Monday, July 5, 2010

Melaka.. Part4 --> Asam Pedas Selera Kampung





Now hari terakhir percutian ke melaka. Sebelum pulang ke KL, kitowang naik ke Bandaraya Melaka tuk lunch. Destinasi yg dituju adalah restoran asam pedas selera kampung. terletak betul2 disebelah food court cina berdepan ngan dataran pahlawan. memula tu rase cam x jumpa kedai nie.. tapi ngan pertolongan adik osmet aku berjaya gak carik...

menu kat kedai nie adalah pelbagai. selain daripada asam pedas ikan, asam pedas daging, ada gak ayam goreng kampung, masak lemak ketam, masak lemak udang galah, masak lemak daging bakar. sotong sambal, sayur2.. n sambal belacan.. mmg marvelous sekali lauk pauk kat sini.

aku ambik lauk masak lemak daging bakar n ayam bakar. pergh.. sedap giler.. maybe dah lamer aku x makan masak lemak camgini..especially daging bakar tuh..lembutnya daging.. x rase rentung. .sedap2 gitu.. masak lemak mmg full of santan aku rase.. x pedas langsung, so budak2 mmg boleh makan..

member2 lain ambik asam pedas ikan dan daging. mmg pedas tapi sedap gak diowang ckp.. siap bertambah nasi diowang nie. selera betul bab2 makan nie. maybe coz' diowang nie seme kurus2 belaka.. so bolehlah makan byk2..

kedai nie mmg sentiasa penuh ngan org. sementelah buka 24 jam, so org mmg ramai. dari org2 mesia sampailah kepada pelancong2 asing mmg ramai giler makan kat kedai nie. sampai ada makcik2 nie bergaduh berebut tempat nak duduk. punyalah penangan asam pedas kat sini... dasyat nie.. recommended tuk korang makan.. tapi berjaga2 arr.. harga pun boleh tahan gak arr.. hehehehe..

abis makan kat sini.. seme bergerak menghala ke air keroh..dah seterusnya pulang ke KL. Last station singgah adalah kat r&r seremban. memasing da penat, badan pun da letih.. kitowang berpisah, bersalam cium peluk semenya lah kat sini. daripada umah aku ada lam 10 min jer dari sini, mestilah aku yg akan sampai pertama kat umah...

mandi2 dan masukkan baju lam mesin basuh.. tgk tv x sampai 10 min.. aku da zzzzZZZ. Perjalanan yg memenatkan.. tapi aku enjoy trip nie. ngan perangai seribu satu ragam member2 aku.. kenangan bersama diowang nie mmg best. x rugi trip nie aku join. dan aku berharap aku dpt buat lagik trip gini ngan diowang.

thanks to all yg join trip nie.. aku juga mintak maaf kalu ader apa2 hal yg menguris hati korang sepanjang trip nie. welcome 2 org budak baru lam team futsal nie. harap korang leh join futsal nanti bersama2 kitowang. nanti kita organize trip lagik yer.. adios..

No comments:

Post a Comment