Saturday, May 22, 2010

Amalan mengelakkan SANTAU

Apakah amalan yang biasa dilakukan untuk menghindarkan diri daripada terkena santau?

1) Sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak satu kali.

2) Setelah sampai ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak satu kali lagi.

3) Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, perhatikan bayangan wajah kita di dalam air. Sekiranya terdapat bayangan wajah kita, maka dibolehkan kita meminumnya. Namun sekiranya tidak ada, makan sebaiknya jangan diminum.

4) Sebelum makan, pusing sedikit pinggan dan bacalah surah al-Quraisy, jika terdapat racun santau, insyaAllah pinggan itu akan pecah dengan izin Allah.

Surah al-Quraisy hendaklah dijadikan amalam bagi mengelakkan diri daripada terkena racun santau dan juga sebarang gangguan.

1 comment:

  1. salah satu email terbaik aku dpt. semoga kita dapat sama2 berkongsi sedikit maklumat mengenai perubatan islam...

    terima kasih kepada semua yg mengforward email nie kepada aku

    ReplyDelete