Saturday, July 31, 2010

Kaktus

Uwaaahhhh... da sabtu rupanya ari nie.. kejap jer mase berlalu.. da abis setengah tahun.. Tinggal lagi 5 bulan lagi tuk tahun 2010 nie abis.. Aku da baper kali bangun pagi nie. Last skali sedar dah kul 9.30am.. huhuhu. abislah..aktiviti aku... cepat2 bangkit. xyah basuh muka... terus buka pintu umah.. Tengok matahari da naik. Capai penyapu..then mula sapu daun2 yg berguguran.

Pas abis sapu dau2 pokok mangga nie.. aku tengok ke atas.. ada lagi buah mangga..ingatkan da abis musim.. petang2 sket tunggu daun kering baru boleh bakar. nie lembab2 kalu bakar buat penat jer.. mata masuk asap...kerengga xgak pegi2 dari pokok nie.. entah naper byk plak kerengga kat pokok mangga aku nie. dah bermacam2 aku buat..tapi still ader gak. sampai seme daun2 yg ada jadi hitam.kena kencing kerengga.. org ckp lar.. aku pun x sure betul ke x....

Aktiviti seterusnya adalah mengemaskini pokok2 kaktus. Ada bermacam2 jenis pokok kaktus aku tanam. Lebih dari 10 jenis aku rase yg masih kekal hidup. Sebelum tu lagik byk..tapi byk yg gugur di medan juang.. xleh tahan..samada mati bunuh diri.. or mati kesejeukan.. coz' seme kaktus nie aku beli dari cameron highland..manalah tau biler kat bawah ni..pokok kaktus xtahan panas plak kan...

Aku cabut seme rumput2 liar yg tumbuh or tanaman2 yg bukan berkaitan. Alihkan kaktus dari pasu kecik ke pasu besar. Operasi nak mengalihkan nie bukan senang coz' kaktus nie berduri tajam, panjang2 plak tu duri. sakit oooo kalu kena cucuk duri. ada sekali aku kena cucuk sampai berdarah n berbisa dekat seminggu x hilang. huhuhuhu... tuhan jer lah tau camner rasanya...

Operasi kaktus nie mengambil mase dekat2 sejam gak ler. berpeluh2 aku dibuatnya ngan pakai baju 2 lapis. lengan panjang hitam. takmo kena panas ler kononnya.. menitik2 air peluh keluar.. huh pedih giler biler kena masuk lam mata. Jantung pun berdegup laju jer. Aktiviti yg menyihatkan tp xleh buat selalu. Kena ambik betul2 mase yg sesuai tuk buat sesi berkebun nie. barulah puas hati tgk semenya lam keadaan kemas, cantik dan bersih. sejuk mata memandang.

Aku terus masuk mandi lepas abis aktivit berkebun nie. sementara osmet aku prepare tuk brunch hari nie. Byk gak food yg nak prepare nie. sandwich tuna, crabstick, tempura nugget n samosa. sedapnya makan2 lepas mandi n penat lelah. so aku kena stop dulu kat sini. ada byk lagi aktiviti bersusun nak buat lepas nie. hehehehehe..

selamat berhujung minggu...

Friday, July 30, 2010

Pizza Bebola Daging....

Aku kena singgah umah mak lepas balik keje. So on da way tu, aku singgah kat jusco bandar selatan. Hmm.. apa nak buat kat sini.. aku kat jusco nie. beli barang sket.. tuk masak2 esok.. then beli gula tuk mak.. hehehe. perut aku lapar.. then singgah makan kat pizza hut sini..

apa menu terkini pizza.. hmm.. pizza with bebola daging. thin crust pizza with 4 type of topping yg kita boleh pilih. byk gak bebola nie. 12 biji bebola..samada daging ataupun ayam. topping aku pilih super sepreme. selain tu ada haiwaian chicken, supreme, n cheeze kut kalu x silap.

aku ambik yg set makan tuk 2 org. so dpt ler pizza saiz sederhana, garlic stick 4 ketul, 2 mangkuk sup, air revive 2 gelas. this time xmo order side dishes..coz' mesti nanti pizza x abis or lain2 ader yg x habis. biler camnie.. barulah seme food nie habis dimakan..

pizza bebola daging nie agak sedap, maybe sebab roti nipis, ada nenas sket, daging nipis kering, so mmg kena lah. aku leh makan gitu jer tanpa cicah ngan sos ataupun soup. semenya licin.. kenyang pun boleh tahan coz' makan sorang 6 bebola daging. bebola daging nie pun sedap...

tapi yg x bestnya..menunggu pizza nie punyalah lamer.. aku da makan soup ngan garlic stick tu sampai abis. air pun da tinggal separuh.. pizza lum gak sampai2 lagik. apalah lambat sgt nie. selalunya makan kat pizza nie..cepat jer sampai seme hidangan yg dipesan. kali nie lambat plak. aku tatau apa yg berlaku kat kitchen tu..samada x cukup org.. or buat pizza bebola daging nie ambik mase yg lamer sgt..

keseluruhan bagi aku sedaplah makan pizza baru nie. harga pun x mahal sgt.. time da hujung bulan nie...seme org da dpt gaji. bolehlah gi makan... promo yg tepat ... hahahaaha..

selamat mencuba..

Memelihara kejernihan hati

…..hubungan hamba dan Pencipta melalui solat dilakukan tanpa mengira di mana kita berada kerana hanya dengan mengingati-Nya hati jadi tenteram

Pada masa kini ketenangan dan kedamaian hati sukar dicapai dan didapati. Banyak faktor menyebabkan ketenangan dan kedamaian terganggu, antaranya cabaran hidup, hutang dan tidak jujur dalam kehidupan serta tidak amanah.

Hati yang baik dan jujur adalah lebih baik daripada segala-galanya. Orang yang melukai hati orang lain, akan melukai hatinya sendiri. Begitulah kata-kata hikmah yang banyak memberikan tafsiran dalam hubungan kehidupan manusia yang membabitkan perasaan dan fikiran.

Allah s.w.t memberi peringatan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan Kami turunkan al-Quran sebagai suatu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Al-Isra:82) . Sesungguhnya kitab suci al-Quran mengandungi hikmah, menjadi penawar atau ubat untuk pelbagai penyakit hati dan jiwa bagi orang beriman.

Al-Quran menjadi penyembuh segala penyakit yang dialami manusia sama ada penyakit zahir dan batin, ada penyakit rohani dan jasmani. Di samping itu, al-Quran memimpin manusia agar menjaga kesihatan, memelihara kehormatan diri dan menjauhi segala perkara yang haram.

Perasaan tidak tenteram didalam hati selalu menganggu kehidupan seseorang. Perasaan ini adalah penyakit batin yang juga boleh menganggu kehidupan seseorang. Perasaan ini adalah penyakit batin yang juga boleh menganggu diri iaitu badan yang mengakibatkan seluruh jasad tidak dapat menumpukan kehidupan sebenarnya.

Kajian ahli psikologi mendapati remaja yang terbabit dengan penyakit batin adalah disebabkan kurang pendidikan agama dan mudah terpengaruh dengan persekitaran seperti terjebak dengan gejala sosial seperti lari dari rumah, mengamalkan gaya hidup bebas, keruntuhan akhlak dan hanyut dalam kehidupan.

Hal ini bertetapan dengan pandangan Martin Luther yang menyatakan, “Hati manusia seperti sebuah perahu yang terumbang-ambing ditengah samudera, ribut mempermainkan dan menghempasnya ke segala jurusan.

Oleh itu peliharalah hati kita supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang godaan dan dihinggapi penyakit seperti sombong, dengki, angkuh, riak, tidak berperikemanusiaan, gelisah, murung dan sebagainya. Jangan membiasakan diri berhutang. Kalau terpaksa berhutang, berniatlah membayar secepat mungkin. Selain itu, elakkan daripada riba, curi, tipu dan khianat yang boleh mematikan hati.

Ahli falsafah Immanuel Kant pernah berkata, “Hati nurani bagaikan ‘suara Tuhan’ yang diletakkan dalam kalbu setiap insan.” Sementara itu, bagi orang dewasa penyakit hati yang selalu menganggu adalah seperti tidak tenteram, bersikap kasar, gelisah, sepi, bimbang, cemas, gundah dan rawan.

Ingatlah, perkataan lemah lembut itu akan dapat melembutkan hati nurani yang lebih keras daripada batu dan perkataan kasar akan mengasari hati yang lebih halus daripada sutera. Latihlah hati supaya sentiasa bertaubat, qana’ah, zuhud, tawakkal, ikhlas dan sentiasa menjaga lidah dengan kata-kata yang baik. Renunglah keindahan alam ciptaan Tuhan seperti pantai atau taman.

Dalam hal ini, lima jenis ubat hati dijelaskan Syaiku Zaenudin bin Ali al-Mi’bari al-Malibari, “Ubat hati ketika dalam keadaan keras yang dapat membantu ada lima, iaitu membaca al-Quran dengan hati yang khusyuk merenungi makna, mengosongkan perut menahan lapar dan dahaga, bangun malam beribadah mata celik berjaga, tadharru’ bermunajat memanjatkan doa dan bergaul bersama orang yang soleh yang mulia.”

Terdapat banyak sebab yang menjadikan hati lurus yang kelurusannya menyebabkan seluruh anggota badan lurus. Dalam sebuah hadis, Rasullulah s.a.w menjelaskan yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam jasad ada segumpal daging. Jika dia lurus maka jasad seluruhnya akan lurus dan jika dia rosak, maka jasad seluruhnya akan rosak. Ingatlah ia adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pandangan ini diperkuatkan Imam Al-Ghazali yang mengatakan, “Tujuan memperbaiki akhlak untuk membersihkan hati dan kalbu daripada kotoran hawa nafsu dan menjadikan sifat amanah hingga ia jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Tuhan.”

Hidupkanlah hati dengan ilmu pengetahuan, berzikir, berdoa dan berselawat. Hati nurani adalah secara abadi daripada kebenaran dan keadilan. Ia bagaikan cermin yang tidak pernah membohongi apa yang terselindung di hati dan jiwa. Hamka pernah berkata, “Orang paling pandai bermuka-muka di dunia ini adalah orang yang paling busuk hatinya.”

Allah memberi peringatan kepada manusia dalam firman-Nya yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya datang kepada kamu pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi apa-apa yang ada di dalam dada (hati) dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang beriman.”

Oleh itu, bagi mencari dan menjadikan hati sentiasa jernih kembalilah kepada fitrah, berilah kegembiraan dan jadikan kemurahan hati sebagai amanah. Jangan sesekali melukai hati orang lain kerana ia boleh melukai hati sendir

Thursday, July 29, 2010

Meehoon goreng singapore, ketupat palas, rendang tok

Malam nie aku makan kat luar. Dekat ngan area rumah lepas abis mengaji. Aku order meehoon goreng singapore. Aku xleh imagine camner rupanya. So tunggulah dengan penuh kesabaran. Bila hidangan depan mata.. aku terpegun.. mee hoon putih agak basah, haiwan2 cam udang, sotong, sayur2.. menarik perhatian aku..

Bila makan time panas2 tu.. adus..perlahan2 masuk kedalam tekak aku... sedapnya.. x pedas langsung.. mmg sesuai ngan tekak aku nie. xyah sesusah minum air byk. first time aku makan mee hoon goreng singapore. selalu nampak nasi goreng cina jer yg putih.. nie mee hoon kaler cerah... hehehehe...

balik dari kedai makan.. lepak2 tgk tv.. teringat plak ketupat palas n rendang tok aku beli. belum makan lagik. ketupat palas nie..ketupat 3 segi ...dlm ada pulut yg dibungkus dgn daun palas. dari kecik aku ske makan.. sampailah ke tua2 nie.. apa yg sedap pun tatau arr.. tapi kalu makan time panas2 lagi sedap..aku selalu makan gitu jer..xyah cicah ngan apa2 pun...

lagi satu aku beli rendang tok. rendang daging nie.. xleh pakai ayam or bahan2 mentah lain nanti x sedap. aku pernah tgk org tua buat rendang tok nie. mmg leceh giler. ada bahan2 rempah kena goreng dulu.. then tumbuk pakai lesung batu tuh.. then baru masuk lam kuali.. daging.. then ada kicap kalu x silap.. kerisik pun ader masuk gak ....kalu aku x silap arr..

rendang nie boleh dimakan ngan macam2... kalu ada nasi panas2... makan ngan rendang.. ikan masin sket.. pergh.. seperiuk nasi pun boleh habis.. selain tu rendang nie boleh cicah ngan nasi himpit, ketupat palas, ketupat biasa. or apa2 sajer roti canai pon sodap makan ngan rendang tok nie. hahahahaha...

aku makan 3 bijik ketupat palas ngan rendang tok.. ratah camgitu jer.. pergh.. hehehehe.. asik makan jer aku nie.. tapi mmg sedap.. korang leh cuba..kalu nak carik.. then rasanya kat jusco selalu ader jual ketupat palas ngan rendang tok nie.. or pi jer area perak.. then dapatlah keaslian rendang tok nie.. ketupat palas plak kena beli kat kelantan.. hahahahha.. bayangkan.. 2 food yg lain2 nengeri..berada lam perut aku... hahahhahahaa....

selamat mencuba.. burrrppppp....

The Scorerer's Apprentice & Inception

Rabu lepas aku berjaya tgk 2 citer sekaligus. Pertama skali aku tgk citer scorerer's apprentice lakunan Nicolas Cage. Dari pemerhatian aku ramai yg mengatakan citer nie boleh mengatasi citer harry porter. tapi aku rase sebaliknya. byk adegan2 yg membosankan bagi aku. Lakunan Nicolas Cage mmg x diragukan menarik tapi hero muda yg jadik apprentice tu.. adus.. sadis sungguh....

Apalah malangnya ambik budak yg terlalu lembik or nerd.. x sesuai langsung.. maybe gambaran budak nie dari kecik.. asik dibuli..membawa ke besar. biler dah terdedah ngan magic2, buatkan hidup budak nie miserable. tapi dia terror fizik plak tu.. minat pada sorang gal membawa kebesar jumpa lagik budak yg sama... hehehehe...

keseluruhan magic yg digunakan..ditunjukkan.. xlah menarik mana.. cuma aku tertarik ngan kuasa elektrik yg mega tuh.. pergh.. dasyhat.. maybe bab aku minat fizik gak.. so nampaklah menarik bila elektrik boleh menghasikan bunyi.. tanpa merenjatkan budak dua org nie.. hahahahaa..

citer nie mmg x sesuai tuk kanak2. org dewase pun kena pilih2 gak. else pening kepala tgk citer nie.. hahahahaha...

citer kedua aku tengok adalah inception lakukan leonardo di caprio.. lagik pening kepala kalu x ikut betul2 citer nie. citer berkisar pada org yg boleh masuk dlm mimpi org lain.. then cipta mimpi lagik.. dan masuk lam mimpi.. bertindan2.. huh.. sakit kepala kalu difikirkan logik citer nie...

lakunan seme mmg nampak real. tapi jln citer yg agak bercelaru memeningkan aku rasanya. tapi aku ske citer nie.. coz' org sanggup hidup dlm mimpi supaya segala anganan menjadi kenyataan. bayangkan kalu kita x akan tua.. hidup bahagia sepanjang masa.. tiada masalah. boleh mencipta dunia yg kita nak.. hehehehehe..

citer nie pun x sesuai tuk kanak2.. utk org yg rajin berfikir.. bolehlah kut dtg tengok citer nie. kalu terlepas memana scene maknanya.. lost ler pas tuh. so korang kena pacakkan bontot korang sepanjang citer nie main.

selamat menonton.. dan ceria2 selalu..

Wednesday, July 28, 2010

Pokok Beracun


salam....

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak di runag tamu atau ditempat letak kereta. Pastikan selepas membaca post ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yg jauh dari anak anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yg sgt beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yg kuat boleh membunuh kanak kanak dalam masa kurang 1 minit. Bagi org dewasa pula boleh membawa maut kurang daripada 15minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yg terdapat pada daun pokok ini.

Racun atau getahnya yg masuk kedalam mata boleh menyebabkan buta. Kanak2 yg suka mengunyah terutama yg berumur 1-3 tahun yg tidak tahu apa2 mungkin terkunyah daun pokok ihiasan ini yg anda letak diruang tamu atau tempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun, lidah akan terus membengkak dgn serta merta dan menghalang pengnafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerna tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran jiran dan saudara mara yg menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat2 dan sekolah2 sebagai pokok hiasan kerna senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumbuh diiklim negara ini. Daun yg besar dan hijau selalu diletak dikawasan taman awam.

Sila maklumkan kerna terdapat kes kematian yg jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklasifikasikan sebagai 'food poisoning'. Keperihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dpt menyelamatkan nyawa seseorang.

Tuesday, July 27, 2010

Salted Crab n Sotong sambal tumis

sotong dan kerang sambal tumis


ketam masak telur asin

Malam nie aku pi pasar malam dgn azam nak beli ketam dan sotong. Try masak something different plak. Lagipun aku nak pi berkelah weekend nie n kena prepare lauk.. so aku beli sotong dan kerang mentah sket.. then ketam 2 ekor.. pergh.. berat n besar.. aku sker.. heehehe.. osmet aku yg plan nak masak ketam.. sebab selalu sgt makan kat kedai seafood.. apa kata hari nie try buat sendiri plak.. hahhahaha....

Preparation tuk masak sambal mmg ambik mase. Aku kena rebus kerang dulu, sebelum tuh bersihkan kerang2 sampai bersih.. putih..bersinar2.. baru rebus.. da rebus kena kupik kerang plak.. ish..gatal ler tangan jawabnya nie.. then siapkan sotong plak.. bersihkan.. potong cantik2.. asam jawa, lada boh, bawang besar dipotong mayang, bawang kecil, bawang putih, halia.. baru leh start memasak....

memula kenalah tumis bawang kecil, halia, bawang putih..agak2 then masukkan lada boh. terpulang byk mana nak letak..kalu ske pedas.. buh ler byk.. else mengagak ler.. then bila da kacau n kacau lada boh tu sampai masak.. baru masukkan air asam jawa.. aku pakai yg xder biji..so senang sket..x perlu tapis.. seme skali leh terjun masuk. last skali baru masukkan sotong dan kerang .. then bawang besar yg dimayang..

agak2 da masak..rasa sket.. tambah garam dan gula kalu perlu.. else..siap tuk dihidangkan...

masakan kedua adalah salted crab or ketam masak telur asin kuning.. nie nampak simple.. bersihkan ketam.. then salut ketam ngan tepung jagung..xyah tetebal pun.. ala ala kadar jer. then goreng dlm minyak yg panas n byk. seme ok biler goreng..sampai ketam yg terakhir..minyak terpercik kena jari aku yg comel nie.. da bengkak.. letak colgate pun xjln. pedih yg amat... selingan tau.. hahahahaha

bila ketam da siap goreng.. letak tepi dulu. rebus telur asin tadi sampai masak. then ambik yg bahagian kuning jer. hancurkan kuning telur asin tu.. panaskan kuali..letak mentega or butter.. or apa2 yg berminyak.. masukkan telur kuning tadi..kacau cam org giler tanpa henti.. then masukkan daun kari, cili padi yg dipotong halus, susu cair.. lam kes nie aku buh susu segar.. ikut citarasa memasing.. letak arr baper byk korang sker...

biler da agak2 cam kembang tu kan.. gaulkan bersama2 ketam yg telah di goreng tuh.. apa lagik..siap arr.. hidang tuk dimakan.. hahahahaha... senang kan...

korang leh try kat umah..senang n ringkas jer.. kalu rase x confident beli dulu ketam kecik2 tu..then try.. byk kali try mesti jadik punyalah...sedap.. x tipu punya..

selamat mencuba...

Pesta Buah2an Tempatan

Bercakap pasal pesta buah2an kali nie.. berlainan dari food yg selalu aku post. hehehehe.. untuk 2 tahun berturut2 diadakan oleh TM Muzium yg terletak dijln raja chulan ataupun berdepan ngan bangunan TM Bukit Mahkota dengan kerjasama FAMA Jerantut Pahang pada kali nie. Pesta buah2an diadakan selama 3 hari bermula dari 27hb July sehingga 29hb July 2010. Dari Jam 12 tengahari sehingga 8 malam...

Ada byk jenis buah2 tempatan yg dijual disini antaranya, raja buah durian, manggis, rambutan, langsat, duku, cempedak. Selain tu ada gak jual makanan2 kering cam keropok, kerepek yg berasaskan buah2 tempatan gak. Ada gerai jual lemamg, ketupat 3 segi, rendang tok, acar buah dari perak aku rase. Cempedak goreng pun sodap..

Bagi pengemar durian, ada disediakan "eat all you can" dengan bayaran rm15 seorang. Boleh tala baper byk durian yg ader, diberi satu botol air mineral. Then makanlah puas2 sampai panas badan tu. Buah manggis dan rambutan juga disediakan sekali. So korang rase baper byk korang leh sumbat durian, manggis ngan rambutan sekali makan..
sendiri mau ingatlah kan.. hahahaa

Ramai org samda dari TM sendiri, staff area2 building situ dan pelancong2 yg melawat muzium TM akan dtg makan. So bermacam2 ragam dpt dilihat..especially org2 mat salleh nie.. bau durian agak kuat.. so sesetengah tu tutup hidung x ingat.. tapi ada gak yg leh duk tepi2 dinding makan durian.. aku pun rase curious gak.

So pade sesaper yg nak makan durian byk..ngan bayaran sebanyak RM15 SAHAJA, silalah dtg berkunjung ke pesta buah2an kat sini. kalu naik lrt..berhenti kat station masjid jamek.. jln kaki sket.. then.. sampailah.. kalu xmo makan, nak bungkus durian bawa balik pun ader..ikut timbang kilo..yg saiz n mutu berbeza.. ahahahahaha....

selamat makan2.. burrrpppppp....

Monday, July 26, 2010

PocketKapcee

AKu byk pusing2 kepala hari nie. ngan meeting yg asik nak jimat cost, then pasal hal staff aku lagik, hal2 keje, hal kawan2.. cukup2 buat kepala aku sakit sebelum aku mulakan keje hari nie. nasib baik ada member dtg melawat aku.. so ringanlah sket kepala.. sembang2 kosong sambil aku sibuk buat keje... hehehe..bukan dia taupun...

aku x makan byk hari nie, pagi nie jer aku da lambat ke tempat keje, aku lupa aku ada meeting, accident agak teruk, ada sebuah kete myvi dah bertukar jadi kete smart.... huhuhuhu.. depan belakang kemik.. sebijik..nak ketawe pun ader. serpihan cerimin bersepah2 atas jln raya yg sibuk pada pagi2 buta nie. dekat 2 jam baru aku sampai kat tempat meeting tuh...

aku sempat lagik mkn sepinggan meehoon kat kantin ofis nie.. sambil borak2 ngan staff kat sini. projek juta2..tapi hasil.. hampeh dot com dot my. elok lagi pakai system lamer.. aku pun x paham.. apakah motif beli system berjuta2 tapi x reliable langsung.. opppss.. ada plak yg terase..nahas aku nanti.. sorry yer.. pendapat peribadi aku jer...

then meeting aku makan lagi sepinggan mee goreng..mak aihh.. masinnya.. saper yg nak kahwin nie masak gini.. aduiii.. boleh kena darah tinggi aku camnie punya masin.. then aku kena gak makan sampai abis..tak baik membazir.. then cepat2 minum air apatah..bersusu.. lagik buat perut akuu mual sat lagik. then aku gigit kuih seketul.. lega sket.. pergh.. tobat x makan mee goreng nie lagik...

petang balik keje aku singgah beli bubur tuk osmet aku, dia sakit perut teruk2. then singgah kat kapcee. ada promo baru, snack kapcee. ada bebola ayam w fries, nugget w fries n popcorn chicken w fries. aku try ler menu bebola nie. hampeh giler. aku ingatkan daging ayam bulat2.. rupanya sebiji bebola ayam jual kat pasar malam tuh.. bolehlah tahan..x baper sedap pada tekak aku nie.. baik ambik nugget or popcorn chicken tuh.. pack lam kotak jer cantik.. ish....

then aku ambik pack x-meal pocket kapcee. yg nie dpt air segelas, fries, ayam seketul dan pocketayam. sedaplah sikit makan esp pocket nie. coz' menggunakan daging ayam yg rangup, ada salami, jagung, sos mayo, cheese, selera arr sikit makan. air pun sedap gak..kaler hijau.. apatah namanya..aku da luper plak.. ayam jer aku x larat makan.. dah rase terlebih kenyang.. balik nanti aku leh makan lagik.. hahahahaha

so kalu korang rase lapar bolehlah try menu2 yg aku da makan tuh. especially pocket tuh..mmg sedap n mengenyangkan bagi aku lar. kalu korang tekak rimau ke tekak ulau x tau arr kalu lapar lagik .. hahahaha.. so selamat mencuba.. jgn makan terlampau byk.. kolestrol beb... hehehehehe

Sambal Sardin, telur masak kicap

Aku jarang ada kat umah pada ari ahad. kalu x keje, ofis, balik umah mak, pi jln2, ada game..macam2 hal ler..hari nie aku berpeluang bersantai2 kat umah. Hari ahad yg ceria.. sejuk hujan plak tuh... aku bergulung dlm selimut sampai kul 11 ke 12..x ingat arr aku..yg pasti dari gelap sampai aku nampak celah2 pintu matahari dah marak barulah mata aku terbuka.. hahahhahaha... hujan panas aku rase kut..

perut da berbunyi2... apalagi kena isi perut arrr.. kan perut sakit lah.. itulah inilah.. selongkar dapur apa nak masak nie.. ngan cepat n ringkas.. hmmm.. ada sardin, cendawan lam tin, green pea in tin, telur..kicap.. bawang.. cukup arr nie da boleh masak dah..

perkara pertama kena buat adalah masak nasi. penting nie.. kalu xde nasi.. mana kenyang makan lauk jer.. kan kan... then keluarkan barang2 tuk masak sardin sambal n telur masak kicap. sardin, bawang, cili boh, cendawan butang, green pea, telur, kicap, dan garam secukup rase.

Memula buat sambal sardin. Paling senanglah lauk nie. goreng sardin, asingkan kuah sardin dari tin tu, lepas da goreng tu..letak tepi sat..then tumis lada boh plak. agak2 masak.. baru buh bawang besar yg dipotong mayang.. bulat2 jer..cantik.. hehehe.. then masukkan semula sardin goreng tu, kuah yg asing tadi.. kalu nak tambah tomato pun boleh..so ada rasa masam2 pedas sket.. then masukkan cendawan butang yg dipotong cantik2 , green pea.. so adalah rase sayur lam sardin sambal nie nanti. kalu xmo kuah cair..pekatkan..then terus masuk lam mangkuk..siap tuh dimakan.

telur masak kicap lagik simple. goreng jer telur mata kerbau.. tengok lah baper biji korang nak makan.. bergantung pada tahap kelaparan memasing. then put aside jap. tumiskan bawang besar plak. jgn terlampau masak, masukkan kicap cair...kalu kicap pekat masin nanti.. then masukkan telur mata tadi.. balik2 lam seminit dua ...siap..dihidang...

ngan nasi yg panas2 baru masak, sambal telur yg masam2 pedas,telur masak kicap yg membuka selera, lapar plak,.. dan dekat kul 2 ptg.. apo lagik..ngap ler makan sampai habis licin seme sekali.. burrrrrppp.. baru lega makan... nak lagik best minum air coke light sesejuk rase.. pergh.. bestnya kalu ari2 cam nie.. hahahahahaha...

selamat mencuba.....

Sunday, July 25, 2010

Black Canyon Coffee











Patutnya malam nie aku pi tengok konsert kat area putrajaya tapi disebabkan parking takder, so pi ler jer lepak kat alamanda. nak tgk wayang pun da xder tiket.. then pusing2 kat dlm alamanda jer. biler perut da lapar, nak pilih tempat makan yg sesuai... mana nak pi nie. sekali biler lalu area food court tu, ternampak ada satu kedai nama Black Canyon Coffee. so masuk jer la redah.

Nama kedai cam kedai western...tapi aku rase tersilap. kedai nie lebih tumpukan pada masakan kedai2 siam. ada gak ler western food kat sini. byk choice yg ader tapi majoriti makanan siam cam tomyam, kerabu, lauk2 kari siam, serba serbi siam ler aku leh ckp. so dont judge the book from da cover only ley.. hahahhahhaa

kali nie aku pilih makan stir fry fusilli seafood with hot basil. mmg pedas walaupun aku ckp xmo pedas. tapi seafood mmg byk termasuk isi ikan, udang, sotong. satu lagik menu kue teow with chicken. sedap gak cuma kue teow nie bentuk lain sket. hahahahaa..


air plak chiangmai paradise n watermelon crush. apa yg paradise.. yogurt campur logan, daun peppermint.. huhuhuhuhu.. tembikai campur ais batu. sampai ada quote " a drink from paradise, available on earth" . mmg heaven minum air nie.. tapi xleh byk.. nanti sakit tekak..sejuk n nyaman gitu..

harga food kat sini boleh tahan juga, ramai gak tengok family datang makan kat sini coz' ada menu family, couple, so senang nak order xyah sesusah pening kepala. aku rase aku ada pi cawangan kedai nie time kat jakarta harituh, cuma xder la air apokat nak order kat sini. hahahahahaha

silalah dtg. dan selamat mencuba...

Nasi Ayam Goreng Madu

Aku melawat mak aku hari nie. sebelum tu aku kena settlekan pasal tiket konsert cuci muzikal. nasib aku baik.. staff aku aku pi tolong ambikkan tiket tu. maksey yer .. hahahaha.. nanti aku banjer ari isnin nanti.. hehehehe...

sebelum nak pi melawat mak, aku n osmet plan nak masak nasi ayam. da beli lauk2 hari khamis lepas. so tinggal nak masak jer lagik. pagi2 sabtu aku bangun kuarkan ayam dari freezer. mak aih.. kerasnya ayam2 nie.. baper jam nak cair nie.. adey.. so aku rendam ayam2 beku nie lam bekas air yg besar. then aku sambung tido balik...dengan harapan biler aku bangun ayam2 nie da boleh dimasak.

aku terlewat sedar. nasib osmet aku da sedar dulu terus jer siapkan ayam2 nie. da bersihkan ayam2. then rebus sket utk dptkan pati ayam nanti. kasik ayam lembut da cepat masak time goreng nanti. lemak2 ayam kena asingkan ke tepi sebab nak guna kemudian.

then basuh beras bersih, agak2 korang ler nak makan byk mana nasi ayam nie karang. goreng lemak2 ayam yg dah asing tadi dan masukkan beras bersama2. so beras tadi akan menjadi berminyak2 n kelabu2 sket.. baru masukkan lam rice cooker bersama2 sup ayam tadi yg telah di prepare. then masak nasi ayam.. biarkan sampai masak...

seterusnya ayam tadi diperap bersama ramuan2 ikut suke korang. dalam kes nie, aku masukkan madu, kicap cair, kicap pekat tuk buat ayam goreng madu, separuh lagi buh rempah2 ratus tuk buat ayam goreng rempah. aku pakai 2 bagian ayam kepak n drumstick jer. senang nak goreng nanti.

goreng ayam2 nie mengambil mase yg lama sebab xmo ayam rentung tapi dalam x masak. penat gile menunggu part nie. nasi da masak lamer. tapi ayam x siap2 lagik. sabar2.. hasilnya nanti sangat memuaskan. hehehehe... sementara tu siap prepare tuk kuah kicap n kuah lada sekali. potong tomato, salad, daun sup tuk hiasan nanti.

now da siap semenya..makan time.. hahahaha. then da siap2 bungkus tuk mak aku skali.. barulah berangkat pi umah mak... hehehehe... so korang boleh lah try buat nasi ayam nie. terpulang pada korang nak letak apa sebenarnya.. selamat mencuba.....

Saturday, July 24, 2010

Arwah ayah....

Semalam aku mendapat khabar berita yg salah seorang staff aku baru saja kematian ayahnya. Salam takziah dari aku.. semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa. Dan staff aku dpt menghadapinya dengan hati yang tabah dan tenang. org yg da pergi dan tentu hala tujunya... kita yg masih hidup nie kenalah teruskan perjalanan hidup nie...

Khabar nie mengimbau kenangan aku ketika aku juga kehilangan seorang bergelar ayah. Peristiwa berlaku dalam 16 tahun yg lalu. Ketika itu aku baru dalam tahun 2 pengajian di institut pengajian tinggi.

Arwah ayah jatuh sakit hampir sebulan lamanya. Selama yg aku kenal arwah ayah xpernah sakit yg serius, demam2 biasa tu adalah... tapi x pernah sakit yg membawa dia menghuni hospital. Dalam 3 bulan terakhir riwayat arwah ayah berada dihospital, mak aku hari2 berulang alik dari rumah ke hospital menjaga arwah ayah.

Bila tiada harapan utk sembuh, doktor nasihatkan mak membawa arwah ayah pulang ke rumah. Time nie adalah bulan puasa. Aku yg baru menghabiskan exam final pulang ke rumah utk bercuti dan menyambut hari raya syawal yg akan menjelang dalam beberapa minggu lagi. Jadi dirumah arwah ayah terlantar saje. sedih giler aku menengoknya.

Dalam satu ketika, arwah ayah ada memberitahu dia bermimpi utk masuk kerumah baru.. lagi linangan air mata mak tumpah... kelopak telinga arwah ayah juga jatuh.. aku sentiasa ada dlm rumah. xkemana.. takut apa2 terjadi nanti menyesal plak.

akhirnya pada 29 ramadan arwah ayah menghembuskan nafas yg terakhir. ketika itu hanya tuhan tahu betapa kesedihan melanda seluruh ahli keluarga aku. dlm kesedihan itu urusan pengebumian jenazah selamat dilakukan. yg aku paling sedih, adik aku yg baru berumur 7 tahun ketika itu bertanya kenapa arwah ayah dimasukkan dlm tanah..

adik aku yg paling bongsu x mengerti apa2 ketika itu. byk lagik soklan2 dia ketika tu yg x berjawab. aku mengiringi hingga ke kubur melihat seme urusan dijalankan. bila dengar imam baca talkin, terasa makin dalam kesedihan yg mencengkam. sambutan hari raya pada waktu itu berlalu begitu sajer. x terasa langsung bagi keluarga aku.

dari tahun itulah.. aku xlagi merasakan kemeriahan hari raya. pemergian arwah ayah betul2 meninggalkan kesan mendalam kepada aku. tiap tahun setiap kali raya puasa atau raya haji, atau biler2 aku merindui arwah aku, akan singgah kat kubur arwah ayah. bersihkan kubur dan sedekahkan ayat2 suci kepada arwah ayah. Semoga arwah ayah akan dimasukkan kedalam syurga.. amin..

iCity











Kali nie aku berpeluang berkunjung ke satu tempat yg menarik bernam iCity. Terletak berhampiran ITM Shah Alam, kalu ikut federal highway dari KL-Klang, exit di padang jawa dan ambik ke kanan, lepas traffic light ambik ke kiri..lam 100 m gitu akan nampak deretan lampu2 yg berkaler2 tu sampailah...

Coz' aku datang dlm kul 8 gitu lepas waktu keje, jln mmg jammed teruk2.. tapi moving lah.. akhirnya tempat yg dituju pun sampai. sebelum nie aku hanya tgk kat dlm fb member2 aku tentang keindahan tempat nie. kai nie aku sendiri plak yg berkunjung kat sini.

Ada byk jenis bentuk2 haiwan ataupun pokok2 yg dihiasi lampu2 yg berwarna warni. penggunaan sejenis material yg keras.. aku pun xsure apa.. membentuk haiwan atau pokok2 kat sini. rasanya cam byk giler bil elektrik kat tempat nie.. coz' kawasan nie agak luas. siap ada skrin tv gergasi lagi. rasanya time world cup final harituh., team Radio HotFm ada datang kat sini.


Menyusuri jln2 kat sini dlm kedinginan malam mmg x terasa penat. Kalu ikut hati aku rasanya dalam 2 jam pun x abis nak cover seme tempat nie. Mmg luas giler. Then ada gerai2 menjual beraneka jenis barang yg mempunyai lampu kat sini. Almost seme gerai jual benda yg sama. Gerai air n food pun ader. First time aku nampak starbuck mini van kat sini.

Selain dari gerai2 bergerak nie. ada gak restoran kat sini. Antara restoran yg aku nampak adalah Streambot Buffet, Gasoline,. Aku sempat singgah minum kat kedai D'taman. Seteleha penat lelah berjalan2 tuh.. baju pun agak2 basah.. aku berhenti kat kedai nie minum air panas limau n makan keropok lekor. pergh.. heaven....

Maybe tempat nie akan menjadi daya tarikan terbaru diarea sebelah shah alam nie. Aku tengok org datang x putus2.. Tempat parking pun bertingkat2..rasanya lam 4 tingkat bersilang2.. so lam 8 tingkat semenya. utk parking. Kat tepi jln yg mudah org nak access.. so senang senang datanglah kesini yer...

On da way nak keluar dari iCity nie, sempat singgah makan durian. lagi satu heaven.. hahahahaha... byk giler jenis durin ada jual kat sini. dari semua rm2..sampailah yg mahal2 rm9 sekilo. byk gak durian aku makan..sampai rasa nak terjeluak.. mestilah aku ambik yg harga rm9..berbaloi sikit makan. lagipun aku tengok seme org makan durian yg mahal nie. compare ngan yg murah..mesti x baper sedap.. bagi aku ler...

balik aku x larat lagik bawak kete. kenalah co'driver aku take over. aku tido sepanjang jalan x ingat punya. da sampai depan pintu umah pun org kejutkan. penat giler berjalan tadi..plus2 aku da makan byk sgt tadi....

so selamat berjalan di hujung minggu.. adios...

Thursday, July 22, 2010

Despicable Me

Kali nie citer kartun yg mmg patut seme org tgk adalah despicable me. citer nie mmg kelakar maut bagi aku coz' dari mula citer start sampailah citer abis..sampai kuar nama2 pelakon.. org2 yg buat filem nie.. semenya ada adegan2 kelakar habis..

citer kartun nie berkisar pd sorang lelaki yg namanya Gru kejanya mencuri. kenapa dia mencuri sebenarnya.. dia seorang yg genius.. untuk menarik perhatian mak dia.. aku rase dia kekurangan kasih sayang.. jadi biler dia buat something yg bagus sekalipun..mak dia cuma akan cakap hmm.. hmm.. hmm.. itu jer? tentulah Gru merasa kecewa.. biler dia mencuri benda2 yg pelik..baru mak dia impress.. apa punya mak pun aku tatau arr...

dibantu oleh seorang prof n robot2 bermata 1 ataupun 2 yg amat kelakar, Gru menjalankan keja2 jahat. tapi sebenarnya lam ati Gru nie baik. biler ada satu pencuri lain vector berjaya mencuri perhatian dunia , n ejeken mak Gru sendiri, buatkan Gru nak curi benda yg lagik besar which is BULAN. x terpk plak arr lam paler otak aku ader org nak curi bulan nie...

bagi menjayakan rancangan nie, Gru kena ambik 3 org anak yatim sebagai anak angkat bagi mencuri alat mengecilkan barang dari pencuri vector nie. tapi kemunculan 3 anak angkat pompuan nie..mengubah hidup Gru. daripada seorang yg serius dan membosankan.. kepada seorang yg kelakar, penyayang kpd 3 anak angkat nie.

korang mmg patut tgk citer nie bagi aku lah.. coz' kekadang lam kita bekerja terlampau serius tu.. hati kita menjadi batu.. dan seterusnya.. kita x punya perasaan lagi terhadap org lain.. utk peringatan diri aku gak nie lah..

byk adegan2 kelakar berlaku sepanjang citer nie.. mmg mengeletek abis isi perut aku, paru2, jantung, limpa.. x sempat nak duk diam..ketawe lagik.. n lagik n lagik.. cam aku pi treatment jiwa plak... so apa tunggu lagik.. pi ler tengok sendiri yer.. hahahahahaha.. selamat menonton..

Predator n Despicable Me

Aku tengok 2 citer hari nie. Plan nak tgk citer inception tapi full house. so memula tengok citer predator. nie jer yg x baper ramai org.. beli jer tiket.. then masuk lam cinema...

permulaan citer nie agak perlahan.. so aku sempat tertido lam baper minit ntah... bosan giler tgk.. org jatuh dari langit dgn parachut, then berkumpul sorang...sorang... sampailah ada baper kerat org..semenya bersenjata dan nampak agak ganas. x nampak pun predator nyer.. tuh yg buat aku terlelap sat...

biler adegan2 makin rancak..barulah mata aku terbuka nak tgk.. or maybe aku terlebih makan tadi.. hahahahahaha.. ada 2 jenis predator lam citer nie.. satu yg baik sket kut..satu lagik yg jahat. diowang siap bergaduh..n tambat kat pokok predator yg cam baik sket nie.. hahahahahaa.. kelakar pun ader tgk time nie..

citer nie sebenarnya cam citer lost. diowang2 yg 'terpilih' di buang ke satu pulau.. n kena lawan ngan predator for their survival. bolehlah citer nie.. biler da masuk aksi2 lawan tu..mmg menarik.. walaupun aku rase jln citer keseluruhan adalah x baper best.

cam biase last skali mestilah org baik menangkan.. tapi citer nie cam x abis jer.. ada sambungan lagi kut.. coz' ending tunjuk ada ramai lagi org yg dicampak ke pulau nie.. dan mesti punya predator baru pun sampai sini..

citer nie klasifikasi 18sx kut or 18pl. so kanak2 mmg x sesuai langsung tgk citer nie.. hahahahaha... selamat menonton...

Paddington House of Pancake

Kedai yg terletak diantara MV dan Gardens menjadi pilihan aku pada kali nie. Aku x plan pun nak makan kat kedai nie tapi bila lalu tuh, tiba2 terasa nak masuk kedai nie. Apa yg menarik ada kat kedai nie..mari kita sama2 tunggu.. hehehehehe...

Kedai nie menyediakan menu utama pancake. Kalu dalam base melayunyer lempeng. Sedap sangat ke pancake kat kedai nie.. hampir seme menu yg ada menyediakan pancake sebagai hidangan.

daripada burger yg setinggi 3 tingkat bangunan, roti telah diganti ngan pancake. then, menu2 lain pun samer.. byk jenis pilihan menu yg ada kat sini, yg paling utama mestilah pancake dessert, decoration gambar mmg nampak menarik giler.. letak plak maple syrup.. ice cream... fresh fruit eg strawberry.. pergh.. terliur habis menengoknya...

ada pasta bagi yg selera itali, burger, dessert, steak, almost seme western food ada kat sini. aku pernah makan steak kat sini.. pun ada pancake gak.. so makan apapun kat sini order ler apapun.. mmg akan kasik pancake sekali.. hehehehe...

air pun berjenis2 ader kat sini. cantik2 decoration n kaler2 air yg bertingkat2 nie. kali nie try air manggo punch fruits.. manis giler.. sampai kena tambah air mineral nak kasik kurang manis sket.. but the taste still marvelous lagik...

kali nie 2 hidangan yg aku rasa adalah pertama campuran pancake, salami beef, chicken franfurter giant, hash brown. ada plak kasik black pepper sauce . mmg sedap especially franfurther tuh... salami pun sedap coz' potongan halus2 dicampur ngan rempah2 terpilih..

lagi satu dish adalah pancake cam sarang lebah, halus n nipis2 jer.. bersama chicken, kuah creamy pekat, mushroom n campuran salad/mini tomato. inipun sedap bagi pengemar2 creamy sauce.. sekali rase cam carbonara pun ader.. pergh...sedap....

so keseluruhannya makan kat sini mmg sedap.. especially bagi pengemar pancake ataupun lempeng omputih nie.. selain dari makan kat atas... aku tgk kebanyakan menu adalah pancake.. cicah ngan maple syrup.. ataupun jenis2 yg honey madu punya.. so bolehlah try makan kat sini.. harga pun boleh tahan mahal.. hahahahaaha..

selamat mencuba..

Tuesday, July 20, 2010

Ikan Cencaru sumbat lada

Apa yg menarik pada hari nie.. hmm... aku keje cam biase.. petang pi meeting.. sebelum pi meeting aku sempat jumpa member aku settle few problem. harap2 member aku dpt solvekan problem masing2 baik2.. amin...

petang plak aku singgah kat pasar malam.. teringin nak makan cencaru sumbat lada.. apa lagik.. belilah ikan cencaru 2 ekor.. agak sedang2 gak besar muat2 nak masuk kuali. siap minta abang penjual tu siang buang perut dan kulit sekali. terror giler tgk abang tu buang kulit ikan cencaru pakai tangan jer.. hahahahahahaha.. sekali siat..tercabut terus.. xler rosak ikan ..kalu pakai tools, at least separuh isi ikan terbuang sekali.....

then beli ikan selar kuning 2 ekor gak. beli bawang besar sket n bawang merah.. masyaAllah mahal giler.. ada ke baper ketul2 bawang nie dekat rm2.. cepatlah org pasar malam nie kaya.. hahahhaa.. beli kat supermarket pun aku rase x semahal nie.. sempat lagik aku singgah beli buah mata kucing.. buah yg agak manis, isi tebal tapi kecil.. bolehlah.. nak tunggu yg besar2 ntah biler nak ader kan...

so balik jer.. perkara pertama dilakukan adalah masak nasi. then baru goreng ikan selar. nak masak sambal boleh..masak kicap pun sodap.. ikan cencaru kena bersihkan dulu.. then nak prepare tuk lada sumbat.. mesti sedap punyalah.. letak asam keping, bawang, lada garam secukup rase.. then sumbatlah kat lam badan ikan cencaru tuh.. goreng sampai garing.. pergh.. marvelous makan... hahahahhaha


burrpppp.. dah kenyang2 nie.. makan mata kucing sambil tgk tv.. layan... aku x larat nak tulis lagik.. esok citer lagi yer.. byee.. selamat mencuba..

Monday, July 19, 2010

Pertama Hijrah

Aku x keje hari nie.. tapi aku still kena pi opis kat KLJ coz' meraikan staff aku yg dpt bertukar ke penang. majlis sederhana tapi meriah ngan food. aku makan mee hoon sup, bergedil, kacang kuda rebus dan kacang kuda berempah, tembikai, macaroni bakar, kuih muih dan air.. sedapppppp... hehehehe... thanks to everybody yg contribute the food for us.

pas jamuan, aku balik awal ke rumah. berkira2 kat mana nak beli food for dinner. pk punya pk.. ngan aku yg ske berangan atas jalan, so decide beli jer kat area umah. tetiba aku teringat masa ada beli food kat area kedai2 tu aku ada berjln2 kat satu kedai yg unik bernama pertama hijrah.

masuk jer kat dlm kedai nie akan terdengar bacaan ayat2 suci al-quran. sejuk jer hati aku mendengarnya. kedai nie jual makanan2 yg agak unik which yg berunsur organik. ada ayam organik, daging organik.. then byk lagi food yg organik.

selain tuh ada gak jual rempah, air ECPI, herba2 , makanan2 yg semenya rasanya daripada pengedar2 bumiputra atau lebih tepat lagi islam. frozen food yg aku nampak cam karipap pusing, popia, nugget, bebola daging, murtabak, semenya daripada jenama2 yg x terdapat di supermarket atau hypermarket terkemuka negara kita.

then aku realised yg kedai nie menjual food atau membantu usahawan2 bumiputra berniaga yg x dpt tempat di pasaraya besar. kalu satu cawangan berada kat area umah aku nie, x mustahil kat tempat lain lagi besar ataupun banyak lagik. aku cuma membaca tapi inilah first time aku berada didlm kedai2 cam unik begini. bagi aku lar...

so aku beli daging sikit tuk buat black pepper, murtabak mini, n karipap pusing. biler aku potong daging tu, cantik jer bentuk2 lurus daging nie. harap2 aku masak daging nie sedaplah nanti. then dah goreng murtabak mini tu, letak marjerin atas kuali leper.

kalu sedap benda2 aku beli nie, next time aku akan beli byk lagi food2 yg menarik ada kat sini.. kasik support kat org2 islam yg meniaga insyaAllah.. mereka yg berniaga dijln yg benar akan beroleh kejayaan... amin....

Rahsia Di Sebalik Sembahyang 5 Waktu

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :

'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepadNabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

'Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.

Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi:
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T.

7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Sunday, July 18, 2010

Konsert Malaysian Rhythm

Semalam aku berpeluang menonton konsert lagi. Kali nie irama malaysia dimana gabungan artis2 mesia ngan konsep berbagai genre muzik. konsert nie mengubah semula lagu popular artis tanahair dan diolah bersama2 alat2 muzik tradisional dari berbagai bangsa melayu, india dan china.

antara artis2 yg glamer adalah sifu m.nasi, ratu rock Ella, zainal abidin , black juara mentor yg kena sebat tu, noraniza idris dan reshmonu. artis2 yg x baper terkenal plak seperti point blanc mmg x paham langsung apa yg diowang nie nyanyi, caprice pun samer, darsha logan, shruthi, master G dan artis kanak2 apatah namanya.

persembahan pembukaan oleh noraniza idris menarik perhatian ramai, coz' dia pakai lengkap bertudung, tapi baju yg cam kelawar tu agak jarang dan menampakkan susuk tubuh dia. then artis2 yg x glamer ada bergabung ngan noraniza idris buat rapperz campur lagu asli, ada masuk tabla india tuh.. mmg sedap didengar tapi x paham apapun..

seterusnya bila turn ratu rock Ella muncul barulah terase kehangatan konsert nie. aku x lepaskan peluang pi sedekat ngan mungkin ngan stage tuh.. semata2 nak tgk aksi Ella dari dekat. Ella mmg cantik, rambut panjang, suara best.. then aksi2 lincah kat atas pentas mmg buat org seme cam panas jer nak ikut rentak lagu yg dia nyayi tuh.. tuh dia.. penangan ratu rock mesia.. Ella....

then kemuncak aku rase biler turun sifu m.nasir muncul.. pergh..ramai giler org bernyanyi bersama2 mengikut rentak irama lagi mentera semerah pagi dan apkalipso tu.. m. nasir mmg poewr, walaupun dia x kacak, tapi peminat ataupun fan yg fanatik pada lagu2 m.nasir terdiri daripada semua golongan usia.. dan merentasi kaum2 lain jugak.. cayalah sifu....

penutup tirai adalah zainal abidin, aku x pasti lagu apa yg memula dia bawakan, but then biler lagu popular hijau berkemundang, barulah seme org mengikut zainal menyanyi bersama2.. mmg best...

lupa nak kasik tau.. nie open konsert. kat stadium petaling jaya, kelana jaya. so stage mmg jauh giler dari podium, so kitowang seme relakan diri duk atas rumput karpet tuh. basah gak aku rase suar.. nasib x tercucuk miang2 rumput nie. gatallah gak bontot... hahahahaha... terlupa nak bawa alas punya pasal. nak gi ambik kat kete cam rase jauh.. so nak tak nak duduklah dekat2 3 jam dari mula konsert start sampailah konsert abis..

muzik2 yg kita selalu dengar biler digubah menjadi satu simfoni yg segar amatlah menarik hati. nasib baik ada artis2 glamer menyanyikan lagu2 yg best. xder lah rase cam boring atau bosan maut. cuma rase kaki cam cramp kejap2.. coz' duduk atas rumput karpet tuh. byk gak arrr position duduk aku buat nak kasik baik punya. hahahahaha....

konsert camnie patutnya diadakan selalu suapaya org nampak org mesia nie hidup bersatu padu, bersopan santun.. walaupun duduk diatas kapet rumput, aku rase masih elok lagik.. bukannya kita nak merokok ke apa.. jadik sabar jer arr.. ahahahaha... nanti mesti kuar kat tv, korang cariklah sendiri yer.. hehehehehehhe

Saturday, July 17, 2010

Challenger Futsal






Malam tadi aku main futsal bersama kawan2 kat challenger. terletak kat area pj town sek 14 aku rase, mmg mudah nak cari coz' kawasan nie kat tepi jln main road. kalu datang dari federal highway, naik ke junction barat/utara, nampak hilton pj sebelah kiri, then ambik ke kanan cam heading nak pi hospital um. jln terus..sampai junction pertama belok ke kiri, then jln terus sampai lepas traffic light..akan nampak challenger betul2 kat tepi jln nie.. jgn sampai terbabas dah ler.. hahahahaha

selain dari court futsal, ada byk lagi game yg ada kat sini cam badminton court, snooker, kedai sukan, cafe, tempat makan aircond ... agak besar gak tempat nie. so bolehlah kalu nak lepak ramai2 main macam2 game yg ader kat sini.... food pun boleh tahan .. cuma aku lebih ske makan kat luar....

kali nie agak ramai join main futsal. ada 3 laki2 dan 8 pompuan aku rase, x ingat plak nak bilang.. coz ada yg dtg lambat.. so main keluar masuk gitu.. mmg best giler game .. kejap aku naik atas.. kejap turun bawah.. last skali jadik keeper.. huh.. cam nak tercabut jantung aku.. penat.. x cukup nafas.. peluh mengalir cam buka air kat pili.. baju basah usah dikenang...

apapun aku happy main ngan diowang nie.. penuh semangat setiakawan.. gaduh2 lam court tu adatlah.. terbayang wajah2 ceria diowang bila shoot goal, tendang sana sini, tergolek, tapi yg pasti. xder berlaku kecederaan yg serius walaupun ada 3 kerat abg2 nie.. hahahahaha.. abang ke? seme nyer pangkat adik2 bagi aku..

abis main futsal dekat sejam tu.. bergerak gi tempat minum plak. kali nie diowang pilih restoran jamal. dekat sek14 gak. aku xreti nak kasik direction tempat nie.. tapi kedai nie besar.. 24jam.. tapi servis malam tu slow nak mampus.. pastu order pun dpt lambat.. salah pun ader.. double order pun ader..memacam lagik lah....

food kat kedai nie bolehlah tahan sedap. bab da malam, jadik seme order cam ayam tandoori, soup ayam + roti, mee goreng, telur separuh masak, nasi2 kureng.. air plak mmg pelbagai.. biase2 sajer rase except air aku..orange jus.. mmg kaw2 punyer. sedap pun sedap.. bolehlah minum..

thanks to everybody for having fun play futsal. next time kita main lagik. lebih mencabar.. dan lebih ummpphh... hahhahahahaa

Thursday, July 15, 2010

Hospital.....

Aku pi hospital pagi nie ngan mak. Kalie nie nak tengok result ujian darah n tekanan darah tinggi. dari jam 9 pagi menunggu tuk bayar rm1. nie jer dah ambik masa dekat sejam. biler dah bayar rm1, tunggu lagi tuk nurse check. lagi sejam aku rase. ramai giler org kat spital hari nie.. huhuhuhu.. aku da mula tersenguk2 mengantuk..

dekat kul 12 baru dpt jumpa doc. part nie yg paling best skali. ujian darah mak aku failed. ada kencing manis yg tinggi... n lemak pun samer naik. sahih lam ati aku ckp kena ceramah teruk2 nie.. blood pressure kali nie ok.. ditahap yg baik.. 120/80 jer. alhamdulillah...

part seterusnya..kena ceramah teruk2.. doc soal itu ini, apa makan, apa minum.. apa yg xleh makan..xleh minum.. perlu makan.. perlu minum.. aku pun dengar skali coz' aku masuk temankan aku jumpa doc.. pening paler aku .. bukannya aku x pesan.. tak bagitau.. tak ingatkan mak ... tapi ....mak.. ckp apapun x laku.

mak ske minum air coke. time kat indon, aku rase baper byk duit habis just beli coke coke coke.. pagi petang siang malam minum coke.. manalah kencing manis x hinggap.. dah tu xmo minum air kosong byk2.. sayur pun xmo makan.. aku da agak biler berat mak turun.. mesti kencing manis dtg.. xmo lah kurus x sihat, x berbaloi...

then kena minum gula plastik tu..apa nama gula tiruan tu...ahaaa...cam equal.. tuh jer boleh guna tuk buat air.. mak mmg jarang buat air panas.. nesvita pun x recommend.. doc suh beli oat mentah n letak air sejuk jer.. huhuhu.. aku tatau arr camner mak aku nak makan seme2 nie.. nasib baik mak boleh makan biskut kering tanpa garam tuh..

aku harap mak akan jaga diri baik2.. aku sayang kat mak.. cuma mak jer yg tinggal dalam hidup aku.. anak2 buah.. kakak2 n adik2 aku x rapat sgt pun.. aku cuma leh berharap mak akan bertahan selagi daya.. aku akan cuba buat yg terbaik tuk mak.. sayang kat mak......

Tuesday, July 13, 2010

Mee Goreng Mamak....

Hari aku bermula ngan agak ngeri. Pagi2 nak pi keje aku da nampak satu accident kat highway. agak ngeri coz' kete tu terbalik masuk lam parit kat highway. byk kete n motor berhenti kat tepi jln. maybe nak tolong ke apatah x sure plak aku. nasib baik accident tu baru jer berlaku.. else sure aku lambat pi keje hari nie.. huhuhuhu...

Breakfast aku makan adalah roti bakar n air suam. aku ada bawa bekal tembikai gak. sambil buat keje sambil makan tembikai.. sedapnya hidup aku.. kalu gini selalu.. xyah sesusah nak kuar makan.. hehehehe..

Lunch plak ada member aku dtg. then kitowang heading ke tupai2 tuk makan. kali nie aku x makan nasi campur.. tapi order food. aku pilih mee goreng style mamak. Aku rase rencah lagi byk dari mee. ada udang, telur, ayam, sayur kailan rebus, telur goreng dadar potong halus menarik perhatian. aku luper nak ambik gambar tadi. hahahaha...

member aku order nasi goreng ikan masin. mmg menarik coz' ada ayam, udang, ikan masin ketul2 kecik. pun ada sayur n telur goreng dadar yg dipotong halus2.. sedap rasenya.. next time aku order yg camgini plak. nie pun aku lupa nak ambik gambar. hahahahaa.. bab lapar so kitowang makan sampai abis seme food nie.

petang aku singgah pasar malam. beli nasi kerabu , keropok lekor, air kelapa.. nasi kerabu nie nama dia nasi kerabu wan atiq. mmg sedap.. seme complete.. nasi warna biru2 kelabu.. then ada byk lauk boleh pilih. ambik ayam bakar.. pergh..sedap.. then solok lada, telur asin, budu, cili sambal, ada sayur2 byk, sambal kelapa.. x rugi beli lah.. hehehehehe....

so carilah kat mana2 ada tulis nasi kerabu wan atiq.. cubalah makan.. mmg fully recommended. arrkkkk.. errrkkk.. kenyang giler.. nak tgk citer finale. leverage.. byeeeeee....

Monday, July 12, 2010

char kuew tiau

monday blues... pagi nie bermakna tamatlah world cup bagi tahun 2010. Juara bola sepak dunia dimenangi oleh team Sepanyol or lebih dikenali sebagai Spain. Perlawanan akhir diantara Spain n Belanda yg dikenali sebagai Netherland yg terkini boleh dikatakan agak membosan kerna tiada jaringan gol dalam masa 90 min yg pertama. Cubaan demi cubaan dilakukan.. tapi x menghasilkan sebarang jaringan gol pun. Bila masa tambahan, barulah satu gol berjaya disumbat dan menjadikan team Spain juara dunia. x sia2 saper yg jadi penyokong team spain. mesia bila lagik?

aku dtg kerja ngan senang hati hari nie. xder jammed, laluan very smooth. sampai kat ofis pun xramai yg ader. maybe lambat sket kalu diowang tengok world cup gak. aku mmg x kisah bab2 nie.. hehehehe.. janji keje seme siap.. on time..

lunch hour aku pi kat area ofis osmet aku kat area jln klang lama tu.. dekat ngan faber tower.. ada deretan kedai2 makan melayu.. sayu gak tgk peniaga melayu yg ader.. hanya kedai2 yg berbumbungkan zink karat.. persekitan yg x berapa selesa.. tapi mencari rezeki yg halal disini.. sedangkan food court utk kaum lain.. cantik.. lam satu kawasan.. ada tempat parking lagi.. ntah arr. aku pun x paham.. or tidak dpt memahami kenapa..

toksah merepek2 pasal kerenah birokrasi tuh.. aku nak tumpukan pada kedai paling hujung ke bawah sekali.. kedai nie menyediakan masakan goreng2 seme.. yg paling glamer adalah char kuew tiao... yg biasa.. then ada yg special. tang mana yg special tuh.. mari kita order yer.. hehehehe..

sampai je depan aku.. rupa mmg char kuew tiao.. ada kerang, udang , daun kucai, telur. berkuah.. apa yg special.. oooo sebab ada sebutir telur mata kerbau kat atas .... hmmm.. istimewanyer sgt.. da ada telur lam kuah, adalagi sebiji telur goreng.. hahahahahaha.. rasa boleh tahan sedap.. ada rase masam2 sket.. pedas2 sket.. keseluruhan x mengecewakanlah...

satu lagi hidangan yg ada adalah kuew tiao kungfu.. mmg penuh ngan haiwan dan sayur2an.. rasa pun boleh tahan pada pengemar tp bukanlah pada aku.. x ske sgt.. maybe ada rasa halia atau apetah yg buat aku x baper sker.. tapi org yg makan ckp best. so bolehlah cuba next time kut.. hehehehe...

petang cam biase aku singgah beli buah2an.. kali nie aku beli anggur merah, hijau dan hitam. strawberry, nangka madu, tembikai da buah kelapa. selain tu aku beli roti, yakult, butter, chocolate jem. so makan malam aku nanti boleh makan roti cicah sardin.

pas abis dinner aku pi mengaji cam biase. bacaan aku x baper elok hari nie.. asik salah.. apatah yg aku nampak.. asik salah huruf jer.. aku pun xpasti padahal tiap2 pagi sebelum kuar rumah aku membaca.. hmm..kena improved lagik la tu.. then lepas turn aku.. ada sorang budak umur 9 tahun qatam quran. sejuk perut ibu mengandung kalu ada anak yg camnie.. baik, cantik, pandai plak mengaji padahal kecik lagi.. dibandingkan ngan aku nie.....

malam nie aku sakit perut teruk2.. apa yg salah makan pun tatau.. mungkin food yg byk aku makan time weekend baru nak proses kut.. hahahaha.. asik kerja berulang ke toilet jer keje aku malam nie.. nasib mase mengaji tadi ok.. tp abis jer mengaji aku memecut bagai org gile nak sampai umah cepat2. hahahahaha..

rasenya kena stop menulis now.. perut aku cam bergelora lagi.. huhuhuhuhuhuhu.....

Sunday, July 11, 2010

minggu yg pack

Aku nyer weekend almost packed giler. ngan aku keje buat recovery job dari pagi sampai malam.. malam turun ke pagi.. cukup2 buat aku mengantuk.. seharian sabtu siang aku habiskan dengan tido.. tido.. tido.. petang baru lega terjaga.. segar mata n badan pun ok...

hari sabtu aku janji ngan member2 nak pi makan kat thai base, tapi last minute cancel plak.. coz' sotong butter takder plak. terkejut gak aku camner menu yg famous nie boleh xder.. management kedai ckp sotong xder, mahal.. bukannyer makan free pun..aku pun x paham... abislah kedai nie nanti.. hahahhahaaha

so aku singgah rumah member kat keramat dulu.. dah ler hari hujan.. then first time aku pi rumah diowang nie.. nasib x sesat teruk2.. biler jumper jer.. tgk ada member2 lain tengah karoks.. pergh.. giler lawa umah member nie. maybe org bujang nyer design.. perempuan plak tu.. mmg nampak kemaslah rumah nie.. segar jer mata memandang..

lepas maghrib baru kitowang pi makan. kedai yg diowang pilih ada disekitar area keramat. betul2 belakang sekolah rendah keramat aku rase. bab malam... then hujan plak tuh.. so aku x sure sgt lokasi exact kedai nie..

kedai makan nie thai base gak .. plus ada menu bubur, rojak, pulut durian, otak2. etc.. byk gak arr menu kat kedai nie. aku ambik ikan sikap 3 rase, sotong sambal, ikan kembung sambal, poktek, kerabu mangga, sup ekor, kailan ikan masin. nasi putih.. then air mangga yg paling best aku rase.. hehehehehehe...

utk 5 org makan..kena dekat rm100 kira bolelah tuh makan.. kenyang giler makan.. then pi steven main pool plak. dlm duk main pool, cam biase mesti terserempak ngan member2 lamer.. ada sorang tu aku x kenal pun namer.. tapi dia ingat nama aku.. ish..camner nie.. pehal aku pelupa menjadi2.. hahahahhaha...

daripada pool.. beralih pi karaoke kat ampang park. walaupun da dekat kul 1, tapi masih lagi ramai org beratur nak masuk room, kitowan ambik medium room, adalah kena sampai rm100 ++ aku rase coz' bukan aku yg bayar.. hahahhaha.. much much better than redbox kat sogo. lagu2 seme menarik, tiada iklan antara lagu.. then air/titbit boleh beli sendiri dari kaunter luar.. lagi bagus aku rase...

abis sesi karaoke, lepak plak umah member aku tadi. dekat2 subuh baru tido.. tapi aku bangun agak awal gak ari ahad.. sakit kepala tido lewat.. pi beli breakfast nasi lemak.. then baru cam rase mengantuk semula..

lunch time member masak2..kembung masak gulai cili api, sambal udang, ayam goreng rempah n timun potong. rase sedap sangat makan..especially masak gulai lemak cili api tu..santan x pecah..then ada taruk tomato..so ada rase masam2 sket.. ayam goreng pun sedap.... byk rempah ratus yg diletak.. marvelous... bertuah saper yg dpt member aku nie.. hahahhaha

dalam perjalanan balik ke umah tadi, ada satu accident yg teruk berlaku di highway kl-seremban. aku rase mmg teruk coz' jammed dari bandar kajang.. both way jammed teruk2.. biler passing thru, tengok ada kete remuk teruk, ramp pun sampai pecah, ada trak bomba, ambulans, polis.. pergh.. mmg scary aku tengok.. so jammed seberang jln tu..sampailah ke area umah aku..

esok mesti kuar lam paper nie pasal accident nie.. aku tgk lepas jer tempat kemalangan tu.. jln mmg clear.. huhuhuhu.. org mesia.. mmg ske tgk accident, aku pun x pasti naper.. bukan boleh tolong pun.. buat jammed jalan jer diowang nie.. hmm.. cukup arr aku menulis tuk weekend nie. tgk apa yg menarik akan diperkatakan bermula dari esok plak.. bye... selamat beramal..

Thursday, July 8, 2010

La-manila

Sebelum aku tgk movie twilight tadi, sempat singgah makan dulu. kali nie aku pilih restoran atau lebih sesuai aku sebut cafe la-manila. terletak di tingkat 3 mv, sebelah ngan kedai little taiwan kalu aku x silap.. senang je cari kedai nie.. mesti jumpa punyalah...

menu yg ade kat kedai nie... cam local food nasi2.. ada lauk2.. apatah.. then western food cam spagheti, steak.. etc.. air pun samer.. local ader.. blended2 pun ader gak arr..

aku pilih makan kueh tiao goreng sama air soup sop ataupun durian belanda.. tgk kat gambar cam menarik jer rupa kueh tiao goreng nie.. mmg sah.. biler sampai jer order aku.. sebijik cam lam gambar. hahahhaha.. rasanya not bad.. boleh tahan.. x pedas sgt.. ada udang, kerang, telur, kucai.. penting nie tuk kueh teow goreng.. air pun x mengecewakan... mmg ada durian belanda.. sedap2 makan...

lagik satu dishes.. osmet aku pilih nasi putih n ayam masak cina.. nama ape tah.. aku da lupa.. tapi yg pasti aku ingat ada daun kari.. n rasa cam rempah2 sikit.. lebih kurang cam rendang ayam campur daun kari... bau mmg sedap.. ice lemon tea.. bolehlah...

agak ramai gak org makan time nie.. sambil relaks2 makan.. aku ske tengok org lalu lalang depan kedai nie.. so korang bolehlah dtg cuba makan kat sini kalu rase sesuai ngan selera korang yer.. selamat mencuba.. hahahhahahaha

Twilight-eclipse

Sebagaimana yg di war war kan sebelum nie, akhirnya citer twilight yg ke tiga akhirnya ditayangkan di cinema mesia. mmg full house cinema yg aku tgk hari nie. maklumlah first day. semalam nyer midnight aku dengar pun full house gak. sampai ke bawah sekali seat pun org ambik gak... semata2 nak tgk citer nie...

aku ingatkan citer nie sambungan yg lepas.. tapi rupa2nya bukan.. kali nie tunjuk bella da almost nak abis sekolah menengah..n kahwin ngan edward? hehehehe... cam biase jacob mesti ada jadik penghalang cinta bella-edward nie kan....

ada gak adegan tunjuk vampire muda lawan family cullen. werewolf plak yg terdiri dari family jacob tolong family cullen protect bella. fighting ne nampak cam x baper best n real.. bagi aku lah.. mudah sgt family cullen n werewolf nie menang...

cuma time edward lawan ngan victoria n bf dia tu baru nampak real sket. tapi cam biase jacob yg jadik werewolf mesti tolong punyalah... time nie nampak arr edward to agak keras sket.. x lembik sgt..

ader satu part.. tunjuk jacob peluk bella.. n edward terpaksa relakan sebab terpaksa... hehehehhe.. manalah ada org nak kasik awek dia dipeluk oleh org lain.. part nie.. aku kurang gemar sket.. ntah aper aper nak dibuktikan disini...

byk lagik adegan2 kissing yg bagi aku membuatkan citer nie lagik slow. huh..bosan tahap maut tuh aku rase.. nasib aku x terlelap jer .. flash back citer camner some of the vampire nie dari manusia kepada vampire agak menarik. n rupa2 vampire semenya handsome dan cantik2 belaka especially alice..cute semacam... bf dia lagilah cute... hahahahaha....

keseluruhan citer nie bago aku ok lah.. coz' maybe aku x minat sgt citer romantik2 maut nie.. x sesuai bawak bebudak tgk.. sebab byk adegan kissing n co' hahahhahaha...

korang nak tau citer sepenuhnya.. baik korang dtg tengok sendiri yer. selamat menonton..

Wednesday, July 7, 2010

White Coffee Town

Xder yg menarik nak citer ari nie. aku kena attend meeting 2 hari berturut2 hari nie kat KLJ. sekerat ari aku lari balik semula kat ofis aku. pening paler aku ari nie. memacam benda nak kena siapkan tuk esok plak. so aku kerah cukup2 staff aku suh siapkan secepat mungkin semenya ari nie.. hahhahahahaha...

time aku lalu balik tu aku nampak white coffee town. kecik jer kedai nie kat sudut building corner. apatah nama building nie. tapi dekat2 arr ngan kawasan student, jadik ramai customer kedai nie adalah student semata2.. org2 ofis pun ader gak ler sket2..

aku pernah makan kat kedai nie tapi kat tempat lain arr.. menu kat kedai nie berasaskan kopi. memacam jenis kopi ada jual kat sini, tapi ade gak cam tea, coklat, soft drink, float.. etc.. food plak jenis2 roti, mee2 memacam arr lagik ader.. selain mak ayah mesti seme ada jual punyalah.. hahahhahahaha..

so korang boleh try samada set breakfast, set lunch or set dinner. pepetang sure ramai org ske lepak2 kat area sini coz' ada internet access. sambil2 minum coffee tuh boleh surf internet sekali..free.. hehehehehehe..

malam aku rase org akan lepak kat sini kalu ada pasang tv.. nak nak skang nie ada world cup.. gerenti penuh punyalah.. nanti datanglah kedai nie kalu korang ske yer..

Tuesday, July 6, 2010

Pre Eclipse

Apa yg aku nak tulis malam nie.. semalam aku cuti. tapi still pi meeting kat KLJ. then tatau apa nak buat. aku ajak kawan2 pi karaoke kat sogo. mmg xleh pakai karaoke kat sini, setiap lagu, pasti ada iklan yg hampir sama panjang ngan lagu2 kitowang nyanyi. cukup berbara jer ati biler time iklan.. hahahaha

make it worst biler aku order sandwich ayam x sampai2 sudah.. huhu. nasib sorang lagik member order spaghetti aku leh makan sket.. then ada chicken wing.. seketul jer aku makan.. time aku pi nie ada tit-bit n soft drink jer.. huhuhu..lapar giler plak tuh..

balik je petang aku da order pocket kfc..sedap dimakan tapi pedas plak. hmmm.. sambil minum air light coke, aku kena monitor keje aku sampai kul 12 lebih. so ambik kesempatan layan Fb plus tgk astro sekali.. hahahahaha...

hari nie aku da keje semula. byk plak ada appointment, meeting, then troubleshoot lagik. mmg x menang tangan.. sampai aku x sempat pun nak kuar lunch. nak order mcd rase cam dah bosan . then aku tunggu sampai petang nanti baru kuar makan n terus balik umah.. x gak dpt balik awal. ader je keje kena buat.. hahahaha...

dah balik singgah ke mv. makan kat teppanyaki. byk choice yg ader kat teppanyaki nie. tapi aku selalu order benda yg sama.. chicken tempayaki.. which consist of nasi, sayur taugeh campur goreng, then ayam. pastu ada ssmbal cili dan kicap. mmg sedap coz dia dihidang time panas2. kita tunggu jer.. bila sayur masak, dia buh lam pinggan, then ayam masak.. buh lagik lam pinggan.. sedap kan...

pas abis makan naik kat area cinema.. tengok takder org langsung pun ari nie beli tiket wayang. maybe seme org nak tunggu esok.. time tiket wayang murah.. hehehehe.. aku nak beli tiket tuk citer eclipse.. x disangka2 mmg almost full house citer nie. tinggal baper jer tempat duduk lagik tuk hari khamis n jumaat nie.

nasib aku baik ada lagi tiket tuk hari khamis kul 7 lebih. dptlah tgk sesi awal citer nie. harap2 x mengecewakan aku cam citer alice ini wonderland tuh.. aku xder menaruh harapan yg tinggi..cuma sekadar menenamkan osmet aku yg ske tgk citer2 cenggini. harap2 aku dapat balik awal coz' aku ade seminar kat KLJ hari rabu dan khamis nie..

sahih org pun bertimbun2 hari khamis nie tuk citer dracula handsone nie.. tapi yg jadik werewolf pun boleh tahan macho.. badan berketul2.. aauuuwwww.. bestnya tgk nanti.. hahahahaha..

Monday, July 5, 2010

Melaka.. Part4 --> Asam Pedas Selera Kampung





Now hari terakhir percutian ke melaka. Sebelum pulang ke KL, kitowang naik ke Bandaraya Melaka tuk lunch. Destinasi yg dituju adalah restoran asam pedas selera kampung. terletak betul2 disebelah food court cina berdepan ngan dataran pahlawan. memula tu rase cam x jumpa kedai nie.. tapi ngan pertolongan adik osmet aku berjaya gak carik...

menu kat kedai nie adalah pelbagai. selain daripada asam pedas ikan, asam pedas daging, ada gak ayam goreng kampung, masak lemak ketam, masak lemak udang galah, masak lemak daging bakar. sotong sambal, sayur2.. n sambal belacan.. mmg marvelous sekali lauk pauk kat sini.

aku ambik lauk masak lemak daging bakar n ayam bakar. pergh.. sedap giler.. maybe dah lamer aku x makan masak lemak camgini..especially daging bakar tuh..lembutnya daging.. x rase rentung. .sedap2 gitu.. masak lemak mmg full of santan aku rase.. x pedas langsung, so budak2 mmg boleh makan..

member2 lain ambik asam pedas ikan dan daging. mmg pedas tapi sedap gak diowang ckp.. siap bertambah nasi diowang nie. selera betul bab2 makan nie. maybe coz' diowang nie seme kurus2 belaka.. so bolehlah makan byk2..

kedai nie mmg sentiasa penuh ngan org. sementelah buka 24 jam, so org mmg ramai. dari org2 mesia sampailah kepada pelancong2 asing mmg ramai giler makan kat kedai nie. sampai ada makcik2 nie bergaduh berebut tempat nak duduk. punyalah penangan asam pedas kat sini... dasyat nie.. recommended tuk korang makan.. tapi berjaga2 arr.. harga pun boleh tahan gak arr.. hehehehe..

abis makan kat sini.. seme bergerak menghala ke air keroh..dah seterusnya pulang ke KL. Last station singgah adalah kat r&r seremban. memasing da penat, badan pun da letih.. kitowang berpisah, bersalam cium peluk semenya lah kat sini. daripada umah aku ada lam 10 min jer dari sini, mestilah aku yg akan sampai pertama kat umah...

mandi2 dan masukkan baju lam mesin basuh.. tgk tv x sampai 10 min.. aku da zzzzZZZ. Perjalanan yg memenatkan.. tapi aku enjoy trip nie. ngan perangai seribu satu ragam member2 aku.. kenangan bersama diowang nie mmg best. x rugi trip nie aku join. dan aku berharap aku dpt buat lagik trip gini ngan diowang.

thanks to all yg join trip nie.. aku juga mintak maaf kalu ader apa2 hal yg menguris hati korang sepanjang trip nie. welcome 2 org budak baru lam team futsal nie. harap korang leh join futsal nanti bersama2 kitowang. nanti kita organize trip lagik yer.. adios..

Melaka.. Part3 --> Cowboy town





Hari ahad seme bangun awal plak. termasuklah aku sekali bangun awal. walaupun malam tadi tidur agak lewat dan memenatkan. Time nie seme org nak bersiap2 berkemas tuk pulang ke kl. Ada yg tgk tv dan makan food semalam yg x abis lagik..licin semenya food nie.. ingatkan xder org nak makan.. hahahahahaha...

Check out lam kul 12 tengahari. Sebelum kuar dari afamosa nie singgah dulu kat cowboy town. mmg xsempat nak pi cowboy town nie coz' semalam ada org sesat kan. ahahahaha.. jadik pi ler lam panas2 tu ambik gambar. nasib dpt masuk kat sini, so dptlah tgk apa yg ader lam cowboy town nie. agak menarik.. maybe aku akan pi lagi sini.. just nak pi cowboy town jer nanti...

kuar ajer dari pintu gerbang afamosa, nampak org jual durian kat tepi jln. so kitowang singgah kat salah satu dusun org sini tuk makan durian. byk giler durian2 yg ader kat sini, maklumlah kebun durian, dari jenis durian kampung, durian campur, sampailah kepada durian spesis mahal semenya ader kat sini.

kitowang belasah makan durian campur.. abis lam rm100 ++ . puas hati semenya dpt makan. saper yg x makan tuh.. mmg rugi.. siap ada yg termuntah bau durian lagik. kesian plak aku tgk..tapi aku terus jer makan durian2 nie. ada yg siap beli rambutan lagik. .bawa balik ke kl .... rm10 tuk 3 kilo. bolehlah manis...

Melaka.. Part2 ----> Ikan Bakar Crystal Bay






Ok.. seterusnya destinasi yg dituju adalah ikan bakar yg terletak di crystal bay, teluk mas. Tempat nie agak tersorok sedikit.. dgn xde sign board kat main road, org mmg tatau kat sini ada jual ikan bakar. cuma org2 area sini jer yg tau.. tapi kalu sesaper biase makan ikan bakar mmg hafal port2 ikan bakar nie. on da way menuju ke muar ikut jln lama, arah ke umbai.. akan nampak pintu gerbang crystal bay nie. itujerlah aku rase landmark paling mudah nak cari tempat nie.

org agak ramai hari nie walaupun malam nie ada world cup argentina lawan german kalu x silap aku. Since kedai nie xder tv, so kenalah tanya member2 yg kat umah tu tuk update kitowang yg kat luar nie. maybe org2 dari luar melaka yg memenuhkan tempat nie coz' aku tgk plat kete byk dari luar melaka.

aku order agak byk gak malam nie sebab kitowang ada lam 11 org. 3 jug air kelapa + tembikai, fresh orange, air2 panas, air suam.. semua order. ikan order siakap bakar, sambal , udang bakar dan udang black pepper, sotong goreng tepung, asam pedas ikan kembung, ikan pari masak sambal. penuh meja dari hujung ke hujung.

since dari siang hari tadi diowang x makan nasi, so semenya selera maut makan. sampai ada yg tambah nasi. huh..impress tgk cara diowang nie makan.. x padan ngan perempuan yg kecik2.. tapi makan..fuhhh.. semangat giler.. hahahahaha.. aku yg makan pelan2 nie pun x habis nasi sepinggan.. maybe aku xrase lapar mana pun..almost kul 10mlm.. mana larat nak makan byk2.. lagipun aku da alergic ngan udang ....

dekat kul 12 baru semenya siap makan. x lupa makan otak2 melaka. sedap gak arr. ingatkan malam nie ada jual nata de coco kelapa..x nampak bayang plak. so seme skali balik umah. since pi 2 kete.. n nak buat besday suprise kat salah sorang yg celebrate besday hari ahad. kitowang beli kek comel.

aku dah sampai dulu.. kete lagik seketul tertinggal kat belakang.. tapi apatah malangnya berlaku kejadian yg x diingini. diowang sesat teruk2 kat area alor elephant tuh.. nasib aku x pi sorong diowang2 nie.. hmmm... dah lewat malam boleh sesat.. kat area yg menyeramkan plak tuh.. patut arr mak aku selalu pesan jgn balik tengah2 malam kat area sini...hmmm.. pikir pikirlah sendiri....

suprise besday seperti dirancang berjalan ngan lancar. takder sebarang benda2 pelik berlaku malam nie.. alhamdulillah.. aku cuma takut jer.. tapi aku masuk tido awal. diowang yg still berjaga tgk tv..ke tv tgk diowang..aku pun x pasti.. hahahhaha

Sunday, July 4, 2010

Perjalanan bermula...Melaka..part1












Aku telah plan percutian bersama kawan2 ke melaka dari sebulan yg lepas time aku attend meeting. daripada situ aku email dan kumpul kawan2 yg nak join trip nie. memula trip nie terbuka pada gang2 futsal sahaja....dan kawan2 meeting aku. ramai gak arr aku email dan berjaya kumpul dalam 12 org.. tapi disaat terakhir.. berlaku pertukaran org itu dan ini.. menjadikan trip aku terdiri dari 10 org dewasa dan 1 kanak2. hehehhehehee....

bergerak dalam 3 kete.. perhentian pertama ada hentian seremban. kitowang seme breakfast dan makan/minum secukupnya. kat sini aku kenal 2 org kawan baru.. bolehlah masuk kepala ngan diowang2 nie. yg lain2 seme aku dah kenal lamer. lam 1/2 jam gitu.. time memulakan perjalanan semula..

sampai kat tol alor elephant lam sejam kemudian.. then terus menuju ke afamosa resort. memula dulu rancang xnak stay.. but then majoriti nak stay plak.. so aku ngan member aku.. tempat paling strategik dan sesuai adalah afamosa melaka. sebabnya.. ada tempat tinggal yg leh muat lam 10-12 org lam satu rumah. ada lam 6 katil besar.. harga lam rm550 semalam. oklah tuh.. takder yg tido atas lantai..

sebelum check-in condo nie... kitowang menuju ke water world afamosa. tukar baju seme, main air.. ada yg x mandi sebab tuuuuttt... ada yg gi naik permainan yg tinggi2 tu..aku xder lah. main air kat bawah nie pun aku da rase semput..plus sakit kepala lagik kena klorin byk2.. cepat2 mandi n cuci kepala bersih2 pastu..

lepas waterworld, gi masuk safari park plak. kat sini tempat melawat haiwan2.. dah penat jln2 tuh.. tgk show. lam tiga show aku rase aku tgk..memula show cowboy town. mmg nampak real diowang nie reka set cowboy town nie. tapi aku rase show nie agak membosankan.. tak menarik langsung...

seterusnya pi tgk show small animal. lagik menarik aku rase. haiwan2 yg bijak dan dilatih oleh pelatih. jinak2 jer haiwan nie ngan pelatih diowang. pandai plak buat aksi2 seperti manusia biasa. walalupun haiwan2 tiada akal..tapi kekadang aku tgk haiwan nie lebih pandai dari manusia biase. fikir fikirlah....

then kitowang naik trak safari tgk haiwan liar yg dibiarkan bebas dalam taman safari. memula aku x paham naper lar.. trak aku naik nie ditutup oleh grill sepenuhnya. rupa rupanya.. binatang liar bersepah kat sepanjang jln yg dibawa oleh trak nie. gerun pun ader.. tgk haiwan cam harimau dan singa hidup bebas camgitu jer.

aku da penat time nie. so stop kejap makan ice cream n ambil port udara sat. aku bergerak seterusnya ke show gajah plak. mmg kelakat maut tgk show gajah nie. ader jer aksi2 gajah yg mencuit hati aku.. pas abis show gajah kitowang terus balik condo tuk mandi dan bersiap2 semual tuh keluar..