Friday, February 11, 2011

Keje2 kebajikan

Hari ni aku dah berada di johor. bertolak dalam kul 12 malam dari Menara TM, Jln Pantai. sampai kat Tangkak, Johor kul 3am. Sempat lagik singgah kat R&R Air Keroh tengah2 malam buta tuh.. xlarat nak buka mata.. minum air seteguk layan member minum then masuk bas semula dan sambung tido.

sejuk plak tu lam bas. nasib aku pakai jeans jacket dgn suar loreng n kasut boot askar. jadik takder lar rase cam nak mati kesejukan. tapi kesannya lutut aku cam nak tertanggal, terhinjut2 jalan.. nasib aku xtergolek jatuh lam gelap2 tuh. xsedar pun da sampai tangkak.. kul 5.30am cam biase baru sedar dari tido.

ikut member gi masjid yg betul2 bersebelahan ngan exchange tangkak nie. selain daripada kitowang yg dari IP, rombongan bas lain dari Shah Alam, NS n Melaka pun ader, cuma lambat ngan cepat jer diowang sampai.

Bila matahari mula memunculkan diri, kitowang sarapan beramai2. mee hoon goreng ngan kuih seketul, air tea O menghangatkan hari. aku xsempat nak mandi ke apa. terus ajer taklimat berlangsung. then masing2 akan bergerak ke lokasi masing2. team IP akan buat keje2 di 2 tempat, sekolah menengah di Kundang Ulu dan Sekolah Tamil di Panchor.

Kitowang sampai agak awal gak kat sek nie. teruk pun yer keadaan sekolah nie yg baru jer surut air. adalah separas dada aku rase air banjir kat sini. abis seme peralatan sekolah yg berada ditingkat bawah nie. makmal, surau, kantin, kelas2, buku2 n peralatan mengajar, langsir dan segala macam benda yg berada ditingkat bawah nie ditengelami banjir.

banjir pulak tu jenis yg lumpur tebal dan likat. jenuh kitowang nak membersihkan. dah ler tekanan air pun jadik rendah, lagilah menyukarkan keje2 kitowang. tapi dengan semangat yg waja, dalam panas terik mentari tegak di ubun2 kepala, seme skali bergotong royong membersihkan segala yg termampu dibuat.

perasaan aku bercampur baur biler tgk keadaan bukan takat sekolah tapi sepanjang perjalanan, rumah2 ditengelami air dan masing2 sibuk mengemas, membersihkan mana yg boleh . mana2 xleh pakai tu mmg kena buat. xleh buat apapun. maybe keadaan sungai yg berdekatan masih berada ditahap bahaya lagik.

selain dari kitowang nie, ada ramai NGO dtg menghulurkan bantuan kepada mangsa2 banjir yg terlibat. mana xnya, inilah peluang utk kita seme buat amal kebajikan menolong sesama kita bila berada dalam kesusahan. kita taktau biler kita akan mengalami musibah kan..

biler dah abis sesi membersih 2 kawasan yg diberi, kitowang diberi tugasan tambahan membantu sekolah agama plak. pada sebelah pagi, mmg ada NGO siap ada press lagi kasik bantuan pada penduduk disini. kitowang tolong bersihkan sekolah agama nie kerna seme guru2 adalah seramai 6 org adalah golongan wanita saja.

biler ramai yg hulurkan tangan, kerja yg sukar menjadi mudah. begitulah aku tgk semangat tolong menolong sesama warga keje TM. ada suka dan duka dalam melakukan aktiviti2 nie. selain tuh, dapat kenalan2 baru, baik tua ataupun muda.

bak kata chairman majlis nie, keje2 kekadang membosankan, biler kita buat sesuatu yg berbeza dari keje kita, perasaan kita akan bertukar dan itulah yg aku alami kini. kita akan lebih bersikap terbuka, tolong menolong, dan semangat kekawanan yg tinggi terhadap satu sama lain terserlah.

Pada mangsa banjir di Kundang Ulu, Panchor & Lenga Daerah Tangkak, Johor Bahru yg sempat kitowang lawati, harap2 bersabar ngan dugaan Tuhan nie. semoga ketabahan dan kesabaran yg ada pada diri anda, menginsafkan org2 lain yg melihat penderitaan anda seme. kami sentiasa doakan anda akan terhindar dari musibah nie. insyaAllah..amin..

balik dalam kul 9pm..n sampai kat menara tm dlm midnite. terima kasih pada osmet yg rajin hantar n ambik aku. terima kasih pada kawan2 baru dan lama yg bekerjasama dlm misi kali nie. insyaAllah kita akan berjumpa lagi dilain waktu.. amin...

1 comment:

  1. kitorang UTM g skolah pogoh, segamat. cun2 je belakang sekolah tu sungai.

    ReplyDelete