Tuesday, August 31, 2010

Dua puluh satu ramadan

Cuti lagi hari nie. jadik agenda pembersihan rumah diteruskan dari luar rumah sampai kedalam rumah. seawal jam 6.45 aku da bersiap2 tuk bersihkan pasu2 bunga aku dulu. byk gak rumput2 liar tumbun plus tumbuhan2 tumpang yg x dikehendaki lam pasu bunga nie. siap jer sesi2 mengemas pokok2 mana yg patut aku terus bersiap nak kemas lampu hiasan tembok.

x sangka betul lampu lam bulatan nie sampah dah patah, sikit pun aku x perasan. biler aku buka helmet lampu nie, barulah nampak. fuyoo.. betapa panas terik dan hujan boleh membuatkan mentol yg kat lam helmet nie pecah n retak. apalagik bersihkan seme kotoran2 mentol, nanti petang kalu aku rajin aku gi beli mentol ganti plak. aku siap bersihkan sekali helmet nie. baru nampak rupa sket. hahhahahaa...

kerja2 pembersihan seterusnya adalah mencuci lantai halaman rumah. ini memerlukan kudrat yg kuat. mmg dah lamer giler aku rase x cuci lantai nie. mau makan tahun kut. hehehee. so dari hujung ke hujung kena cuci, bersihkan seme skali termasuklah grill rumah, pintu pagar, celah2 pasu bunga. mau kecut tangan kaki biler byk main air nie. baru lah nampak cerah sket rupa benda2 nie seme.. hahaahahaha...

dlm 2 jam baru semenya kat luar nie siap itupun nasib baik osmet aku tolong sekali. kalu harap aku sorang mmg berjam2 lamanya nak siapkan seme nie. then aku terus masuk umah ngan basah kuyup tuk bersihkan bilik air plak...main air lagik kat lam bilik air nie. sempat lagik aku cuci suar keje skali dah alang2 tu kan.. huhuhuhuhu...

osmet aku plak sibuk mengemas ruang tamu, aku nampak hampir seme band2 atas almari pendek nie dia buang. barulah nampak sket almari nie. pasnih nak pasang lilin wangi supaya rumah bau wangi lilin. cam therapy plak aku rase. bagus supaya aku leh rehat secukupnya sebelum nak berbuka petang nanti. ada lagik kerja nak mengemas almari baju2 plak.. tapi aku cam x terdaya dah.. tangan seme rase sakit2.. so aku nak tido2 dulu yer..

selamat menyambut hari kebangsaan utk malaysia. semoga negara ku yg tercinta nie akan sentiasa kekal makmur, aman tenteram dengan pelbagai kaum bersatu di bawah pemerintahan yg baik. amin..

aku sambung kat bawah nie jer lar time berbuka. Hari nie aku berbuka kat mattop beriani house. terletak di belakang bangunan PKNS, lokasi bangunan nie patutnya senang tuk dicari coz' landmark adalah PKNS Bangi.

Menu yg ada adalah nasi beriani , nasi putih, ayam masak merah, daging kurma, dalca, acar timun, kambing, mee goreng, laksa,nugget, kentang goreng, kuih2 , buah2an dan air bandung, kopi, air mangga, air suam.

buffet kat sini berharga rm20 tuk dewasa and rm10 tuk kanak2. so mmg murah da sesuai kalu sesaper yg x makan byk2. nanti bayar mahal2 bukan seme food leh telan pun kan. kitowang makan berlima hari nie ngan kawan2. agak meriah coz' masing2 berbual2 sambil makan. x sedar seme makanan yg diambil habis dimakan.

x puas lagi bersembang sammbung plak kat kedai redwok. patutnya kitowang berbuka kat sini tapi dah fully booking. apanak buat xder rezeki, so aku da tempah tuk makan kat sini next monday. puas hati. hahahaha... so citer kedai redwok nie nanti2 ler yar.

aku balik ngan penuh perut air soup sup tadi. asik terkencing lar plak. ish..susah nak tido kang nie. cuba2 tengok rancangan yg membosankan supaya aku leh tido cepat. hahahahahaha....

selamat bersahur..selamat berpuasa.. selamat berterawih.. dan selamat mencari lailatul qadar... insyaAllah.. amin....

bye...

No comments:

Post a Comment