Sunday, August 22, 2010

Dua belas ramadan

Hmm.. hari ahad di rumah.. berkira2 apa nak buat nie. so pas bangun tido, terus teringat nak kemas laman rumah. so aku kenalah ambik pengaut n sapu seme daun2 gugur dari pokok mangga aku yg dipenuhi kerengga nie. tengah aku syok2 sapu plus bakar daun2 nie. jiran aku dtg. kasik tau pasal kucing kecik harituh da jumpa mak dia semula. lega aku mendengarnya. mak kucing pun sayangkan anak.. tatau apa nak jadik ngan org kat mesia nie skang.. asik buang anak lam tong sampahlah, tepi bas stop, depan umah org, paling sedih ader yg buang lam tempat kumbahan.. x terkata aku dah buat satu salah, menyambung2 lagi salah. x terasa ke atas perbuatan tuh...

then jiran aku kasik kertas dari surau tempat tinggal aku. nasib aku dpt hari nie coz' 2 hari lagik turn area rumah aku hantar moreh ke surau. since aku x rajin ke surau, so aku kasik ler duit kat dia beli apa yg patut2 tuk org surau nanti. moreh nie adalah food yg disediakan tuk org berbuka pose kat surau ataupun food selepas abis solat sunat tarawih nanti malam. kasik jer seikhlas hati kita samada bentuk wang ringgit ataupun food. dptlah pahala sket kasik org makan buka pose nie..

petang sesi memasak plak. hari nie masak cepat sket coz' takder benda nak buat. lepas kemas umah, lipat baju, osmet aku iron baju bermula aktiviti ketuk2 ramadan nie. kali nie masak ayam goreng kicap, sambal ikan bilis campur tempe dan kentang, ikan siakap sweet sour. x sangka plak ikan siakap nie besar sangat sampai x muat kuali nak goreng. nasib ler aku biasa goreng ikan , so berjaya gak arr sesi goreng ikan siakap nie. lain2 tu goreng2 biase jer mudah sket.

aku habiskan mase main game tuk tunggu waktu berbuka sambil2 tgk tv. tengah pk pasal minggu hadapan... camner nak facing seme masalah yg aku pk minggu nie. sabar yer hans.. xder makna kehidupan tanpa masalah. n seme masalah kena handle with hati yg tenang n waras barulah mudah nampak jln penyelesaian nanti. insyaAllah.

selamat berbuka seme.. semoga ibadah kita sentiasa diterima oleh Allah s.w.t.... amin......

bye...

No comments:

Post a Comment