Friday, July 2, 2010

Konsert ELLA







Huhuhuhu... setelah menunggu2 akhirnya...hari yg aku nanti2 kan muncul jua.. Konsertt Ella bersama Okestra. Sehari sebelum tu dah bincang ngan member2 seme.. aku da pilih2 nak pakai baju aper nanti.. hehehe.. maklumlah nak pi jumpa awek manja.. kesayangan ramai... rockers gitu.... katakan... mari kita singkap dulu.. kenangan2 indah bersama ratu rock mesia nie...

ella adalah x baper jauh lebih tua dari aku nie. so kiranya aku membesar ngan lagu2 ella.. daripada ella bersama the boys..sampailah ella bergerak solo, aku dgr macam2 jenis lagu ella.. majoriti adalah rock... then perlahan2 bertukar kepada muzik yg lebih ringan lagik tapi masih mengekalkan imej rockers.

tanyalah pada yg muda ataupun yg tua.. saper x kenal ella..ratu rock mesia nie. walau berbagai2 citer sensasi bersama ella.. gadis yg bersuara emas nie terus melangkah jauh..sejauh nun di US sana membuat album baru..

Ella USA adalah album yg terbaik aku rase aku pernah ada. seme lagunya2 menarik dan amat segar ditelinga mendengarnya... tapi lagu2 evergreen ella masih lagik menjadi siulan hingga ke hari ini terutama lagu.. "Dua Insan Bercinta"... menjadik kenangan mase remaja ku disaat tuh...ala ala jiwang karat gitu...

biler usia remajaku meningkat, begitu juga dgn lagu2 ella.. mulai pelbagai ngan rentak genre baru... termasuk percubaan menyanyikan lagu asli.. amat berjaya kerana ella mempunyai suara manja yg aduh.. saper mendengarnya.. boleh jatuh cuping telinga.. hahahahahaha.. jenis lagu camner pun leh masuk...

now.. aku berada didalam dewan istana budaya.. keriuhan org menjerit jerit memanggil nama ella x berhenti2.. laungan kalimat cinta.. bergegar.. bersama jerit pekik org ramai.. aku pun samer terjerit2 nama ella.. walaupun aku tau..ella x mungkin mendengarnya..

persembahan ella..dimulakan dengan lagu Negaraku... lagu kebangsaan mesia.. seme org tanpa mengira bangsa, warganegara berdiri tegak menghormati semasa lagu kebangsaan dimainkan.. bangganya aku berada dalam istana budaya nie.. menonton konsert rock.. selalu tgk kat fun fair or stadium jer konsert2 rock nie last time.. hahahahahaha

abis jer lagu kebangsaan..okestra start main muzik...alunan muzik lagu2 ella..silih berganti.. sedapnya bunyi... patut arr org ske tgk okestra..xder org menyanyipun..tapi muzik yg dibawa menggunakan pelbagai alat2 muzik menghasilkan bunyi yg menghiburkan kita seme...

setelah diayun buai perasaan dgn muzik okestra.. tetiba ella muncul.. dgn suar dengre, t-shirt, rambut panjang, kasut spike penuh.. perhiasan2.. huh...tiba2 rase seme org lam dewan nie tersedar dari lena yg panjang.. baru kehangatan konsert nie bermula.. seme org bertepuk tangan n menjerit2 melaungkan nama Ella..

Kemudian ella membuat persembahan..satu persatu..diiringi oleh suara latar dan kumpulan Love Beggar, ngan okestra sekali... mmg meletup persembahan ella malam nie.. artis undangan adalah Joe Wings, Awie dan Dato Ahmad Jais.. mmg sporting habis seme artis2 nie melayan kerenah ella di pentas utama...

Aku rase cam berada 20 tahun yg lalu.. merase muda belia mendegar lagu2 ella dari mula2 kemunculan ella di seni suara.. sampailah di kemuncak karier ella.. seme lagu2 dinyanyikan penuh perasaan dan tenaga... superb... ada selingan ella tunjukkan gambar2 family dia sambil menyanyikan lagu2 baru..n lama..

aku ske part ella nyanyi lagu ulik mayang.. tukar pakai baju dress yg labuh mencecah lantai.. terserlah keayuan ella..yg x lekang dimakan usia.. suaranya yg ala2 manja gitu..mmg memukau auditions seme.. xder saper aku rase tertido lam konsert nie.. hahahahahaha...

keseluruhan konsert nie berjalan dgn baik.. xder adegan2 yg x di ingini berlaku. member2 aku pun semenya enjoy belaka.. n berharap dpt tengok lagik konsert ella nie dimasa akan dtg..

I LOVE U ELLA.. disambut oleh ELLA... I love u too.. hahahahahahahahahaahaha.. rock will never dies.. ELLA ELL EL ELL ELLA

No comments:

Post a Comment