Monday, November 8, 2010

Hari ke dua kursus RSD

Seawal jam 6 am aku da bangkit tuk bersiap2 tuk perjalanan hari nie. pukul 7am aku dah terpacak kat coffee house for breakfast. xramai org breakfast pagi2 nie.. pemandangan yg cantik, suasana yg agak nyaman menyegarkan pemandangan mata. sejuk sket nak memulakan hari yg ceria nie. aku pakai lengkap loreng coz' ada sesi latihan menembak pagi nie.

pukul 8 aku da sampai kat lapang sasar. tengok seme anggota2 Pakar TM dah berada disini tengah membuat persiapan menembak esok. seramai 20 org anggota pakar TM telah diarahkan bergerak ke Jitra bagi membantu mangsa2 banjir. Bagus kalu masuk Pakar TM nie menjadi serba boleh dan boleh ditugaskan kemana2 , bila2 masa sahaja. seawal jam 5am mereka2 nie telah memulakan perjalanan n dijangka tiba di Jitra sebelum jam 9am. semoga sumbangan tenaga yg dihulurkan dpt membantu mangsa2 banjir nie.

Cam biase sesi menembak habis sebelum jam 1 tgh. kemudian break for lunch sejam. kul 3 plak akan masuk sesi bengkel. pagi2 menembak ada sesi pool ball, dimana kita kena membeli peluru, dan menembak target sebesar duit 50 sen. sekiranya ada yg berjaya, akan mendapat separuh dari jualan peluru2 tadi. so makin byk org beli peluru..samada semakin cerah peluang kita nak menang atau semakin byk wang ganjaran yg kita dapat.

kemudian sesi latihan menembak diteruskan kepada jatuh piring, menembak dalam kedudukan meniarap, duduk, berdiri. bila buat pelarasan sampai 3 kali, kita dikehendaki menembak dalam jarak 100m. kemudian, pi tgk target kemana sasaran yg kita tuju, buat pelarasan senjata jika perlu, atau ubah penenang kita sendiri. dlm kes nie aku memula tembak semua hala ke kiri, bila ubah penenang, baru tembak ke arah tengah dan kanan. bolehlah tuh...

masuk bengkel kena pakai baju F1 beserta seluar panjang kaler gelap. nasib aku ada bawa seluar slack kaler hitam. ada plak sesi bergambar sebelum bengkel bermula. hehehehe.. ada 20 tajuk bakal dibincangkan, dibahagi2kan.. n kesimpulannya aku kena masuk group Kapt Razak, buat website RSD etc.. so mesti aku concentrate betulkan data 15 SSD dulu sebagai permulaan wesbite nanti. aku da terbayang saper2 dlm kepala yg akan membantu aku buat website nie nanti..

sesi bengkel berakhir lebih kurang jam 7 malam. so teruslah dinner bersama2. then habis dinner aku balik bilik. then kuar semula bersama2 osmet aku temankan dia makan kat kedai selera malam kat area kamunting nie. kedai nie famous ngan nasi ayam hainan. aku tgk ramai org order nasi ayam. seme bangsa leh nampak makan kat kedai nie. betul2 muhibah rakyat mesia.... then osmet aku ader order yong tau foo.. mak aih.. mahal betul.. sabar jer arr.. makan jer..

sebelum nak balik, terserempak ngan en mie, en rsm tetap n suk, tuan rahim. so aku nak cepat balik... aku sembang lebih kurang ngan depa2 nie.. then banjer diowang makan skali.. balik balik.. x sempat nak wish apa2 kat osmet aku da lena..penat giler sehari suntuk nie...

No comments:

Post a Comment