Tuesday, August 31, 2010

Dua puluh satu ramadan

Cuti lagi hari nie. jadik agenda pembersihan rumah diteruskan dari luar rumah sampai kedalam rumah. seawal jam 6.45 aku da bersiap2 tuk bersihkan pasu2 bunga aku dulu. byk gak rumput2 liar tumbun plus tumbuhan2 tumpang yg x dikehendaki lam pasu bunga nie. siap jer sesi2 mengemas pokok2 mana yg patut aku terus bersiap nak kemas lampu hiasan tembok.

x sangka betul lampu lam bulatan nie sampah dah patah, sikit pun aku x perasan. biler aku buka helmet lampu nie, barulah nampak. fuyoo.. betapa panas terik dan hujan boleh membuatkan mentol yg kat lam helmet nie pecah n retak. apalagik bersihkan seme kotoran2 mentol, nanti petang kalu aku rajin aku gi beli mentol ganti plak. aku siap bersihkan sekali helmet nie. baru nampak rupa sket. hahhahahaa...

kerja2 pembersihan seterusnya adalah mencuci lantai halaman rumah. ini memerlukan kudrat yg kuat. mmg dah lamer giler aku rase x cuci lantai nie. mau makan tahun kut. hehehee. so dari hujung ke hujung kena cuci, bersihkan seme skali termasuklah grill rumah, pintu pagar, celah2 pasu bunga. mau kecut tangan kaki biler byk main air nie. baru lah nampak cerah sket rupa benda2 nie seme.. hahaahahaha...

dlm 2 jam baru semenya kat luar nie siap itupun nasib baik osmet aku tolong sekali. kalu harap aku sorang mmg berjam2 lamanya nak siapkan seme nie. then aku terus masuk umah ngan basah kuyup tuk bersihkan bilik air plak...main air lagik kat lam bilik air nie. sempat lagik aku cuci suar keje skali dah alang2 tu kan.. huhuhuhuhu...

osmet aku plak sibuk mengemas ruang tamu, aku nampak hampir seme band2 atas almari pendek nie dia buang. barulah nampak sket almari nie. pasnih nak pasang lilin wangi supaya rumah bau wangi lilin. cam therapy plak aku rase. bagus supaya aku leh rehat secukupnya sebelum nak berbuka petang nanti. ada lagik kerja nak mengemas almari baju2 plak.. tapi aku cam x terdaya dah.. tangan seme rase sakit2.. so aku nak tido2 dulu yer..

selamat menyambut hari kebangsaan utk malaysia. semoga negara ku yg tercinta nie akan sentiasa kekal makmur, aman tenteram dengan pelbagai kaum bersatu di bawah pemerintahan yg baik. amin..

aku sambung kat bawah nie jer lar time berbuka. Hari nie aku berbuka kat mattop beriani house. terletak di belakang bangunan PKNS, lokasi bangunan nie patutnya senang tuk dicari coz' landmark adalah PKNS Bangi.

Menu yg ada adalah nasi beriani , nasi putih, ayam masak merah, daging kurma, dalca, acar timun, kambing, mee goreng, laksa,nugget, kentang goreng, kuih2 , buah2an dan air bandung, kopi, air mangga, air suam.

buffet kat sini berharga rm20 tuk dewasa and rm10 tuk kanak2. so mmg murah da sesuai kalu sesaper yg x makan byk2. nanti bayar mahal2 bukan seme food leh telan pun kan. kitowang makan berlima hari nie ngan kawan2. agak meriah coz' masing2 berbual2 sambil makan. x sedar seme makanan yg diambil habis dimakan.

x puas lagi bersembang sammbung plak kat kedai redwok. patutnya kitowang berbuka kat sini tapi dah fully booking. apanak buat xder rezeki, so aku da tempah tuk makan kat sini next monday. puas hati. hahahaha... so citer kedai redwok nie nanti2 ler yar.

aku balik ngan penuh perut air soup sup tadi. asik terkencing lar plak. ish..susah nak tido kang nie. cuba2 tengok rancangan yg membosankan supaya aku leh tido cepat. hahahahahaha....

selamat bersahur..selamat berpuasa.. selamat berterawih.. dan selamat mencari lailatul qadar... insyaAllah.. amin....

bye...

Dua puluh ramadan

Hari aku mengukur jalan. Bermula dari pejabat tanah bangi. sharp pukul 8.30am urusan kaunter dibuka. aku terus meluru jadik org pertama berurusan utk mendptkan resit terkini cukai tanah. kemudian meuju ke pejabat pentadbiran daerah kajang bagi mendapatkan resit cukai pintu. seme urusan nie siap sebelum pukul 9.30am.

destinasi seterusnya adalah meuju ke pejabat kwsp jln raja laut. hari nie jln menuju ke kl x baper jammed coz' ramai org ambik cuti. so urusan kat sini juga berjalan lancar. aku terus bergerak ke sek23 pj, taman sea bagi mendapatkan dokumen2 tertentu. berpatah balik semula ke apartment osmet aku di area seri kembangan bagi mendapatkan kunci rumah. setakat nie jam telah menunjukkan pukul 1.30pm. byk juga benda nak kena buat kat sini. dlm pukul 3pm kena bergerak ke arah ttdi plak.

so terus gerak lagi pi lepak kat ikea. berjalan kat ikano mmg menyakitkan hati aku, mungkin aku salah expectation. biler kat area ikea, byk ler idea2 dtg nak buat itu ini. sampai satu tahap, kitowang boleh tertido2 kat sofa yg agak tersorok. hahahahahaa..

pukul 5.30 bergerak ke arah sri damansara plak tuk berbuka pose bersama kawan2. restoran yg menjadi pilihan adalah thai base. dgn hujan lebat, jalan jammed dekat2 kul 6pm baru aku sampai ke sini itupun penuh ngan sesat2 barat sket.

menu yg menjadi pilihan kat sini mestilah sotongg butter. butter prawn, sayur campur, kerabu mangga, ayam masak lemon, ikan siakap tiga rasa. air pak dekat 20 gelas aku rasa diowang order termasuk air suam. semenya happy jer makan2 maklumlah dah lamer x jumpe plus mmg rasa seronok makan2 kat sini. korang boleh lah try makan samada ala-carte ataupun buffet. harga rm32 tuk buffet. tapi kitowang sebat ala-carte coz' nak makan benda2 tertentu jer. sedap sungguh especially sotong butter, full of cheese n creamy.

balik tido ler.. penat. kekenyangan.. plus ada agenda menanti esok pagi plak.. huhuhuhuhu.. esok.. selamat hari merdeka bagi seme rakyat malaysia. hargailah kebebasan yg kita kecapi sampai ke hari nie..

selamat berpuasa, selamat menunaikan ibadah terawih , semoga bertemu lailatul qadar... amin....

Monday, August 30, 2010

Kelebihan seorang wanita......

kelebihan seorang wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 o...rang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Sunday, August 29, 2010

JM Bariani House














OK.. da berehat secukupnya diwaktu petang maka tiba masa tuk pi berbuka plak. tuk hari ahad nie since da penat siang tu x larat la plak nak masak2 so decide nak berbuka kat luar jer. so pilihan yg terbaru aku ada ialah JM Bariani House di Bangi. dat day aku pi JM Bariani yg terletak kat Kelana Jaya....

JM Bariani kat bangi nie plak buat buffet ramadan. Sorang rm30 tuk dewasa n rm15 tuk kanak2 bawah 12 tahun. Kalu bawah tiga tahun tu rasanya percuma. terletak di sek 9 bangi, kedai nie mudah nak cari. saper yg selalu pi hospital al-zahrah ataupun kedai Al-Ehsan tu, betul2 belakang building kedai Al-Ehsan. Parking kete pun byk so senang arr nak park kete.

AKu da booking awal2 nak makan kat sini. kalu saper walk-in time2 berbuka nie aku rase xdpt lah nak tolong melainkan ada org x show up yg booking tadi. semenya penuh sampai kena pasang khemah kat luar kedai lagik to support org2 yg nak berbuka kat luar nie. kalu nak beli bungkus pun ada seawal jam 2ptg sehingga kul 6.30. then berbuka plak start kul 7.30pm sampai kul 9pm boleh makan. kalau saper2 nak sahur plak start kul 9.30pm sampai kul 2 pagi. so pilih lar mana2 masa yg korang rase nak makan/tapau.....

aku post skali food yg aku ambik sebahagiannya tuk tatapan korang. actually menu yg lain pun byk tapi xlarat nak makan. mmg berbaloi bayar sorang rm30 bila boleh makan macam2. rasenya rega nie xlah rasa membazir sgt. so selamat mencuba..

selamat berbuka..selamat berpuasa.. selamat mengerjakan solat terawih.. dan selamat mencari malam lailatul qadar....

insyaAllah..amin..

bye...

Sembilan Belas Ramadan

Hari ahad yg nyaman. AKu bangkit pagi2 lagi kerana ada misi yg hendak dilaksanakan. Setelah aku pk masak2 aku mengambil keputusan yg amat berat utk melakukannya. Aku telah berbincang ngan osmet aku, mengambil pandangan jiran2 aku dan melihat sendiri apa yg telah berlaku. AKu kena tebang pokok mangga kesayangan aku.

Kenapa aku lakukan? pertama sekali adalah pokok mangga nie makin besar sehingga mencecah 10 kaki tinggi aku rase. Kemudian byk daun2 gugur kena area rumah jiran2 aku. Takut plak getah mangga nie kena pada sesiapa yg park kete bawah pokok mangga nie nanti lagi naya.

Tapi sebab paling utama adalah kerana penghuni yg menetapi diatas pokok mangga nie yakni kerengga telah membuat sarang besar besaran. Habis seme dahan dan daun menjadi hitam dan kotor. Jadi lalat suka hinggap didahan2 yg kotor nie. Memburukkan lagik keadaan biler pagar tembok dan pagar besi pun perlahan menjadi hitam disebabkan ini. lampu perhiasan yg aku pasang atas pagar pun dah menjadi hitam legam. jadik nak mengelakkan lagi buruk tembok rumah nie aku kena buang dahan2 yg menjulur ke halaman rumah.

Niat hati nak buang dahan2 belah masuk lam umah jer. tapi camner nak buat. umah aku ada longkang pemisah rumah dan jln raya. bukan senang plak nak tutuh dahan lelebih sebab ada kerengga nie. alang2 nak membuang tu.. baik seme sekali ditumbangkan. dengan bantuan osmet, aku berjaya tutuh dahan utama dan jatuhlah pokok mangga nie menyembah bumi.

lagi nampak byk kerengga keluar kejln raya. nasib aku da mintak tolong jiran2 alihkan kereta masing2 yg berhampiran ngan pokok mangga nie. manalah tau kalu pokok mangga nie rebah menghala ke arah kereta2 mereka satu kerja plak lagik nak menganti. kerjasama baik yg diberi jiran2 aku amat dihargai.

then sesi menarik pokok nie plak. berat gak. baper kali aku ngan osmet berhenti rehat jap. lam 4 ke 5 kali barulah pokok nie sampai ke tempat pembakaran. then bakar dulu mana2 sarang kerengga yg utama. tutuh dahan2 kecik, bakar seme2 daun mana yg sempat. sampailah tinggal betul2 dahan utama tanpa daun/dahan2 kecik. penat usah dikenang. dah ler dedua plak tu pose.

hampir 3 jam operasi nie dari kul 8 pagi sampai ke pukul 11am. huh.. penat, panas, dahaga semenya ader. cepat2 masuk lam umah , mandi, rehat sebelum aku pengsan kepenatan nanti. hahahahahaha... xleh pk apa nak buat lagik pasnih. cam byk lagi kena kemas. nasib selasa depan cuti hari kebangsaan so aku ada masa lagik nak kemas2 pasu2 aku plak. huhuhuhu.. dlm umah lagik belum kemas....

selamat berpuasa.. dan selamat berbuka puasa.. selamat berterawih.. semoga kita bertemu Lailatul Qadar.. amin....

Saturday, August 28, 2010

Lapan Belas Ramadan

huhuhu..hari yg panjang bagi aku hari nie. pagi2 kena bangun coz' cam da list down byk benda nak buat hari nie.

perkara pertama tentulah kena bangkit pagi2 kan. siap2 lebih kurang dgn hari yg hujan dari malam turun ke pagi mmg menyeksakan. dah lar sejuk then kena bersiap2 kuar. destinasi pertama aku nak tuju adalah pejabat post area umah coz' ada parcel tuk aku. still x bukak lagik walaupun da kul 8.30am.

then terus pi pejabat pos kat semenyih ambik parcel tuk osmet aku plak. rupanya2 surat yg sama jer dpt arituh. nasib dia x mengamuk. then patah balik gi lagik skali pejabat pos kat area umah plak baru ler pejabat pos buka. then aku dpt ambik parcel aku. then terus pi kl plak.

jln time awal2 nie agak clear, tapi masuk jer lam kl fuyooooo..jammed gila. pagi2 aku leh nampak org ramai menunggu sogo buka punyalah ramai. giler betul diowang nie sanggup menunggu awal2 pagi tuk shoppong compleks buka. jalan raya mmg penuh kenderaan. biler sampai destinasi dituju, tutup plak. ish.. sebelum dtg call ckp bukak..camner nie..

agak kecewa gak ler tapi mengenanngkan nie bulan pose so sabar byk2 kay. pi plak visit mak, bawa pi gunting rambut. tengok rambut mak makin sket, makin byk yg gugur, baper lai jer yg panjang, then uban mmg agak byk kat area side burn. so aku mintak tukang gunting nie potong seme uban2 tu skali biar nampak rambut hitam jer. hehehehehe.. aku pun potong sket jer rambut tuk kemasan, xmo potong pendek sgt...

abis sesi bergunting, pi kat carrefour bdr tun husain onn. first time aku sampai sini. mmg besar , ada byk kedai makan, kedai2 kecik lain selain carrefour yg besar nie. dekat building nie ada bangunan citibank yg ada besar gak. so senanglah nak gi bayar credit card kat sini nanti. buat hutang pun senang. .. hahahahahaha..

then pi beli brg dapur mak kat econsave. org mmg ramai giler sampai nak parking pun bileh gaduh, nasib aku dpt cari parking tanpa perlu bertekak. kat dlm pun org punya ramai beli barang coz' seme org mostly dah dpt gaji rasanya. aku mmg x larat dah. rasa nak pitam pun ader. so aku byk duduk jer sambil bawa troli.

petang nak berbuka hantar osmet aku pi kat komuter station, dia ada berbuka kat luar. aku ngan mak plak pi kat shopping the mines. aku rase cam hapa biler tengok seme tempat makan dah penuh kena tempah. daripada kfc, mcd, nandos, kenny rogers, kopitiam janji yg halal aku rase dah penuh tempat duduk. nasib ada tempat lagik kat a&w. so aku bantai arr pesan mozza burger ngan ayam goreng ngan kentang n air root beer favourite aku. hahahahahahahaha...

sebelum balik sempat lagik singgah kat giant n mak aku beli lagik kuih raya. ntah baper byk ler kuih raya mak aku nak beli nie. nanti sure dpt byk lagik dari anak2 dia yg 5 ketul. mak ske makan kuih raya oklah compare ngan aku yg hanya makan kuih2 kering jer.

sebelum aku balik umah, sempat lagik mak kasik kuih siput. salah satu kuih kegemaran aku. balik umah plak osmet aku masak olio lagik. sedapnya makan. hehehehe..

selamat berpuasa... sedihnya tinggal baper hari jer lagik....

bye..salam...

Tujuh belas ramadan

Pagi2 lagi aku da dpt msg dari staff aku mengatakan dia kena cuti coz' menjaga adik yg sakit dihospital. semoga adiknya cepat sembuh n staff aku juga menjaga diri sendiri baik2 sementelah menjaga org sakit. amin....

Dalam aku duk mencari2 destinasi tuk berbuka hari nie, tetiba aku dikhabarkan yg staff aku mengajak berbuka bersama2. aku pun pk2 gak coz' tempat yg nak pi tu agak jauh dari ofis aku plus jauh lagi nak balik ke rumah. Tapi nie staff yg jemput, so aku pun turutkan kehendak mereka tuk berbuka bersama2.

Lokasi yg menjadi pilihan adalah Restoran JM Bariani di Kelana Jaya. Terletak betul2 berdepan dengan Kelana Park View, restoran yg boleh nampak dari tepi jln nie sederet ngan bank islam, subway, restoran aladin, restoran indon sekali. so mmg senang nak cari n x sesat punyalah. lagi satu berdekatan ngan Hypermarket Giant Kelana Jaya.

Restoran nie menyediakan masakan dari negeri Johor seperti nasi beriani, mee bandung sebagai menu utama. Beriani plak ada few jenis lauk seperti beriani gam yg telah tersedia ayam disebalik nasi, ataupun nasi beriani yg boleh dimakan bersama2 kuah dalca, acar buah, ayam goreng, ayam kurma, ayam black pepper, kambing ataupun daging rendang.

Selain tu aku tengok ada menu cam mee bandung, tapai, dessert dan ice cream. Air pun ada few type yg biase2 punya. xder yg pelik2. sebelum time berbuka aku tengok ramai org dtg tapau nasi beriani kat kedai nie. mmg ramai yg tapau sebab tempat nak duk lam kedai nie semenya dah abis ditempah customer. setiap meja ada nama2 org yg menempahnya. pergh.. laris giler kedai nie.

AKu tgk kat dinding kedai nie ada tulis sejarah penubuhan kedai nie. dari mana dtgnya nama JM nie. biase kita makan nasi beriani mesti kat kedai mamak. tapi kedai nie kepunyaan sepasang suami isteri bernama Jamilah dan Mustafa. Menarik kan asal usul kedai nie. ada beberapa cawangan ditempat lain. aku x abis baca coz' waktu da suntuk tuk berbuka.

So korang boleh try dtg makan kat sini, layanan mmmg tip top, nasi beriani yg sedap dan lazat. terima kasih pada yg belanja, semoga rezeki anda menjadi bertambah berlipat kali ganda. dtglah beramai2 tuk mencubanya. budak kecik pun boleh makan coz' nasi beriani xterlampau berempah dan ada byk anika pilihan lauk yg ada.

selamat mencuba.. selamat berbuka puasa ...

BYe...

Friday, August 27, 2010

Mandi Wajib

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Enam Belas Ramadan










Terasa cepat masa berlalu utk hari nie. maybe aku terlampau byk keje, pagi n petang ada didcussion, then buat troubleshoot, report lagik tuk bulan nie. so nanti awal bulan takder aku terkejar2 nak siapkan report. huhuhuhu.. cam x bernafas plus suara pun makin kurang asik berckp2 tadi...

petang berbuka kat area gardens. memula nak makan itu ini, last skali decide carik baju tuk raya, so beli buah anggur, crispy popiah and air botol/mineral jer kalu2 x sempat nak carik tempat makan nanti bila sampai waktunya.

akhirnya da puas jln beli baju kat area isetan gardens. byk gak choice yg ader, tapi tuh ler pattern mostly sama jer. dah xder idea diowang nie nak buat baju kut. osmet aku sempat sambar 3 helai baju, aku selai jer dpt. xlarat lagik nak jln2 so time tuh da ade kat area foodcourt garden then stop kat sini tuk berbuka.

food court gardens mmg besar, bersih, n byk jenis food/drink ada jual kat sini. yg glamer mestilah kedai nasi arab nie, western food, japanese food, thai food. air cam biaselah melimpah ruah ada jual kat sini. then kitowang beli lagik ice lemon tea n kuew teow ladna seafood. mmg sedap rasanya.

time berbuka kitowang belasah makan buah anggur, popiah crispy, kuew teow ladna, air a&w, ice lemon tea, air mineral. then baru pk apa lagik nak makan nie. ternampak barisan org beratur kat sushi zanmai nie plak. so apalagik sama arr beratur.

sushi zanmai nie mmg sedap. so korang tengok sendiri gambar yg aku post tu food yg kiotwang order. nak sebut satu2 pun bukannya reti lam base jepun. agak2 jer arr kay. harga pun boleh tahan makan kat sini, maybe mahal sket..tapi puas hati wooo. hehehehe...

so selamat mencuba.. selamat berpuasa dan berbuka...

bye...

Wednesday, August 25, 2010

Lima belas ramadan

Aku berpuasa dan keje cam biase hari nie. cuma aku kena attend meeting pagi2 lagi. then menunggu org cam biase. bilalah diowang nie nak belajar tepati waktu aku pun xpaham, semenya pangkat berpikul2.. tapi bab mase amatlah lemah. nasib angin aku baik ari nie so aku leh lagik tunggu, apatah lagik yg dinanti adalah org penting n member lamer.

balik ofis cam biase keje mmg bergolek2 byk. so buatlah pelan2 sampai semenya siap. lam aku duk buat keje n bace email tu, ada member email pasal kecurian kabel di rumah kat kelanatan. dah lamer report, lam bulan 6 tapi sampai ari nie lum ambik tindakan. so aku cam biase carilah key personel involved and tolong member aku nie. wondering if org ramai yg ader problem camnie, kemanakah arah tujuan tempat nak mengadu nasib. huhuhuhuhu....

lam lunch hour tu plak aku dgr staff aku bergaduh, terperanjat rasenya seme org. aku apatah lagik. nasib aku rase aku berjaya settlekan masalah2 org nie. aku rase time aku jaga system dulu lagi senang daripada time aku ada staff skang nie. Tuhan jer ar tahu betapa perasaan aku ketika nie. mana yg patut nasihat, kasik ceramah, panduan, contoh..harap2 semenya akan menjadi pulih seperti sediakala...

malam aku berbuka kat umah. osmet aku masak lauk, so aku lepak2 tgk tv sambil tulis blog nie. sebelum kena pelangkung, baiklah aku stop dulu. esok sambung lagik.

selamat berbuka ...

bye ...

Empat Belas Ramadan

Seperti biase aku masih lagi berpuasa setakat ini. maknanya dah 2 minggu aku menjalani ibadah puasa nie. syukur alhamdulillah masih lagi memperolehi kekuatan utk melalui hari2 di bulan yg mulia ini....

AKu ada meeting di bangunan JRC yg lama ari nie. penat giler kena naik tangga sampai lima tingkat. building nie satu2 building yg 5 tingkat tapi xder lift. rase nak tertanggal lutut panjat tangga. ntah biler aku naik tangga pun x pasti kali terakhir. sakit lutut apalagik mau ler singgah time2 camnie. betis aku sakit, rase berbuah, cramp, tegang jer. nasib turun tangga x seteruk naik tangga. hahahahaha....

Petang aku berbuka kat tgi ngan osmet n kawan ofis dia. sebelum tu sempat lagik singgah jusco beli food sket2. aku berani ckp diowang nie kang x habis makan nanti. membazir. sumbat2 jer nanti tengok lah..

kali nie aku berbuka kat tgi fridays. since ada 3 org, so ambik 3 main course berbeza, 1 starter n 3 gelas air refillable. mmg padat n rasa mengah giler nak habiskan seme food yg dipesan. time2 nak dekat berbuka nie ramailah plak customer sampai x cukup tempat. sebelum tu kosong jer.

apalah salahnya kaum2 lain nie be considerated to all muslim yg nak berbuka. bukannya diowang x makan sepanjang ari, time2 nie lah sibuk nak makan samer. ada gak tengok kaum2 lain join sesama berbuka, maybe colleague or customer diowang, then oklah. yg couple2 bukan islam nie... bawak2 ler bersabar or tunggu kul 8 ker baru makan kat sini.. hmm.. kata satu Mesia.. tapi cam hampeh.com.my...

beres urusan makan kenalah jln2 plak kan. so dari satu kedai ke satu kedai masuk, dari kedai jewelery, lingerie, pakaian, sampailah kedai alat2 solek kitowang masuk. member siap beli bulu mata palsu lagik. org kedai tu siap demo pasang bulu mata palsu nie kat mata dia. huhu..bukan senang rupanya rozita che wan tu nampak cantik pakai bulu mata palsu. hahahhahahaha...

abis berjalan2.. balik.. masuk internet bayar bill.. x sempat tgk tv then zzzZZZzz

selamat berpuasa...

bye...

Tuesday, August 24, 2010

Tiga Belas Ramadan

Aku bangun pagi nie dengan sakitnya coz' belakang aku sakit plus leher aku sekali. apatah x kenanya.. adooooii.. sakit giler. tapi still kena bangun gi keje gak else bosan duk umah nanti. huhuhuhu...

kesabaran aku agak menipis hari nie, maybe sebab aku sakit leher nie jadik adalah beberapa kerat budak ofis kena tempias. then dpt parcel dari member aku. ingat gak diowang kat aku nie. aku pun agihkan ler parcel nie among budak2 ofis gak. penting nie. so dlm duk marah tu.. aku sentiasa cuba buat baik kat budak2 sini.. hehehehe..

petang pi pasar ramadan kat area umah. arinie beli kuih byk jenis tapi seketul2 cam beger mesia, keria, cek mek molek, lopes, kole kacang, kole keladi, seri muka, kole cendol n x ketinggalan ayam percik. semenya nie bunyi jer byk tapi beli seketul jer.......

sampai umah dpt surat yg ditunggu2.... huhuhuhu.. bermula pengembaraan n cabaran baru bagi aku. harap2 lepas raya akan berjaya disettlekan..so xleh nak update dulu apa berita gembira ne.. cuma rasa happy sesangat..penantian berakhir.. keh keh keh keh..

malam yg x menarik osmet aku tlg urut belakang n leher aku, letak yoko2..huhuhu..pedih boleh tahan.. tapi still sakit x hilang. xperlah.. aku terbaring jer cam org sakit.. hahahahaha... xleh nak tulis byk.. aku ada keje nak buat lagik nie.. semoga bertemu lagi, selamat berpuasa...

bye..

Sunday, August 22, 2010

Dua belas ramadan

Hmm.. hari ahad di rumah.. berkira2 apa nak buat nie. so pas bangun tido, terus teringat nak kemas laman rumah. so aku kenalah ambik pengaut n sapu seme daun2 gugur dari pokok mangga aku yg dipenuhi kerengga nie. tengah aku syok2 sapu plus bakar daun2 nie. jiran aku dtg. kasik tau pasal kucing kecik harituh da jumpa mak dia semula. lega aku mendengarnya. mak kucing pun sayangkan anak.. tatau apa nak jadik ngan org kat mesia nie skang.. asik buang anak lam tong sampahlah, tepi bas stop, depan umah org, paling sedih ader yg buang lam tempat kumbahan.. x terkata aku dah buat satu salah, menyambung2 lagi salah. x terasa ke atas perbuatan tuh...

then jiran aku kasik kertas dari surau tempat tinggal aku. nasib aku dpt hari nie coz' 2 hari lagik turn area rumah aku hantar moreh ke surau. since aku x rajin ke surau, so aku kasik ler duit kat dia beli apa yg patut2 tuk org surau nanti. moreh nie adalah food yg disediakan tuk org berbuka pose kat surau ataupun food selepas abis solat sunat tarawih nanti malam. kasik jer seikhlas hati kita samada bentuk wang ringgit ataupun food. dptlah pahala sket kasik org makan buka pose nie..

petang sesi memasak plak. hari nie masak cepat sket coz' takder benda nak buat. lepas kemas umah, lipat baju, osmet aku iron baju bermula aktiviti ketuk2 ramadan nie. kali nie masak ayam goreng kicap, sambal ikan bilis campur tempe dan kentang, ikan siakap sweet sour. x sangka plak ikan siakap nie besar sangat sampai x muat kuali nak goreng. nasib ler aku biasa goreng ikan , so berjaya gak arr sesi goreng ikan siakap nie. lain2 tu goreng2 biase jer mudah sket.

aku habiskan mase main game tuk tunggu waktu berbuka sambil2 tgk tv. tengah pk pasal minggu hadapan... camner nak facing seme masalah yg aku pk minggu nie. sabar yer hans.. xder makna kehidupan tanpa masalah. n seme masalah kena handle with hati yg tenang n waras barulah mudah nampak jln penyelesaian nanti. insyaAllah.

selamat berbuka seme.. semoga ibadah kita sentiasa diterima oleh Allah s.w.t.... amin......

bye...

Saturday, August 21, 2010

Sebelas Ramadan

Kali nie aku bangkit awal pagi sabtu. Sebabnya...da janji ngan adik aku nak bawak anak2 sedara aku pi shopping. Nasib aku sedar sebelum anak2 sedara aku sampai. Aku da siap borak2 ngan mak sambil tunggu diowang dtg.

So perkara pertama akan dibuat hari nie adalah hantar osmet aku pi klinik gigi. Dia kena gi tampal gigi sebab dia terlanggar gerai kuih bulan sampai pecah gigi dia. nak ketawe pun x sampai ati coz' tengok cam teruk kan. tapi ketawe lam ati ok kut. hahahahahaha....

pastu aku bawak anak2 sedara aku plus mak aku pi shopping kat parkson kajang. dekat jer ngan klinik gigi, seberang jalan jer. agak pagi lagi belum kul 11 pun, so senang dpt parking. nak beli belah pun senang pilih baju coz' org x baper ramai lagik.

kat parkson bahagian kanak2, mmg byk baju cantik2, n harga pun boleh tahan ikut brand ler cam biase. So rembat jer cepat2 mana2 baju yg cantik n selesa tuk budak2 nie.. umur dari 2, 5,7, 11, 12. so bygkan ler betapa pening kepala aku nak carik baju tuk diowang.

paling2 aku x sangka adalah semenya xmo buka baju kat depan, nak masuk fitting room. huhuhuhu.. belum akil baligh lagik tu.. apapun x develop lagik tapi malu yg amat. kalu yg umur 11,12 tahun tu aku paham lar gak nie yg kecik2 pun samer jer. haruslah kesabaran aku tercabar tahap yg boleh marah, tapi pose plus duk lam aircond so aku bertahan lagik.

dah beli baju, suar, kasut diowang yg x pose kecik2 nie kena bawak gi makan plak. so pi lepak kfc kasik diowang makan plak. nasib tempat nie seme dekat2 jer xjauh. x baper kaki pun melangkah. sepanjang aku beli barang2 nie plus makan kat kfc, osmet aku lum siap2 lagik.

setelah menunggu sampai 4 jam, akhirnya osmet aku da siap ngan gigi baru dia. tampal jer dekat 6 btg gigi. so kena charge rm164. boleh tahan servis kat klinik nie. menunggu nak jumpa doc jer lebih 2 jam. dah tu masuk lam tempat rawatan menunggu lagik, seme skali osmet aku duk kat 4 jam lam klinik nie. huhuhhuhuhu... abis separuh ari dah...

balik jer seme da penat. tido ler apa lagik sebelum nak masuk petang. haruslah aku pun penat, semenya yg berpose hari nie penat. mak aku usah dikenanglah.so petang berbuka kat jusco bandar selatan. kat sini ada byk food boleh kita pilih. memandangkan anak2 sedara aku nie ramai, so aku decide berbuka kat kfc, sempat lagik tu beli pizza hut daging tuh.. tuk berbuka sekali.

keseluruhan berbuka mmg menyeronokkan tengok gelagat budak2 nie. yg pose 2 org, 2 lagik x pose, tapi makan kalahkan org berpose. aku happy sgt saat2 nie mak aku apatah lagik dikelilingi oleh cucu2 dia. semenya abis makan, siap beli ice cream mcdonald lagik tu sebelum balik.

bukan selalu aku kuar ngan anak2 sedara aku. so biler ada mase kuar sesame tu terasa seronoknya....

selamat malam.. aku nak rehat.. penat.... tapi penuh kenangan manis bersama2 mereka....

bye...

Sepuluh Ramadan

Dah sepuluh ramadan.. so lagi 20 hari akan dilalui oleh seme umat islam mengerjakan ibadah puasa. Aku berbuka bersama2 ibu tercinta pada hari nie. Aku pening memikirkan tempat tuk dituju tuk berbuka. So once aku da google, bincang2, aku decide pi kat heritage village. ada byk gerai2 makan kat situ rupanya.

Pas ambik mak then terus cepat2 pi tempat yg dituju. berdepan ngan the mines, dari jln seri kembangan tu buat jer u-turn kat depan. dari tepi jln nampak signboard heritage village tu. then masuk lam building tu, park, then turun ke bahagian bawah. ada byk gerai2 makan berderet yg mengadap air tasik. nampak ada angsa putih kat area tasik. jadik mmg cantik n menarik view kat sini.

aku pilih gerai makanan arab kali nie. nama lake view cafe. then order nasi cam kasbah ayam, beriani ayam n syawarma. beriani aku rase seme org da kenal. so kasbah ayam nie nasi cma beriani gak cumer rempah2 yg digunakan berbeza sket. so rasanya lagik lembut dan sedap compare ngan beriani agak kering da keras. syawarma tu plak cam kebab ayam , dibalut ngan roti cam lempeng besar, ada mayo, kentang fries, isi ayam, tomato yg dipotong kiub2, mmg besar lam sekali panjangnya. pergh..byk tuh..

air plak minum fresh orange, apple kalamansi, air suam wajibla ader kan. tetiba dtg plak kasik air susu 3 gelas kecik. comel jer bentuk gelas tuh. belasah jer arr minum time berbuka. ayam tu plak ayam bakar yg ranggup so sedap arr. cuma kelemahan xder kuah, so rase tercekik biler makan nasi2 nie seme. aku x abispun makan syawarma nie, nasi tu usah dikenang lah kan. lagilah xleh nak masuk.

aku hantar mak aku balik then menuju ke kl semula. ada masalah member aku memerlukan. so kitowang pi lepak kat istana bambu dan nellis sambil mendengar citer member aku nie. dekat kul 2am baru aku balik. kul 5 bangun semula tuk bersahur, then baru tido semula.

jap lagik byk lagik aktiviti menunggu aku. huhuhu.. nanti2 aku citer, aku kena bersiap2 dulu sebelum kuar.

bye...

Friday, August 20, 2010

Sembilan Ramadan

AKu berbuka ngan kawan2 ofis osmet aku ari nie. Tempat yg dituju adalah restoran tupai2 yg terletak x sampai 10min dari ofis aku nie. Camner nak ckp lokasi tempat nie.. kat belakang DBP or dekat2 ngan area makan ikan bakar jln belamy tuh. senang nak carik jer tempat nie.. hehehehehe....

Kat sini buffet adalah harga rm48 nett dewasa, kalu minggu pertama lagik murah rm38 nett. Biaser lah minggu pertama x ramai lagik nak berbuka kat luar coz' ramai nak berbuka bersama kaum keluarga kan. jadik masuk mingu ke 2 dan 3 byklah org mula attend jamuan berbuka puasa disana sini.

kerusi meja bertambah2 sampai kat tepi area daun keladi. so biler org dtg ramai, mmg nampak crowded giler tempat ne. dah ler tempat makan pun byk, jadik tgk org kerumum food masa nak dekat time berbuka tu sungguh kelakar.

ada few tytpe food prepare kat sini, satu tempat aku rase adalah western food. ada spaghetti , kuah bolognese yg sedap, meatball, mash potato, coselaw, kambing panggang, salad, dressing salad, mushroom soup.

sebelah tu plak adalah bahagian lauk2 masakan cina/melayu cam butter prawn, ikan bakar, fillet salut tepung, daging bakar, siap dengan tomyam, cencaluk, berjenis2 sambal, lauk pauk melayu yg famous. x larat nak list down seme kat sini. mmg heaven masakan lauk pauk nie. aku list sket2 yg aku berkenan jer. hahahaha..

sebelah lagik ada nasi putih, nasi beriani, laksa, mee hoon, mee goreng, pilih jer mana yg berkenan. roti putih pun ader.

bahagian desert ada kuih muih, pengat pisang, pengat durian , kacang rebus, air2 manis sejuk / panas. rambutan pun ader. esok dia ckp. nak keluarkan durian plak. pergh.. heaven lagik tuh...

rasa nak terbelahak makanan yg ader kat sini kalu semenya nak dirasa. aku makan spageti with meatball, sandwich seketul. air 2 gelas. then sket2 ambik lauk2 tuh ngan nasi beriani sesudu. the rest byk makan rambutan, kacang rebus, sambil menyembang2 dan tgk tv sekali.

padat giler perut aku makan kat sini. harga pun xler mahal cam kat hotel, variety pun byk. so bolehlah kasik cadangan kat korang dtg sini plak tuk berbuka kalu nak.

selamat mencuba.....

Thursday, August 19, 2010

Mencari Cinta

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan..............

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Kisah Rasulullah S.A.W

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran dan tauladan

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyahbelum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hariini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keraskepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadiaku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapae ngkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. SayidinaUmar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan diAkhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketikadi depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnyauntuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yangtinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'YaRasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKUWALAUPUN SEPOTONGAYAT

Wednesday, August 18, 2010

Lapan Ramadan

Takder yg menarik hari nier berlaku except few thing aku kena buat. so far semenya berjalan seperti yg di plan. so tunggu jer masa yg sesuai tuk seme plan executed seperti dirancangkan. amin....

aku pi pasar ramadam kat area umah aku buat kali pertama. permandangan pertama adalah org yg minta sedekah pun ader, daripada cacat anggota sampailah kepada org buta. mungkin rezeki itu terletak ditangan Tuhan Yang Maha Esa. Selagi aku rase aku boleh tolong aku tolonglah especially org2 buta. coz' mereka nie tidak diminta lahir tanpa dpt melihat. tapi hati mereka dpt melihat lebih baik dari org2 celik cam aku nie. terhindar dari melihat perkara2 yg haram......

seterusnya aku nampak berjenis2 food dijual, berjenis2 air, sebut jer apa terlintas dikepala mesti ada punyalah. ada satu gerai nie menarik perhatian aku, menjual kuih muih dari kelantan. yg aku kenal adalah jala mas. lagi satu yg berkaler2 nie aku x sure apa namanya. nantilah aku tanya member2 kelantan aku nanti.

akhirnya aku beli ayam golek sekor, beger mesia 2 bijik n roti jala 5 ketul, kira byk nie aku rasa. then balik umah terus tanpa pandang kiri kanan..else sure beli lagik food yg ternampak nanti. hahahaha

kat umah prepare nasi, lauk , buah, air buah, sampai penuh satu meja. hmm.. byk tul biler da dikumpulkan seme2 food nie. makan mana yg larat jer. then aku sakit perut plak teruk2. apatah salah makan aku pun xsure. tapi yg pasti aku dpt makan manggis, rambutan. best.. hehehehe.. manis2 plak tuh. thanks to osmet aku yg rajin beli..hehehe....

now mase tuk berehat. minum air suam sambil tengok citer astro mana yg berkenan. aku rase aku xleh tulis lagik dah.. idea da kurang.. plus perut aku memulas2.. hohohohohoho.... stop disini..

byeeeeeeeeeeeeeee

Tuesday, August 17, 2010

Pasar malam ramadan

Buat pertama kali aku turun ke pasar ramadan berdekatan rumah setelah hampir seminggu berpuasa. Pasar ramadan hari nie jatuh sama hari ngan pasar malam so boleh bayangkan betapa panjangnya pasar malam ramadan nie. Selalu kalu takat pasar malam boleh kata huruf L jer panjangnya, bila digabungkan keduanya dari huruf U. hehehehe

AKu xlarat nak berjalan dari hujung ke hujung pasar nie coz' panjang sgt. so apa aku buat aku parking kat sebelah hujung berdekatan ngan gerai2 yg aku nak pi ajer. mudah kan. xler letih..nak jln lagi, hujan plak tu, org pun ramai, then aku nyer energy pun da makin kurang. nak kena angkat barang2 lagi biler da beli tuh.

Aku singgah pertamanya kat gerai beli barang2 basah, kat sini aku beli udang, sotong dan ikan jacket. osmet aku plak pi singgah area gerai sayur beli cili merah dan tempe. pergh.. punyalah mahal cili merah.. x baper tangkai ambik plus tempe baper bungkus rega dekat rm9. fuhhhh..mahal melangut... aku nyer beli barang basah pun rasanya x ler semahal tu.. baru rm23 tuk lauk2 tadi.

seterusnya menuju kat gerai jual buah plak. ambik x sampai sekilo anggur hitam pun dah rm14. then baper sebenarnya harga sekilo anggur nie.. huhuhuhu.. kat tempat gerai jual barang2 kering pun samer. mahal x ingat. camnie baik beli kat supermarket. lam aircond, kaki x kotor, xder kena hujan.. bla bla bla.. ckp lam ati arrrr..

balik umah terus check anak kucing ader ke x. nasib anak kucing tu dah xder. so teruskan misi tuk memasak petang nie. ikan kerisi masak sambal dan gulai cili api udang ngan pucuk paku. cukuplah tu rasanya. berdua jer pun nak makan. then aku da siapkan buah2an jambu n limau mandarin. masak nasi. then tunggu waktu berbuka ngan sabar.

sambil2 memasak nie aku update ler blog aku skali coz' nak tunggu ikan tu baru kuar dari fridge. then boleh main game skali kat fb. hahahaha.. turn aku nak goreng ikan jap lagik.. so sabar2 yer. air special hari nie.. root beer.. hehehehee.. osmet aku beli kat kedai semalam. aku ske minum air root beer coz' x samer cam coke/pepsi.

harap2 semenya berjalan lancar. jgnlah hendaknya hujan lebat cam semalam. time2 berbuka blackout.. terperanjat kejap.terbantut nak makan. azan pun x dengar. nasib tau waktu berbuka kul baper. hahahaahaha..

selamat menyediakan hidangan berbuka, selamat berbuka, selamat mengerjakan sembahyang terawih.

byeeeeeee

Tujuh Ramadan

Dah genap seminggu berpuasa. Lega aku masih lagi mampu menunaikan dengan baik sekalik. Betul lah gastrik x menghalang aku dari berpuasa. Semangat yg kuat dan niat yg baik membenarkan diri aku nie berpuasa.. amin....

AKu bersiap2 nak keluarkan kete hari nie bile aku dengar suara kecil kucing. Mengiau2 x berhenti2. ish.. aku dah lambat nie.. mana anak kucing nie. jengok bawah kete xder plak. so aku gostan kete aku baru melepasi pagar umah jer bunyi anak kucing nie lagik kuat.

ish.. mana anak kucing nie sebenarnya? kat bawah kete xder.. tapi bunyi masih ader lagik. so aku kena stop enjin kete n mula mencari lagik. rasanya cam kat lam enjin plak. tapi camner anak kucing boleh ader kat sini. nasib ada jiran umah aku nie berani hulurkan tangan angkat anak kucing. kalu harap aku or osmet aku xder lar.. x muat kut. hahahahaha...

comel jer anak kucing nie. maybe da umur beberapa hari. mana lar mak kucing nie leh tinggalkan anak kucing kat lam enjin kete aku nie. anak kucing nie asik mengiau x berhenti..bising plak tu. aku masuk semula lam umah, bancuh susu coklat anlene n kasik kat anak kucing nie. xmo minum plak...

osmet aku pegang n belai kucing nie baru diam. maybe kesejukan. aku tatau camner lagik nak buat. aku mintak tolong jiran aku pakcik nie tolong jagakan. aku nak pi keje dulu. nanti balik aku pk camner nak buat kalu anak kucing nie masih ada lagik kat umah aku.....

sepanjang aku drive, aku terpk, beginikah baby yg kena buang ditinggalkan.. kenapa aku x ambik port time memula aku dgr bunyi anak kucing nie. rase bersalah sgt2 biler aku pk kan. bayangkan kalau seorang baby ditinggalkan dlm keadaan kesejukan, mesti menangis teruk2 n org buat x dengar or mmg x dengar. nasib anak kucing nie umur panjang. masih lagi bernyawa ketika aku jumpa. kalau bayi manusia entahlah..

adakah ini dugaan dlm bulan pose yg mesti aku tempuh? ataupun petanda kepada aku? Dugaaan dari Tuhan datang dalam bermacam2 cara. aku harap aku dpt menangani dengan baik. Ampunkan aku sekiranya aku x ambik peduli pasal anak kucing nie tadi. AKu doakan anak kucing nie akan sentiasa hidup seandainya sudah tertulis hayat dia...amin...

Monday, August 16, 2010

Enam Ramadan

Aku cam biase memulakan hari aku ngan relaks. Agak byk benda2 yg ak fikirkan on weekend, so biler hari nie aku kena implement seme2 nya. aku rase aku agak berjaya? x tau ler. harap2nya ler.. seme akan beroleh manfaat bersama2...amin...

petang cam biase aku balik keje awal. aku siap leh goreng ikan selar kecik, prepare fruits tuk buka pose. yg lain2 osmet aku prepare. x byk pun nak buat harinie. hujan mencurah2 turun sebelum berbuka agak lebat sampai berbuka pun blackout. makan lam gelap jap. then electric back to normal. alhamdulillah... lega...

biler hujan da stop dapat ler tengok siaran astro. aku mmg xpaham kenapa tiap kali hujan lebat mesti siaran astro nie padam. kata da upgrade guna satelit lah..itu lah inilah..tapi mutu masih ditakuk lama. kalu complaint pun x akan mengubah apa2. kena gak bayar bulan2 tanpa gagal ...else... kena potong.. kena denda tuk lambat bayar.. hmm.. berserah ker?

xleh tido lar plak cam selalu. maybe aku makan terlampau byk or minum air byk sgt sampai susah nak tido .else aku da tido time2 nie? nanti saper plak nak update kalu aku da tido? hahahahaha.. wake up man .... tulis jer apa2 yg patut. hmm.. da almost habis idea. aku nak tgk ncis series 7 preview asian tonite. xleh concentrate rupanya.. patut arr. so off dulu.. sambung esok agaknya lar..

byeee.....

Lima Ramadan...

Aku masih lagi berada kat tempat org. Pagi kena bangun pi pasar beli barang2 basah tuk aku bawak balik nanti. Byk gak ikan2 aku beli cam kembung, selar, kerisi, selar kecil, siakap. aku mmg jrg beli ayam dan daging. kalu kat luar aku makan ler ayam n daging nie. maybe coz' ayam n daging ada one kind of smell biler lam fridge buat aku x ske compare ngan ikan or seafood xder bau sgt.

abis sesi gi pasar, aku bace paper. satu2 aku bace. sayu jer hati biler tgk byk betul citer baby kena buang nie. apalah dosa insan yg kecil nie. dah ler lahir kedunia x diingini, pastu kena buang merata2. haiwan pun sayangkan anak. tatau lah apa nak jadik ngan manusia hari nie.

petang aku tgk movie. best gak tgk citer movie petang ahad nie. aku bukan focus pada citer sebenarnya, tapi kecanggihan alat atau gadget yg digunakan tuk manipulasi org. kalaulah seme nie betul2 ader kat mesia dah ramai org kena tipu agaknya or org2 kat mesia nie semenya jadik baik2 belaka. hahahaha...

malam aku berbuka lagik. byk giler food depan meja, aku makan mana yg larat jer. xleh nak makan byk2 pun coz' aku nak kena balik ke kl sat lagik. terima kasih sebab sudi jemput aku berbuka kat sini. kalu ader masa bertemu lagik. kena gerak else sampai ke tengah malam nanti baru sampai umah. siap tapau lagik food mana yg patut sampai penuh bonet kete ngan memacam food.

hujan lebat mengiringi aku balik ke kl. dari pi 2 hari lepas pun hujan lebat, balik nie pun masih lagik hujan lebat. harapnya jln clear. alhamdulillah. aku sampai ngan selamatnya. sempat lagik nampak beberapa kete involve lam accident. aku bawak x laju mana bab hujan sambil2 dengar lagu kegemaran aku hot 30 sinar. mmg jiwa aku jiwa lama.. sampaikan lagu2 70an - 80an pun aku leh masuk. hahahaahaha..

dah selamat sampai pun.. selamat tido seme.. selamat bekerja hari isnin.. aku tido dulu..zzzZZZzzz....

Saturday, August 14, 2010

ramadan empat

Tak byk aktiviti aku buat hari nie. Pas aku check kerja2 system, aku bersiap2 nak pi visit org plak. jauh gak tempat tu. adalah dekat sejam baru sampai. dah ler bawa pun slow lam 70-80 kmph mmg terasa penat duk lam kete camnie. Nasib bukan aku yg drive. else sahih boleh terlelap tengah jln. hahahahaa

pas abis visit session, bermula plak sesi nak carik tempat berbuka. time nie dah kul empat lebih petang. call satu2 hotel, almost seme hotel ada buat buffer ramadan. harga buffet nie bergantung kepada bintang2 hotel nie.. lagik byk bintang lagi byk food yg disediakan..lagi mahal lah kan... hehehehe..

since aku bawa org pi berbuka.. so pilih hotel equatorial. harga xterlampau mahal dan x terlampau murah. jadik menu pilihan food pun agak byk. ada western, eastern n local food. tengok sebelum time berbuka cam seme nie nak ambik n makan.

biler dah berbuka, bermula ngan kurma, nasi goreng ikan masin, yee mee goreng, sotong goreng tepung, udang goreng kunyit, ikan bakar, ketam masak kicap, sayur kailan, sayur campur...pelan2 makan...then ambik desert sikit..buah2... buah lagik... lupa plak minum air.. then makan buah lagik.. then aku ternampak sesuatu yg dah lamer giler aku x makan.. pengat pisang....

yaaaaa.. pengat pisang aku rase aku pernah makan time... arwah ayah aku ada dulu, mak aku pernah buat. then aku rase aku x pernah makan lagik. rase sebak plak biler tgk tapi aku ambik gak semangkuk kecik. cukuplah tuh.. aku da rase cam full.. tapi biler tgk nie.. aku mesti ambik.. aku rase...kekurangan.. xder biji mata ikan..hmmm..

begitulah diri aku merasa kekurangan. tapi aku mesti tabahkan hati aku. teruskan hidup. semoga arwah ayah akan senantiasa berada dalam golongan yg bakal masuk syurga. amin.....

aku xleh nak sambung lagik.. esok jer arr aku tulis lagik.....

ramadan tiga

AKu bergegas pulang hari nie. coz' hari nie aku nak pi berbuka kat tempat jauh. perjalanan yg selalu ambik mase dua jam menjadi tiga jam. sebab pertama seme org berpusu2 balik, so jln agak jammed n slow tapi still moving. sebab kedua adalah hujan. memula hujan x lebat, then lebat giler, then biler nak dekat sampai hujan da agak slow.. tapi masih lagi hujan..sampailah kedestinasi yg dituju......

aku sampai betul2 azan da berkumandang. so apa lagik cepat2 masuk lam umah n terus capai kurma n air. then makan apa2 yg patut2. kalu aku lambat pun aku da prepare lam kete..air dan roti.. so xlah rase ralat kalu berbuka lam kete pun. hehehehe... byk gak aku makan time nie. maybe aku drive lama sgt or aku mmg lapar giler.

Aku xleh berjaga lama mana pun... coz' aku sgt letih.. jadik aku tido terus...nasib pagi aku still bangun tuk bersahur.. siap leh makan nasi n goreng telur lagik. selera plak pagi2 makan..else aku selalu makan kurma n air kosong jer. tapi aku still makan kurma sebiji.. nanti aku takut aku sakit.. kuatkan semangat.. aku mesti boleh berpuasa ngan baik.....

then.. sambung tido lagi pas makan.. zzzZZZzzzz......

Friday, August 13, 2010

Badin Baby Gal




Hari jumaat yg berbahagia nie.. aku pi visit staff aku y baru dapat dpt baby gal. Comelnya.. nama anak x kasik lagik.. so aku panggil jer gal. senang n ringkas. maybe ayah dia aspect anak dia lelaki..sebab tu biler kuar pompuan x tau nak kasik nama anak apa lagi.. apapun.. aku ucapkan tahniah atas ahli keluarga baru...

kitowang satu ofis pi kat hospital serdang. since kuar awal pagi.. then jln mestilah x jammed time2 camnie.. very smooth jer journey ke hospital nie. aku jadik penumpang ari nie.. so agak gayat duk kat depam lam kete org.. hahahahahaha....

sampai awal kat spital cam biase.. lagi 15 min baru leh naik... hari nie waktu melawat awal.. nanti cepat nak balik... biler da boleh masuk jer. berpusu2 org berkejar nak masuk. nasib lift kat sini besar. sebelum tu nak park kete..punyalah jauh. ramai giler org dtg hospital serdang nie. maybe coz' dekat ngan putrajaya jadik hospital nie tumpuan pada ramai org yg duk sekitar2 tuh.

hospital baru dan cantik.. pemandangan.. kemas.. bersih.. siap nampak ada tempat landing helikopter lagik. saper yg rase2 kaya tu bley dtg kat hospital serdang pakai helikopter jer. mmg nyaman jer persekitaran sini. sesuai sungguh tuk dibina hospital..

so masuk tahun nie jer dah 2 kali aku pi visit staff aku yg ada baby baru. seronoknya family yg dapat ahli keluarga baru nie. bagi yg belum dpt.. harap bersabar.. rezeki tu datang dari Tuhan.. kita hanya boleh merancang dan selebihnya kena tunggu doa diperkenan kay....

aku mmg favourite melawat baby nie compare ngan gi kenduri kahwin. maybe coz' nampak baby... comel.. kecil.. yg x berdaya... tapi baby yg baru lahir x sampai 5 jam nie amat kuat aku rase. da bukak mata besar pandang org.. then siap kuar lidah lagik.. boleh angkat kepala tu yg paling impress sekali.. ada lesung pipit sebelah... sebelah lagik x perasan.. senyum jer.. tengok org cam dah kenal lamer.. nanti kita boleh jadik kawan yer... hehehehehe.....


semoga baby gal nie akan sihat selalu, sejahtera. nie yg rase nak ambik anak angkat plak.. biler tgk baby yg comel2 nie.. tapi..... biarlah rahsia.. kah kah kah kah....

Dua ramadan

AKu pi pasar ramdan kat area bangi sek16 fasa1. since aku balik keje awal sejam, kul 4.30pm da gerak dari ofis then sampai kat area bangi nie lam kul 5pm gitu. awalkan.. coz time nie x jammed lagik.. jln seme clear.. senanglah... else.. tatau arr aku..thanks to company aku kasik balik awal.. kalu ada problem pun..aku leh sambung buat keje kat umah jer.....

time aku sampai kul 5pm nie masih lagik panas terik. ngan aku pakai jacket hitam, menambah panas. x berapa ramai lagik pun org berniaga kat sini. maybe aku dtg terlampau awal.. ada yg masih bersiap2 nak buka gerai, susun barang, susun itu ini.. yg da buka plak sibuk memasak, bungkus n layan org yg dtg awal cam aku nie.

aku dah target lam kepala aku apa nak makan tuk berbuka hari nie. AKu jln2 kat tempat biase aku lalu mesti akan nampak kedai nie.. hehehe.. apa lagik.. murtabak singapore lar.. cam biase ada setingkat, 2 tingkat n 3 tingkat. aku lupa plak nak ambik gambar murtabak besar nie. harga tahun nie naik lagi seringgit..so jadik rm8 tuk setingkat.. so kira sendirilah kalu beli bertingkat2 tuh.. hehehehe....

seterusnya.. destinasi makan yg aku nak adalah nasi kerabu. ada satu gerai nie mmg sedap sungguh nasi kerabu nama 'wan atiq'. gerai nie jual nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan lauk2 cam ayam bakar, daging bakar, gulai ikan tongkol, ikan salut tepung, solok lada, telur asin.

aku nyer nasi kerabu mesti ada kerabu lar kan.. then sayur2 secukup rase, ayam bakar, telur asin n solok lada. luper plak nak suh buh kuah ikan tuh..so rase agak kering biler makan nanti nie...

osmet aku beli lauk ikan kembung sambal dan terung rebus sambal. then beli lagi burger malaysia 2 ketul dan popia basah 2 ketul. nampak sket jer benda2 nie.. biler balik buka2.. tengok..mak aih.. byknya... saper nak makan seme2 nie.. beli tembikai dan balik buat jus tembikai sendiri.. so x letak gula.. sedaplah rase tembikai jer kan...

aku siap leh tido lagik lam 10 - 30 min aku raselah.. hehehehee.. penat giler x ingat biler da sampai umah. azan jer makan kurma then makan nasi kerabu dulu... yg lain2 x makan langsung..

dua jam kemudian baru makan murtabak.. aku makan separuh jer..x abis..byk sgt.. plus aku rase kenyang lagik makan nasi kerabu tadi.. kuih langsung x makan.. end up buang jer... membazir lagik.....

sahur cam biase aku bangun makan tiga biji kurma dan air suam 2 gelas. cukuplah..mata aku da mengantuk.. zzzZZZzzzz.......

Satu ramadan....

Cepatnye mase berlalu.. aku berjaya tamatkan pose aku ngan baik hari nie. First day katakan. Aku berbuka bersama teman2 sekerja osmet aku kat luar. Seronok tgk masing2 x sabar2 nak ambik food. End up seme skali pinggan aku kira ada 16. pergh.. nasib pinggan kecik2.. else.. tatau arr aku baper byk diowang nie angkut food. Air plak sorang 2 ke 3 gelas.

Ramai gak org berbuka kat luar pada hari pertama ramadan nie termasuklah aku. Selalunya hari pertama aku berbuka kat umah. So kira pecah tradisi tahun nie. Maybe coz' kawan2 osmet aku ramai yg bujang, yg da kahwin plak laki dia outstation, so joinlah skali kitowang2 nie. Best gak arr berbuka ngan diowang nie. kelakar2.. dan asik bergelak ketawe sambil makan. CUma time azan jer seme senyap.. 5 minit pertama.. then sambung sembang lagi sambil makan2..

Dah rasa sendat2 perut tuh memasing mula nak menapau plak. ish.. x pernah aku tapau kalu pi makan buffet nie. diowang siap beli tupperware kat supermarket nak tapau punya pasal. aku da warning jgn tapau..nanti saper nak makan... degil.. memasing tamak ambik. end up seme tu mesti terbuang.. saper nak makan makanan da semalaman kan... hmmm... membazir jer diowang nie..

aku makan secukupnya.. ambik lauk n nasi sejemput. makan kuew teow, ayam black pepper, udang sambal, sotong salut tepung, lala masak sambal, kepah, sotong kicap, ikan bawal masak sambal, sayur2.. then ambik buah, sup tulang, kuih2 sket.. seme nie aku makan serba sikit jer.. air 3 gelas aku rase.. hehehehe..

balik umah terus tido.. hahahahahaa.... zzzZZZZzzzzz....

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan dtg lagi....

Ramadan dtg lagi...

Kali nie aku harap aku dpt mengerjakan ibadan puasa dengan lebih baik lagik. Sementelah aku ada penyakit gastrik nie. Sepuluh minit sebelum waktu imsak aku bersahur dengan 3 biji kurma dan 2 gelas air masak.

Time aku menulis nie da kul 2pm. Aku rase ok..xder rasa apa2 kepedihan lam perut aku lagi. Kalu hari biase.. aku lambat makan jer..mulalah perut aku keluarkan bunyi2an yg menakutkan.. plus rasa sakit yg amat.

Begitu besar kekuasaan Tuhan. Dibulan yg mulia nie, aku x terasa sakit dimana2 pun dlm keadaan aku x makan minum sepanjang hari nie. Aku amat berharap aku dpt mengerjakan ibadah puasa sebaik mungkin.

Aku juga x merasa mengantuk seperti selalu. Mungkin kandungan gula dlm kurma memberikan aku tenaga yg mencukupi sepanjang hari nie. InsyaAllah.. aku akan bertahan selagi daya.

Moga2 bagi org yg ada penyakit macam aku nie.. akan dpt juga menjalani ibadah puasa dengan baik. Segalanya bergantung dengan diri kita... kita hanya merancang.. tapi Tuhan yg menentukan segalanya.....

Amin....

Hj Shahril Low Resturant










Malam hari aku pi dinner kat restoran hj shahril. Cawangan restoran nie ada kat Bukit Antarabangsa (Main) dan Shah Alam. AKu pi yg kat tepi jln ampang nie. senang nak carik. coz'terletak kat building persatuan cina apatah.. jln ampang. mmg x susah punyalah coz' sign board kedai nie pun besar.. dari jauh leh nampak.

Nak parking kat sini pun senang coz' bangunan nie ada parking sendiri, cuma kena bayar rm2 jer nak masuk parking. so xder lah kena hujan or panas kalu park kete lam building kan. naik ke ground floor guna lift terus nampak kedai nie.

decoration kedai mmg cantik since nie kedai cina muslim. mestilah byk guna kaler merah. serba serbi ada unsur2 cina cam ada pasang tanglung, ad cam tempat kat tepi2 taman cina lam citer2 movie .. nak describe pun tatau. so aku duk kat corner tempat nie.. ada cam stage, kayu2 atas kepala aku dan tanglung2 nie.

sapaan mesra dan ramah pelayan da maybe tokey kedai nie mmg menarik perhatian aku. menggunakan base bm yg mudah difahami..else kena ckp omputih.. kalu aku tau base cina bley arr speaking skali.. mmg baik2 belaka.. cepat plak tu servis kat sini..

menu2 yg aku tgk mmg banyak.... nanti aku post gambar2 menu yg berjela2 nie.. aku order ikan siakap deep fried with special sauce, prawn salted fish with milk, special vege salted, tomyam seafood, shark fin soup, crab special dishes. penuh meja biler seme food nie da sampai...

now bab rasa plak.. pergh.. mmg sedap2 semenya food yg aku order nie. marvelous.. lagi sedap aku rase dari kedai cina muslim yg aku pernah makan. rasa x terlampau pedas, ada manis, masam secukupnya. semenya aku berjaya abiskan.. walaupun dekat 2 jam makan kat sini. ada lagik satu hidangan special kat sini aku x order coz' aku rase cam dah penuh giler perut aku. next time dtg aku mesti try.

last skali siap order dessert kacang merah. kacang merah yg diblend sampai halus.. so cam makan air kacang merah.. manis pun cukup..elok2 jer.. sambil aku makan2 tu..mesti boss dia dtg..tanya camner food aku..sembang2 pasal kedai dia.. maybe time nie x ramai org lagi..aku berdua jer yg jadik customer..

biler da separuh aku makan tu..mula org dtg makan kat sini. ramai gak org dtg biler time aku nak balik. harga yg aku bayar tuk makan kat sini mmg resonable bagi aku lah. kalu korang agak2 berapa agaknya aku kena bayar tuh.. fikirlah sendiri.. hahahahaa...

sebelum aku terlupa..kalu pi kat main.. yg bukit antarabangsa tu..rasanya ada hidangan itik.. cawangan lain xder.. so bagi pengemar itik tu.. pi kat yg bukit antarabangsa..else makan kat sini pun samer jer.. hehehehe...

selamat mencuba... burrrppppppp...

Happy Birthday To Hans




Hari selasa adalah hari lahir aku yg ke ........ rahsia. hahahahaa.. aku ambik cuti pada hari besday aku tiap2 tahun tanpa gagal. sebabnya aku nak relaks.. sambil2 settle hal2 personal aku time2 camnie..

so aku da list down aktiviti2 aku kena buat hari nie..dari pagi sampai petang..mmg penuh.. first skali.. aku kena bawak osmet aku pi klinik.. darah tinggi dia naik..kesian aku rase.. mata dia pun da mula merah2 cam saga.. belakang pun sakit2.. kalau aku kena camtuh.. mesti aku rase sedih... muda lagik da kena darah tinggi.. harap osmet aku bersabar menempuh dugaan dari Tuhan Yg Maha Esa... cepat sembuh.. amin....

dari umah..pi semenyih..then terus menuju ke hulu langat... ambik ubat mak aku plak kat hospital sini. ubat darah tinggi, kencing manis, kolestrol.. pergh.. byknya..sampai 4 pack aku dpt.. nasib org x ramai lagik time ambik ubat nie.. x sampai 10 min aku da dapat seme ubat2 nie..

then aku menuju ke umah mak, ambik mak plak nak pi kat mines. sebenarnya nak pi kat kedai kain tewah.. ambik langsir yg mak order 2 minggu sudah. cantik dan kemas jahitan langsir nie. mmg x rugi arr bayar rm24 jer tuk upah menjahit langsir nie. siap dpt besi langsir free lagik. so xyah sesusah beli lagik...

then mak beli kain nak buat sarung bantal.. beli sepasang baju kurung manik2.. cantik jer.. aku hadiahkan kat mak since hari nie besday aku.. sukanya mak aku.. hahahahaha.. aku pun suke sebab tgk mak happy.

mak aku kasik aku rendang bawa balik. siap peluk cium aku lagik coz' hari nie besday aku. bukan senang nak dpt pelukan mak tau. ada masa2 n hari2 tertentu jer. terharu plak aku time nie. mak doakan aku semoga sihat, berjaya dan dimurahkan rezeki selalu.. amin.. kata2 seorang ibu tu penting bagi aku. sejuk hati mendengarnya..

petang plak aku pi lunch ngan budak ofis aku kat rak thai, gardens. aku makan nasi nenas, ngan air mangga blended n sotong goreng. sedap....... thanks to oren n otot coz' belanja aku makan.. kenyang giler.. cite2 sembang plak menarik.. hahahahaahaha

pas abis lunch, aku gi kat dataran maybank kena settlekan pasal umah aku. dekat sejam aku kat sini. dari tkt13 turun ke ground floor.. then pi dari blokc B ke Block A then Block C. pergh.. banyak betul block kat dataran nie. akhirnya urusan selesai.. aku da renew insuran rumah, dpt balik duit insuran gadai janji, then tunggu lawyer call jer lagik nak settle pasal umah nie.. harap2 semenya berjalan lancar...

abis urusan kat maybank nie.. aku singgah opis ambik road tax kete aku plak. pergh..akhirnya aku dpt road tax nie..coz' da mati 3 hari lepas.. bahaya tu..kalu polis tahan ker jpj ker.. mau kena saman n kete kena tahan nanti.. x pasal2... thanks to chuya coz ambikkan road tax aku on behalf time diowang hantar ke ofis tadi.. nak banjer da x sempat..esok pose.. hahahahahaa...

biler da siap pasang roadtax, baru berani nak jln2. dah petang pun .. kul 5 lebih dari.. byk betul aktiviti aku buat hari nie.. then aku pi singgah kat steven makan capati... then main pool.. sejam lebih kasik release tension.. hahahahahaha... lutut pun rase nak tertanggal dah nie.. penat... nanti aku sambung lagik... hahahahahaa