Saturday, May 29, 2010

Asam Pedas Melaka

Salah satu daya tarikan makanan istimewa di negeri hang tuah nie iaitu Melaka adalah asam pedas. Mmg special asam pedas melaka nie kerna terdapat beberapa jenis asam pedas. Bukan setakat dimasak ngan pelbagai jenis lauk pauk, cara penyediaan asam pedas nie juga berbeza. Asam pedas yg aku pernah cuba adalah asam pedas pindang, asam pedas nyonya dan asam pedas asli.

Dah namanya pun dah berbeza tentulah cara memasak pun berbeza. Plus ramuan2 yg dimasukkan juga ada kelainan. Segala jenis ikan boleh digunakan tapi yg paling famous tentulah ikan kembung, ikan pari, ikan parang, ikan cencaru, x lupa kalu nak rasa kelainan makanlah asam pedas ayam atau asam pedas daging ketetel.. pergh.. sekali rasa habis seperiuk nasi. hahahaaha..

Asam pedas bukan setakat boleh dimakan bersama2 nasi, tapi juga boleh dimakan ngan roti biasa ataupun roti canai, capati...dijadikan kuah.. lagilah mennyengat makannya.. Aku nak terangkan tentang masakan berlainan asam pedas nie.. tapi aku rasa cam x cukup masa plak.. so korang google ler sendiri yer.. tapi dijamin kesedapan asam pedas nie..lelebih kalu mak2 org melaka yg terror memasak cam mak aku.. hahahhahahaha....

No comments:

Post a Comment