-kira dua tahun lalu. Ketika itu hubungan mereka tidak lebih sekadar majikan dan pekerja.
"Pada mulanya kami empat beradik sangka hubungan mama dengan pengkid itu hanyalah antara majikan dengan bekas pekerja. Lagi pun pengkid itu bekerja dengan mama sejak dua tahun lalu.
"Tetapi lama-kelamaan hubungan mereka berdua semakin intim.
"Setelah kami siasat, kami mengesyaki mama dan pengkid itu mempunyai hubungan sulit dan pengkid tersebut telah memperdayakan mama menggelapkan wang syarikat untuk kepentingan peribadinya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam

komen aku:

malang sungguh mak budak nie apa yg dia tengok kat budak pengkid nie aku tatau. maybe yer.. dia baru jumpa apa yg dia nak selama nie.. kebebasan selepas terikat begitu lama ngan keluarga or maybe kena mandrem baik punya ngan budak pengkid nie. manalah kita tau kan. hati n perasaan sukar di mengertikan. aku anggap apa yg berlaku nie adalah ujian dari tuhan untuk family nie. kalu family dia berfikiran rasional n bertindak dgn betul dan bijak mesti diowang akan dapat balik mak diowang nie. hal begini bukan leh gunakan kekerasan , tapi melibatkan emosi n perasaan. bawak bawaklah bersabar yer. semoga mak korang akan pulang semula ke pangkuan korang sekeluarga. amin....

No comments:

Post a Comment