Monday, August 2, 2010

Pool oh Pool...

Weekend lepas adalah cuti yg panjang bagi aku. Lebih separuh malam aku habiskan di meja pool. Apa yg menarik pasal pool nie. Mari kita kaji sama2 yer.

Pool boleh dimain oleh 2 org ataupun 4 org. Ada beberapa jenis permainan pool yg kita boleh main eg 8-ball, 9-ball or 10-ball. Bergantung kepada kecekapan masing2. Pool juga terdiri daripada british pool atau american pool. british pool menggunakan bola yg lebih kecil..dan tentulah meja pun lebih kecik sket compare ngan american pool menggunakan bola standard.

Bola2 pool yg 10 biji tu mengandungi nombor2 dan kaler2 yg tertentu mewakili jumlah atau point masing2. Kalu main pool biase, ada 2 jenis bola iaitu bola solid dan bola stripe. Jadi bila main kita samada akan pukul/tembak seme bola stripe ataupun seme bola solid bergantung kepada which yg masuk dulu.

Lubang meja pool ada 6. Kita boleh masukkan mana2 bola kita tadi kedlm mana2 lubang. Ada satu killer ball berwarna gelap bernombor lapan adalah bola yg mesti dielakkan daripada masuk awal. Sekiranya kita secara sengaja atau x sengaja memasukkan bola hitam nie, secara automatik kita dikira kalah seandainya bola2 kita masih belum habis dimasukkan lagik.

Bola hitam nie mesti dimasukkan terakhir sekali setelah kita berjaya menghabiskan seme bola2 kita masuk ke lubang. Tapi masih lagi kena berjaga, bola putih yg memukul bola hitam nie x boleh masuk mana2 lubang selepas bola hitam masuk. Sekiranya bola putih masuk selepas bola hitam, kita masih akan dikira kalah..

No comments:

Post a Comment