Sunday, May 2, 2010

chinese wedding tea, buah pala, cendul, restoran pelita

sambungan chinese wedding yg aku attend malam tadi. pagi nie diteruskan lagi dgn upacara minum tea. sebelum tu ada lagi satu upacara nak ambik pengantin perempuan. ini lebih kurang cam adat melayu. sebelum nak bawa pengantin perempuan keluar dari rumah, rombongan pengantin lelaki kena bayar saguhati. kiranya macam duit tol ler. berpeluh2 gak rombongan lelaki nie nak cari duit camner yg belah pengantin pompuan minta. bile da berjaya, upacara minum tea sebelah pengantin perempuan. so seme sedara mara/jiran2/kawan2 pengantin pompuan akan diberi minum tea. sebagai balasan mereka akan kasi angpau pada kedua pengantin nie. since pengantin pompuan je yg serve tea, so kita kasik 2 angpau sorang tuk pengantin lelaki n sorang lagi tuk pengantin perempuan. pengapit2 diowang nie ler tolong collectkan angpau tu tuk diowang.

biler rombongan pengantin nie sampai kat belah lelaki plak, upacara sama akan dibuat. kami tengok mak ayah pengantin lelaki hadiahkan gelang dan rantai pada menantu, yg anak diowang dpt angpau. seterusnya org2 lain pun kasik angpau kat org baru kahwin nie gak. lepas diowang dpt angpau byk2 nie.. turn pengantin nie plak kasik angpau kat org belum kahwin. lam hal nie seme budak2, org2 tua dpt angpau.... termasuklah aku skali pun dpt angpau. hahahahaha.. da adat cina org yg belum kahwin dpt angpau... jadik aku kira bujang dptlah gak. hehehehe....


habis citer pasal chinese wedding nie. kita citer pasal penang plak. kat penang mmg terkenal ngan food nasi kandar, cendol, laksa, mee udang, buah pala. so kitowang jln2 kat sekitar pasal utk pi makan cendol ngan beli buah pala/jeruk. kat sini ada satu lorong yg famous ngan cendol. gerai nie mmg cikai habis, kerusi/meja mmg xder..tapi customer diowang sanggup berdiri dlm panas utk makan cendol nie. nama lorong nie x baper ingat coz' nama lam cina.. hahahaha.. ada beberapa jenis cendol jual kat sini. abc pun ader jual, air mata kucing, air herba apatah...tapi mmg sedap2 semuanya. habis gak lah aku makan semangkuk cendol dlm duk panas2 nie...


lepas makan cendol, kitowang pi area pasar. pasar nie famous ngan jual jeruk2 ngan buah pala. ada macam2 jenis jeruk kat sini, mmg sedap dimakan..manis plak tu.. tapi jaga2..nanti mudah sakit tekak.. hehehehe... buah pala ada yg jenis biji, potong halus2 ngan gula, jenis hiris2 kasar. n macam2 jenis makanan ringan ada kat sini. dari sotong kering sampailah kepada asam2 . aku x baper makan.. tapi aku beli gak lah tuk budak ofis aku. diowang ske makan..

sebelum bertolak balik ke kl, aku singgah makan dulu kat restoran pelita. salah satu restoran favourite aku biler turun penang nie. biasalah makan nasi kandar kat sini macam addicted. lauk apapun yg korang ambik mesti rasa sedap punya. since aku yg nak drive dulu, so aku xleh makan byk2 sgt.. makan lauk ayam, telur ikan , sayur, papaddom tu kira standardlah.

seterusnya balik lalu jambatan pulau pinang, nasib x jammed teruk2 kat sini. semalam dtg ke penang naik feri. so merasalah kedua2 main transportation kat penang nie. stesen pertama berhenti adalah sg perak. kat sini beli buah2 sket.. then berhenti lagi kat hentian tapah beli lemang n rendang nak makan balik kat umah. jammed mula terasa lepas hentian sg perak.

rupa2nya hari hujan. lebat plak tu.. waktu makin malam a.k.a gelap. aku x bape ske time2 gini coz' aku xleh nak estimate kete kat depan aku. alhamdulillah selepas menempuh hujan lebat akhirnya selamat sampai kerumah. perjalanan aku rasa ambik masa lebih 6 jam. pergi semalam cuma 4 jam jer. esok nak keje.. so hari nie tamat disini dulu.. esok ada citer menarik lagi aku sambung.....

No comments:

Post a Comment