Sunday, August 29, 2010

Sembilan Belas Ramadan

Hari ahad yg nyaman. AKu bangkit pagi2 lagi kerana ada misi yg hendak dilaksanakan. Setelah aku pk masak2 aku mengambil keputusan yg amat berat utk melakukannya. Aku telah berbincang ngan osmet aku, mengambil pandangan jiran2 aku dan melihat sendiri apa yg telah berlaku. AKu kena tebang pokok mangga kesayangan aku.

Kenapa aku lakukan? pertama sekali adalah pokok mangga nie makin besar sehingga mencecah 10 kaki tinggi aku rase. Kemudian byk daun2 gugur kena area rumah jiran2 aku. Takut plak getah mangga nie kena pada sesiapa yg park kete bawah pokok mangga nie nanti lagi naya.

Tapi sebab paling utama adalah kerana penghuni yg menetapi diatas pokok mangga nie yakni kerengga telah membuat sarang besar besaran. Habis seme dahan dan daun menjadi hitam dan kotor. Jadi lalat suka hinggap didahan2 yg kotor nie. Memburukkan lagik keadaan biler pagar tembok dan pagar besi pun perlahan menjadi hitam disebabkan ini. lampu perhiasan yg aku pasang atas pagar pun dah menjadi hitam legam. jadik nak mengelakkan lagi buruk tembok rumah nie aku kena buang dahan2 yg menjulur ke halaman rumah.

Niat hati nak buang dahan2 belah masuk lam umah jer. tapi camner nak buat. umah aku ada longkang pemisah rumah dan jln raya. bukan senang plak nak tutuh dahan lelebih sebab ada kerengga nie. alang2 nak membuang tu.. baik seme sekali ditumbangkan. dengan bantuan osmet, aku berjaya tutuh dahan utama dan jatuhlah pokok mangga nie menyembah bumi.

lagi nampak byk kerengga keluar kejln raya. nasib aku da mintak tolong jiran2 alihkan kereta masing2 yg berhampiran ngan pokok mangga nie. manalah tau kalu pokok mangga nie rebah menghala ke arah kereta2 mereka satu kerja plak lagik nak menganti. kerjasama baik yg diberi jiran2 aku amat dihargai.

then sesi menarik pokok nie plak. berat gak. baper kali aku ngan osmet berhenti rehat jap. lam 4 ke 5 kali barulah pokok nie sampai ke tempat pembakaran. then bakar dulu mana2 sarang kerengga yg utama. tutuh dahan2 kecik, bakar seme2 daun mana yg sempat. sampailah tinggal betul2 dahan utama tanpa daun/dahan2 kecik. penat usah dikenang. dah ler dedua plak tu pose.

hampir 3 jam operasi nie dari kul 8 pagi sampai ke pukul 11am. huh.. penat, panas, dahaga semenya ader. cepat2 masuk lam umah , mandi, rehat sebelum aku pengsan kepenatan nanti. hahahahahaha... xleh pk apa nak buat lagik pasnih. cam byk lagi kena kemas. nasib selasa depan cuti hari kebangsaan so aku ada masa lagik nak kemas2 pasu2 aku plak. huhuhuhu.. dlm umah lagik belum kemas....

selamat berpuasa.. dan selamat berbuka puasa.. selamat berterawih.. semoga kita bertemu Lailatul Qadar.. amin....

No comments:

Post a Comment