Saturday, May 29, 2010

ikan bakar umbai

Hmmm... baru hari nie aku berpeluang tuk menulis blog. maklumlah cuti 3 hari..so byk sungguh agenda yg nak dibuat. Kali nie aku berpeluang utk menceritakan mengenai beberapa tempat menarik di tanah tumpah keluarga sebelah ibuku. Salah satu tarikan menarik di Negeri Melaka adalah ikan bakar.

Terdapat banyak ikan bakar yg diusahakan oleh org2 melayu disini. Aku berpeluang beberapa kali merasa n menikmati ikan bakar di melaka. salah satu tempat yg paling glamer ngan ikan bakar adalah umbai. sepanjang panjang jln ke umbai hingga ke muar, terdapat byk ikan bakar dijual ditepi2 laut ataupun sungai. Bagus juga org melayu melaka nie boleh mengusahakan ikan bakar secara samada kecil kecilan atau besar besaran.

Antara tempat yg famous di umbai adalah muara ikan bakar umbai. Muara nie terletak betul2 di tepi laut. Pulau terdekat yg kita boleh nampak adalah Pulau Besar, Melaka. Didirikan sebagai satu kompleks, byk peniaga2 menjlnkan restoran ikan bakar masing2. Dengan daya tarikan tersendiri, mereka mencipta resepi yg tersendiri.

Suasana nyaman ditepi laut, dengan iringan ombak membelah pantai, menambahkan lagi selera makan ikan bakar disini. Sebut apa sahaja jenis makanan laut, semuanya tersedia dengan resepi yg mengikut selera tekak masing2. X ketinggalan air kelapa membuka lagi selera pada musim panas tuk membasahkan tekak masing2.

Jadi kawan2.. apa tunggu lagi.. bila dtg ke melaka, jgn lupa singgah di bandar umbai nie.. rugi kalu x rasa ikan bakar disini. X salah aku ada satu cawangan ikan bakar dimelaka nie ada terletak di port klang. tempat pun berbeza so pendekatan masakan tentulah berbeza yer...
selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment