Tuesday, August 31, 2010

Dua puluh ramadan

Hari aku mengukur jalan. Bermula dari pejabat tanah bangi. sharp pukul 8.30am urusan kaunter dibuka. aku terus meluru jadik org pertama berurusan utk mendptkan resit terkini cukai tanah. kemudian meuju ke pejabat pentadbiran daerah kajang bagi mendapatkan resit cukai pintu. seme urusan nie siap sebelum pukul 9.30am.

destinasi seterusnya adalah meuju ke pejabat kwsp jln raja laut. hari nie jln menuju ke kl x baper jammed coz' ramai org ambik cuti. so urusan kat sini juga berjalan lancar. aku terus bergerak ke sek23 pj, taman sea bagi mendapatkan dokumen2 tertentu. berpatah balik semula ke apartment osmet aku di area seri kembangan bagi mendapatkan kunci rumah. setakat nie jam telah menunjukkan pukul 1.30pm. byk juga benda nak kena buat kat sini. dlm pukul 3pm kena bergerak ke arah ttdi plak.

so terus gerak lagi pi lepak kat ikea. berjalan kat ikano mmg menyakitkan hati aku, mungkin aku salah expectation. biler kat area ikea, byk ler idea2 dtg nak buat itu ini. sampai satu tahap, kitowang boleh tertido2 kat sofa yg agak tersorok. hahahahahaa..

pukul 5.30 bergerak ke arah sri damansara plak tuk berbuka pose bersama kawan2. restoran yg menjadi pilihan adalah thai base. dgn hujan lebat, jalan jammed dekat2 kul 6pm baru aku sampai ke sini itupun penuh ngan sesat2 barat sket.

menu yg menjadi pilihan kat sini mestilah sotongg butter. butter prawn, sayur campur, kerabu mangga, ayam masak lemon, ikan siakap tiga rasa. air pak dekat 20 gelas aku rasa diowang order termasuk air suam. semenya happy jer makan2 maklumlah dah lamer x jumpe plus mmg rasa seronok makan2 kat sini. korang boleh lah try makan samada ala-carte ataupun buffet. harga rm32 tuk buffet. tapi kitowang sebat ala-carte coz' nak makan benda2 tertentu jer. sedap sungguh especially sotong butter, full of cheese n creamy.

balik tido ler.. penat. kekenyangan.. plus ada agenda menanti esok pagi plak.. huhuhuhuhu.. esok.. selamat hari merdeka bagi seme rakyat malaysia. hargailah kebebasan yg kita kecapi sampai ke hari nie..

selamat berpuasa, selamat menunaikan ibadah terawih , semoga bertemu lailatul qadar... amin....

No comments:

Post a Comment